Recents in Beach

header ads

Jalan-jalan cari air

Cari air? Kemarau ke?

Ishhh.....idak le...cuma nak cari air yang lebih bersih dan sedap untuk diminum. Orang dulu2 mana ada minum air paip nih...elok je sihatnya , semua dari mata air tak campur klorin bagai. Aku ada jugak pengalaman mandi/minum air perigi kek rumah uwan den dulu tapi pigi tu dah sobun. Ada sampah dan daun kering je dalam perigi tu sekarang.

Masa rumah my parent still under construction kami mandi kat perigi jugak...tapi perigi wakaf, jernih sangat airnya but bila dibina toilet kat surau sebelah atas tu kami semua tak mandi/minum lagi kat situ. Karang terlebih sihat pulak badan dapat baja percuma.

Bila dah tinggal kat pekan dan bergantung hidup dengan air paip gomen ada masanya darah boleh naik membuak-buak dan telinga boleh berasap sebab dapat air lumpur...habis kotor baju putih! Baju yg warnanya manja2 pun terlibat gak. Kita kena bayar rm5 for a minimum fee monthly (selagi tak kena potong ko kena bayar) then dpt air lumpur mau tak hangin.

Dulu my hubby ambil air kat Jalan Seremban-Jelebu but now air yang keluar semakin halus, berjanggut nak penuh tong. Kalau ramai pulak yg q? urghhhhhh...

So bila jalan baru Seremban-Kuala Pilah dah siap ada pulak punca air kat tepi jalan tu...berderet org isi air. I think ada 2 tmpt lagi but since Bukit Putus dah jarang kete lalu tak berani la pulak nak menadah air kat situ, sunyi beb! Manusia sekarang ni macam2 peel, ada yang terlebih jahat ada yang malaun merompak je kerjanya, kojo halal maleh!



Kalau nak ke Kuala Pilah, Bahau, Kuantan n byk lagi boleh ikut jalan ni tu yg kalau cuti 3 hari je pun jamm nye tak boleh tahan. Ko nampak tak muka MB aku..Dato Seri Mohamad Hj Hassan? Nun di kejauhan.

Nampak sign board Bukit Putus tu tak? Ada lagi muka YB kat sini pulak (salah eja hijriyah tu bang)...

Dulu itulah laluan rasmi tak kira raja ke vip ke rakyat marhaen ke semua kena lalu kat situ. Bas United yg aku naik pernah nak terjun gaung sbb mengelak mat motor bengong... yg overtake kete kat selekoh tajam. Hampeh tolll...nasib baik tak jadi arwah aku. Time treler lalu naik bukit fuhhhh...berasap kete ko mengikut. Tapi aku sangat suka jalan tu bcoz sentiasa sejuk dan nyaman siap ada monyet2 tepi jalan lagi - unofficial mini zoo. Sekarang ni kalau byk kete yg lalu aku pun join sama. Nostalgia beb, dari kecik lagi aku dah lalu kat situ. That day ada org drifting kat situ but i do not know the schedule, kena tunggu kwn2 roger dulu. Bagus jugak kalau buat sukan extreme kat situ then promote kaw kaw. More tourist attraction more interesting more money will come.


Banyaknyaaaa tong........ bukan semua kami punya ya. Tong kami yg besar2 jek ada 4 buah. Aku angkat tong minyak masak 4 buah jugak, takdo kojo den nak angkek boghek2 doh. 'Jejambat' kat longkang ni ada org volunteer buat. May god bless u man.



Airnya jernih dah sejuk. Kalau ko simpan sebulan pun tak berkeladak unlike the paid one. Dah terbalik kot.



"ambik air free, buang sampah merata-rata, otak takde"


Yang aku menyampah Malaysians ni kat mana2 sempat je nak buang sampah. Tak boleh ke simpan dulu plastik jajan anak tu dlm kete then buang bila dah sampai rumah? Tak sayang negara sendiri ke? Aku mmg anti betul org org mcm ni. Not patriotic.


Sampah ni ada hamba Allah yang prihatin tolong bawa plastik hitam pastu kutip n longgok kat sini. May god bless u also. MDKP/MPS pulak bila nak kutip?


Waaaa.....berderet tunggu turn. Mula2 tadi ada sorang pakcik tu dtg bawak 1 tong, kesian nengok dia kami bagi laluan, yg lain2 ni tunggu la ye. Gua pun mau cepat juga maaa.... Toksah gundah-gulana air besar dan laju sekejap je tong dah penuh. Malam2 pun ada yang singgah ko...tak kira hujan panas.


Tak nak try air ni ke geng?
 

Jom balik!



Post a Comment

0 Comments