Meeting my new tenant



sesedap rasa boh tajuk

Last 2 weeks kami bermalam di hotel 5 bintang nih sebab new tenant nak masuk. Kemas sana sini, lap tingkap, check itu check ini ........... biasolah kannnn takkan nak bagi orang baru rumah yang kotor pulak. Yang rosak kena tolak depositlah tapi kalau setakat tikar getah rosak sikit tu takpelah, itu kita consider as normal wear and tear. Tikar getah kat rumah aku laaaaggiiiiiii la teruk hahahahha.... saja aku tak kuasa nak tukar, tak dayo nak angkek barang-barang. Kalau bos nak tukar jugak aku nak panggil Bangla yang mesin rumput tu tolong angkat, makan free plus kontrak 3 bulan mesin rumput heheheh.....

Hari tu korang tengok lainkan bilik ni.... time tu bujang professional tu ada lagi kat sini. Dia kerja bidang IT so ada banyak barang berkaitan dalam rumah ni di ketika itu. Yang 2 orang lagi student uni.

Kipas pun kita tukar yang baru. Yang dulu tu brand apa entah, masa tu bajet tak cukup so aku beli setakat yang termampu je lah lepas tu rosak. Kali ni bagi KDK pulak. Bos yang buat aku tolong tengok je. Kalau upah orang lain nih huiii 90-130 inggit diondak ea... gilo mahal kat Shah Alam nih. 

New tenant si pagi-pagi lagi dah sampai dari Kedah. Letih oooo naik bas. Biarlah dia rehat sementara kita setlle semua hal. Oleh kerana dia sampai awal so dia dapatlah bilik single nih.... siap almari dan rak buku. Hanger pun ada cuma aku terlupa nak bawak bedsheet.

Aku suka colour bilik ni

Biru yang cantik berseri

This is one of the new tenants yang tengah buat games lesson untuk anak2 aku

Owhhh nak bagi tau, sejak 11 years jadi landlord inilah the 1st time yang aku tak payah cuci toilet sebelum guna. Tu yang buat aku bersyukur sangat dengan 3 orang jejaka yang sebelum ni. Tukar seat toilet pun tak payah. Gila tolll dalam 11 tahun baru dapat 1 kali..... ko bayangkanlah taraf kebersihan orang kita.

Dalam masa 11 tahun ni jugak aku pernah dapat 2 couples and singles dari satu negeri nih (bukan rumah inilah), kurengggg sangat bab kebersihan ni, tu yang masa aku hangat hati dulu tu aku bilang dia orang ni berak kat sungai ke masa duduk kat kampung? Yang duduk ramai-ramai tu mungkinlah malas nak amik pot/tak buat duty roster, kalau yang duduk dua laki bini pulak apahal yang pengotor sangat like this one? Kalau bini penat balik kerja kena masak lepas tu nak servis ko lagik takkan ko tak boleh tolong kemas apa yang patut? Ko ingat ni zaman feudal lagi ke? Kirim salam lah ek, zaman ni lelaki paling tinggi boleh jadi CEO jek, kekadang kena ikut cakap secretary. Kalau secretary boikot boleh huru-hara schedule tau.

Last week kami ke sini lagi menghantar mesin basuh baru pulak sebab yang dulu dah rosak. Actually like new aje, single lady punya yang dibeli less than a year ago. Itupun sekali-sekala je dia guna time balik ke rumah sewa memang macam baru sangat. Tenants aku ni kata kat rumah dulu kosong je tapi sewa lebih kurang dengan rumah aku ni.....kesiannnnnn. Akak bagi semua kat korang dik, tinggal bawak kain baju je. Akak dah ajar korang gunakan washing machine tu kan jang? Siap test basuh kain lagik. Ekau jangan rosakkan pulak, jangan overload sampai meraung motor mesin basuh tu, jangan bukak penutup atas tu time dia spin........... nanti aku caj ko harga mesin basuh siap petrol dengan tol plus bil telefon dan internet plus travelling time aku nanti. Jauh tu aku cari .......... sampai ke Bukit Beruntung nun, nak dapatkan yang terbaik demi tenant ku yang terchenta.


Post a Comment

2 Comments

  1. hai...assalamualaikum kak
    salam kenal..bagusnya ade landlord gini..betuah la badan :)

    saya jalan-blog terjumpa tersuka lak baca blog akak..

    ReplyDelete
  2. hai she-G, tq for mai sini.
    Sy cuma buat sekadar yg termampu saja, mudah2an anak2 saya nanti mendapat yg sebegitu juga.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.