Recents in Beach

header ads

Bila RUGGEDMOM outstation...

Bila RUGGEDMOM outstation... | Mak will always be mak. Walaupun ayah pandai memasak lebih baik permudahkan hidup mereka ketika Supermak tiada.


Biasanya jika ai akan ke luar kawasan lebih dari empat hari tiga jenis lauk akan disiapkan. Freeze. Gilir-gilirkanlah menunya, kalau bosan goreng telur kicap. Tambah bawang besar + cili api tumis pun kemain sedap dimakan dengan nasi panas. Kicap Kipas Udang jangan dilupa.


Kekadang ada juga kudapan untuk mereka menyambil.

 Cheese cake leleh.


Ada juga tart nenas dan biskut cip coklat untuk dimakan bersama kopi panas after dinner. Dua adunan aku buat biskut Nestum tu tau... tak sempat menunggu maknya pergi dah tinggal balang.


Kain baju dah lipat, baju sekolah untuk tahun depan pun dah berseterika.

Itu maklah. Kalau bapaknya?

Tolong hantar ke stesen bas. Bye! Itu je.

Nasib baik dia bagi kad ATM.


Post a Comment

0 Comments