Recents in Beach

header ads

Air Asia & MAHB

Sekarang ni dok kepoh dan kecoh dispute AA dan MAHB. Lantak hangpalah nak main tarik-tarik rambut ke nak bercekau ke.... yang penting tambang tak naik.

Aku bukan nak sebelahkan mana-mana pihak sebab bukannya kita tahu in detail apa yang depa dah agreed earlier, more than 10 years ago but bila aku dengar komen seorang bekas orang besar MAS tadi bengkek jugak hati ni. Ye lahhh komen orang yang tak pernah naik AA kot or even berada di persekitaran LCCT tu. Orang yang mungkin cuma pernah susah di zaman Jepun kemudian senang dulu kini dan selamanya.

Dia kata AA nak macam-macam. Helloooo..... aku dan ramai yang lain menyokong kempen Tony Fernandez dan AA menentang kenaikan cukai lapangan terbang tu. Upgrade the facilities dululah bang.....

Baru-baru ni my laling hantaq aku ke lcct tu subuh-subuh sepiee padahal flight aku 8.45am. Sebabnya dia kena masuk keje jam 8 pagi. So lepas solat subuh aku dok mencari tempat duduk. U know, kat international departure tu kalau ada kerusi pun nun di hujung sana di tepi dinding. Itupun tak padan dengan ramainya manusia kat situ. Okaylah, kerusi yang sedikit bagus untuk restoran-restoran kat luar tu kan? Penumpang dan 'pengiring' terpaksalah order makanan jugak sebab nak duduk kat situ. Untuk orang macam aku yang tak nak breakfast nih?

Dah puas melilau takde seat jugak akupun duduk la kat rail besi yang kat tiang tu sambil berlunjur. Orang lalu dengan troli karang aku tarik le kaki aku tu... lepas tu berlunjur balik. Gitu le ulang sekali-sekala. Ada satu pasangan apek tua dengan bininya tu memula gagah berdiri tapi lepas nampak aku duduk kat situ dia pun join sekali. Malu kot mulanya... Yang tak syioknya pulak dia kejap pandang aku kejap pandang kat buku aku sampai aku tak boleh khusyuk dan tawaduk membaca. Aku rasa dia confuse sebab tajuk buku omputeh tapi isi cakap melayu pulak hehehehe..... kasi gempak je apek ooiiiii..... Sudahnya aku angkat punggung pi carik port lain.

Ada jugak hal yang aku tak puas hati dengan AA. Selain delay contoh lain adalah caj kad kredit. Memang depa buat duit sungguh kat situ. Sepatutnya sekali je lah dia caj kan (akaun orang yang memproses tempahan tu) ni tak, setiap kepala kena caj padahal kadnya satu jek. Kalau beli barang kat Low Yat pun max 3% je depa charge from the total amount. Tentang caj untuk manual check-in tu tak kisahlah sebab memang sepatutnya pun kita guna teknologi terkini. Harapnya takdelah orang muda dan tahu membaca bagi alasan susah nak guna kiosk tu,pakcik tua pun reti guna tau.

Jangan ko caj nak masuk jamban atas kapa tobang tu nanti sudahlah.... memang nak kena sumpitlah tu kan. Kalau masuk jamban pun kena caj aku rasa cabin crew akan beratur berenti keje sebab kena bersihkan kencing berak orang atas lantai hahahha.... dah macam kojo kek spita pulak.... apo nak buek, tak sompek .....ekau ingat buleh ditahan-tahan ko?

Post a Comment

0 Comments