Strawberry garden in Genting Highlands



Selepas enjoy di Transformer Expo hari tu, kami singgah ke ladang konsep Genting Strawberry Leisure Farm. Pengusaha ladang ini menawarkan pengalaman melawat dan makan free buah strawberry. Kalaulah manis macam ciku haishhhh -iyolah..den orang kampung ..
  
Semasa kami sampai tu buah strawberry tu taklah banyak di setiap pokok mungkin dah dipetik. Kami sampai pun dah petang tapi dibenarkan petik sendiri yang mana berkenan tu yang bagusnya. Kalau nak rasa yang agak manis kenalah pilih yang masak ranum, merah terang warnanya. Buah ni boleh dicampurkan ke dalam hidangan salad, dibuat jus, ais krim, jem atau dikeringkan. Yang kering tu memang sedap, rasanya masam manis.




Strawberry bukan sahaja sedap tapi berkhasiat.  Strawberries tinggi khasiat vitamin C selain bertindak sebagai anti oksida yang dikatakan boleh mencegah kanser. Selain daripada tu ia juga kaya dengan vitamin k, potassium dan lain-lain.

Yang ini versi Valentine's Day. Nasiblah korang yang nak celebrate sangat tu, harga bunga ros dan strawberry akan naik berganda daripada harga kangkung.

Selain daripada tu terdapat juga ladang lavender di sini. Sayangnya kawasan bunga dipagar... kalau tak, bolehlah aku ber-selfie di sini sambil propa makan angin di Holland hahah...

ishhh...geram !

Kalau lebah menghisap madu sahaja kenapa pulak kita tak boleh makan lebah? cer jawab..

Selepas puas melawat kawasan ladang ibarat pegawai FAMA kami pun mengisi perut di kafe. Hampir kesemuanya makanan dan minumannya berkaitan dengan stroberi. Sedap juga air stroberi tu... fresh dan pekat macam yang dijual di Indonesia. Selain daripada tu ada juga disediakan servis berfoto dengan ular sawa dan burung kakak tua. Berani bergambar sambil dililit ular? I? kirim salam yolah. Kalau diupah pun tak hingin.

Selain itu ada juga sayuran yang ditanam di sini seperti kobis dan cendawan. Mestilah ada yang kita beli dan bawak balik kannnn.... takkan tak membeli lansung.

Semasa kita nak keluar dari ladang ni kita akan melalui kawasan membeli-belah sayuran dan souvenir. Ada yang jual baju, getah rambut, fridge magnet, lukisan potret, jeruk dan sebagainya. Harga souvenir pastilah lebih rendah dari yang di resort kat atas nun. Ofkoslah kan?

Di mana lokasinya?

1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands.


Post a Comment

5 Comments

  1. These are really great ideas in concerning blogging. You have touched some good points here.
    Any way keep up wrinting.

    Here is my web page :: windows 8 product key

    ReplyDelete
  2. genting pun ada strawberry ke? tak tau pulak... btw, semalam terbaca article ni, rupanya ada straberry putih which is called pineberry, sini ada tak?

    ReplyDelete
  3. Lily Riani,
    pineberry tu tak nampak pulak. Company yg ini pun rasanya ada ladang di cameron

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.