Recents in Beach

header ads

Ho Chi Minh: Apa yang kucari di Ben Thanh Market?

Aku bagi arahan kepada taxi driver untuk dihantar ke Cho Bin Thay, nak pergi yang jauh dululah kononnya tetapi dihantar ke Cho Ben Thanh. Mungkin sebutan aku salah, sepatutnya dibunyikan Cho Bin Tai, ataupun dia ingat orang Malaysia ni takde kelain mesti nak ke Ben Thanh Market lah tu.

Turun je dari teksi terserempak dengan salah seorang photographer tengah skodeng dengan kamera baru dia...euwww ingatkan Leica. Dah lama tak berjumpa, membawa mak andeh shopping di sini rupanya.
Ini di belakang Ben Thanh Market, ramai yang berjualan bunga-bungaan dan buah-buahan. Di bahagian depan pasar ni ada patung kuda dan mengadap stesen bas. Terlalu banyak hotel sederhana dan mahal di sekeliling pasar ni so tak perlu risaulah kalau ke mari. Dipasar ni dan pasar malam ramai yang boleh berbahasa Melayu. Nampak benar orang kita ni kuat berbelanja. Bukan sahaja di pasar ni malahan di Mekah pun para peniaga di sana boleh berbahasa Melayu. Teringat aku kat sorang hamba Allah ni, katanya bini dia berbelanja 20k ringgit masa pergi umrah dulu. phewwww..... banyak tu kat aku. Apa nak susah speaking London cakap Melayu je... asalkan duit tu laku.

Oleh kerana aku fokus untuk membeli kelengkapan raya jadi dapatlah anak-anak aku seorang sehelai baju, mak dan mak mertua aku kubelikan kain. Tak boleh beli berhelai-helai sebab bulan puasa nanti dia beli lagi yang dipilih sendiri. Sangat fokus okay, niat untuk berjalan dan beli baju raya bukan untuk memunggah. Lepas tu mak aku tanya, kenapa ko tak beli banyak? alahaiiii.... den ajak poi dio tak maun.

Kain dan baju kurung di BT yang terkini, ada kedai yang sangat ramai pengunjung sebab stok kain yang banyak dan latest walaupun mahal sikit. Yang aku tak gemar main tarik tangan suruh tengok dulu. Bila ko dah berkenan then tanya harga yang mak datuk mahalnya dari tempat ko, marah pulak dia tu kalau kita tak beli. Aku adalah tanya boxer untuk anak bujang aku yang umur 10 tahun tu, 20rm ko! huiiyaiii... mengalahkan harga kat Parkson. Pasar je tu. Dia orang ni agak kasar dalam melayan pelanggan tak macam kat Pasar Baru Bandung tu, belum bisa bu... sejuk je telinga dengor. Tapikan bila kita pergi ke tempat lain boleh pulak dia panggil balik. Kirim salam yo lah, maleh den nak layan.

Urusniaga dilakukan dalam USD, VND dan MYR. MYR tu ko buat spare je kak. Banyakkan tukar USD dan VND tu guna untuk bayar makanan, teksi, bas, air. Kekadang, kalau kita tanya harga dalam USD depa terus start dengan 1 dollar yang mana kita akan rugi di situ.

Banyak juga kedai di dalam ni yang boleh menjahit suit dalam 1-3 hari dan lebih murah dari KL. Aku nak tempah baju kurung je tapi dress maker tu punyalah sibuk dengan pelanggan Malaysia, dah tak berani ambil tempahan lagi. Nak beli yang dah siap ada dua helai yang berkenan di hati bukan saiz aku huhuhuh.... Yang berbaloi untuk dibeli di sini ialah kain cotton yang berbagai jenis, baju kurung manik, jubah dan beg.


Perhiasan baju/kepala. Kedai ni banyak jual blouse putih dan aksesori.

Malam yang kedua kami mengulang ke pasar malam. Baju kurung manik dia.... halahaiiii..... beratus kalau kat Malaysia. Tiga yang didepan ni diperbuat daripada kain sutera Vietnam, aku tak minat sebab dulu dah pernah popular di tempat kita. Aku mencari baju kurung cotton untuk si anak dara.

Cheap cheap lorrrrr.... kalau nak berniaga tidur 1 malam je di Saigon ni. Pasar malamnya start at 7pm

Kedai souvenir yang ini murah. Hotel-hotel ni berhadapan dengan kedai makan Hajah Basiroh. Bolehlah makan kat sini walaupun tak banyak choice...harga pun murah. Kalau nak ke tempat lain tu jauh sikit kena berjalan. Kalau kita berada di belakang BT market, hotel-hotel  ini adalah di sebelah kanan pasar.

Post a Comment

9 Comments

  1. waaa....menarik info rugged mom.. next year ke vietnam.... tqqq

    ReplyDelete
  2. tq for into...

    ruggedmon stay hotel mna kat HCM?
    sy nk g nnt... skrg tgh survey2 hotel... bole suggest? prefer yg ada breakfast halal & berhampiran pasar mlm yg ruggedmom cite..

    ReplyDelete
  3. hai cik anon,

    memula sy stay kat backpackers area jauh sikit kalau nak berjalan ke BT market then pindah ke AVA hotel blkg BT. Kat AVA ni ada free laundry service.

    Dulu dan kini kita breakfast kat kedai Hjh Basiroh je. Kat blkg BT ada beberapa hotel dan sekarang ada 2 rest halal so lunch and dinner kita ke situ sbb harga quite reasonable.

    ReplyDelete
  4. kalau baju2 kurung cotton bermanik tu mahal x sis? anggaran dlm?

    ReplyDelete
  5. salam riggedmom,
    mcm baju2 kurung cotton bermanik tu anggaran dlm brp RM tu ?

    ReplyDelete
  6. Salam ruggedmom..nk tanya..kt ben thanh,peniaga2 mmg dh siap2 potong kain2 tu 4meter atay kita blh request nk kurang atau lbh dr 4meter?

    ReplyDelete
  7. Cahaya Petunjuk,

    kain kita request nak berapa meter. Biasanya kain yang dijual bidang 60" so kalau nak buat baju kurung cuma perlukan 3.5m.

    Kain balance yang 1.5/2m biasanya dijual rm10-15 (boleh buat blouse)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.