Oleh kerana aku ni kalau nak makan kena mengais dulu, kali ni aku mengais jauh sikitlah, sampai obersi. Aku bawa tetamu yang first time ke Indonesia. Turun je dari kapal terbang terus kubawa ke Istana Maimun. Yang buat depa terkejut baru nak naik kereta dah terkena dengan orang sana huhuhuhu..... kerjanya 'tolong' angkat beg ko yang kat bahu letak kat boot kereta yang mana ko berada 3 inci dari boot tu. Dah le mintak ringgit pulak tu.... banyak la ko kan, ingat den nak layan? Duit aku paling kecik pulak 5k rupiah time tu, aku bagi le tapi tak ikhlas sesungguhnya. Mencikkk. Beg hiking aku tu tak sampai suku pun isinya, tak berat mana pun.

Owhh... kat airport Medan pun ada cerita. Bapak kat meja imigresen tu dengan muka belum minum pagi suruh aku baca peringatan no 2 di bahagian belakang passport.

Baca yang no 2
(lepas baca aku pandang muka dia dengan muka seposen)
Sudah baca yang no 2?
(angguk)
Faham?
(angguk lagi macam burung belatuk) Mengapa pak?
hmmm.... kali ini saya bagi masuk (dia cop dan aku cepat-cepat belah)

Passport aku masih berbaki 7 bulan dan aku beli tiket pergi balik. Dah berulang kali aku check sebelum bertolak ke sana. Aku tak faham mengapa dia soal tapi aku diam ajelah sampai kami jejak kaki kat lcct semula dan ada peserta bagi tau kena paw kat airport Medan. Barulah terbukak cerita ni. Mau uang kopi pak? Eden ni luguih pak, kalo mau uang cakap biar terang...... tapi buat apa pulak aku nak bagi bukannya aku salah. Negara Indonesia tu menarik tapi dot dot dot ....

Dulu aku dah show show gambar dari depan kan so kali ni i show show gambar dari bahagian anjung istana pulak. Jangan lupa ziarah tempat ni melihat senibina silam. Pada hari ketiga kami di sini diadakan majlis perkahwinan di kawasan istana ni siap tulis pengantin tu ada degree dalam bidang bla bla.... motip?

Dari sini kami terus menuju ke Parapat tapi sebelum tu bersantap dulu di restoran Simpang Tiga. Nasib baik depa tunjuk bil selepas makan kalau time sedang makan mau tercekik dibuatnya. Lauk yang dihidang penuh semeja.... puaslah makan tapi aku amik 3 jenis je.

Jus alpukat yang sudah pasti ku order.... sudah jatuh chenta

Menuju Parapat. Yang ada dalam gambar ni 4 orang penumpang tapi yang sebenarnya lebih, tersorok kat depan. Kesemuanya termasuk drebar 7 atau 8 orang. Di Indonesia mereka optimize segala ruang jalan. Di antara becak dengan van tu boleh lagi van menyelit. Berdecit mulut orang belakang aku keseriauan ahaahaha... aku dah beberapa kali mengalaminya tapi still tekan brek angin lagi. Gila tol!

Dari kota Medan ke Parapat senang je dan kalau kita drive sendiri lagi murah tapiii....... puaslah orang kete belakang hon aku nanti tak lepas memotong hahahahaa.... aku yang tak guna lesen P pun tak berani weh. Abah den yang jadi pemandu terbaik masa jadi sojar dulu pun tak berani drive kek Indo, terkejut dia bila driver buat u-turn kat jalan dua hala yang sangat sibuk di Bandung dulu. Anyway ko akan kagum jugak melihatnya, toleransinya tinggi di jalanraya.

Hard to see in malaysia..... tak pernah kot

Kalau ko dah nampak banyak monyet kat tepi jalan lepas tu nampak pulak abang sojar nih.... dah sampai Parapat lah tu. 
Kami solat kat Masjid Raya Taqwa Parapat. Masjid ni sedang direnovasi, di tingkat bawah ada kelas KAFA. Ada sorang cikgu tu mengajar sambil ikat anak dia kat badan dengan kain batik lepas. Kagum, sedih, insaf semua ada dalam hati aku. Dalam kotak derma yang kat tangga tu ada gak duit RM aku nampak. Sedekahlah ek, tak dapat banyak sikit pun jadilah, untuk agama kita dan anak-anak kecik tu jugak. Daripada bagi kat budak-budak yang bertindik telinga, hidung, bibir sambil merokok tak henti-henti kat jalanraya Medan tu lebih baik bagi kat masjid.

This time kubawa tetamu naik feri untuk penumpang sahaja maknanya kena naik kat Pelabuhan Tigaraja. Kalau feri yang besar itu kena naik kat Pelabuhan Ajibata. Saja nak bagi rasa pengalaman yang berlainan sikit.
  
Best giler rumah orang ni mengadap Danau Toba

Mula-mula hantar penumpang kat Horas....... cer tengok pompuan-pompuan tu basuh kain, manual lagi... banyak pulak tu.

Dah sampai di Carolina Hotel......... dari sini kita naik ke lobi then turun pulak di sebelah sana untuk ke bilik. Cantikkkk sangat tempat ni, highly recommended lah.  Rasa macam orang kaya dalam filem Hollywood pun ada..... turun dari bot terus ke rumah. Harganya sangat berbaloi dengan kenyamanan yang akan dirasai.

Carolina Hotel, Tuk Tuk, Pulau Samosir 



Tempat lepaking

Masih tak tertawan?

Nak memancing boleh, nak naik jet ski boleh, nak berjemur pun boleh, mau mandi pun bisa buk

Diantara 4 bilik yang disewa...... yang ini ada bath tub. Luas bilik-bilik di sini..... wahhh... dah macam jadi ejen hotel pulak aku nih.

Bilik ni ditingkat atas. Kita masuk dari pintu tu tapi ada lagi satu pintu ke balkoni.

Oleh kerana aku nak yang murah walaupun tak dapat yang termurah jadi aku kena duduk atas langit. Masa mendaki tangga tu terasa semput sama macam trekking kat Kinabalu Park dulu, bahana malas exercise. Walaupun harga bilik ni sangat murah (yang ko takkan jumpa di tanahairku yang terchenta) tapi .............. tengok sendirilah! 


Bersantai di balkoni menunggu sunrise betul-betul mengadap bilik. Tak terkena cahaya pun sebab dilindungi pokok. Aduhaiiiii........... bestnyaaaaaaaaa

Atas bilik aku tu dah ada orang sewa. Yang bule ni pun dah duitnya mahal nak jugak berebut bilik murah dengan orang macam aku ni.

Malamnya kami makan di luar- Kedai makan Islam Murni, kena jalan ke luar hotel dalam 60m. Ada beberapa lagi kedai makanan halal di sana so jangan risau. Sedap tak sedap belakang kira tapi ishhh sedaplah nasi goreng dia. Nasi padang pun ada. Anggap je lah ko berada di Holland.... makanan halal limited.