4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 1



4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Sungai Golok-Narathiwat 70km - Part 1 | Okay, let's continue the journey.

Pagi tu kami yang muslim ni breakfast di sebuah restoran yang menghidangkan nasi berlauk yang penuh pelanggan. Bepa Nasi Ayam kot namanya. Popular betullah restoran tu. Kita yang nak jaga kesihatan ni kena request teh tarik kurang manis. Kecek Kelate jah.
Seperti yang telah diberitahu sebelum ni, selatan Thai dahulunya dikuasai Kelantan sebelum persempadanan semula oleh British. Sungai Golok pekan Cina, nak kahwin sembunyi pergilah ke Narathiwat nun, cuma 63km daripada sempadan. Keluar daripada imigresen tu drive ke kanan. Eh? hahah..
Yang aku perhatikan stesen minyak di kawasan yang berdekatan Malaysia 'mati'. Macam mana nak bernyawa kalau motor kapcai pun boleh seludup 70 liter minyak? Tapi pak menteri janganlah bagi alasan macam orang tak sekolah pulak bila naikkan harga minyak, nak elakkan penyeludupan katanya (sebelum diapungkan mengikut harga minyak dunia). Yang buat kerja jahat tu mungkin 50, mungkin 100 orang... takkan kami yang lagi 30 juta ni nak didenda pulak. We must have certain regulations with strict enforcement to curb the illegal activities.
 Macam kampung den jo haa.. lombu lepak tongah jalan
Bagaimana untuk ke wilayah selatan Thailand?
Boleh naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau naik ETS train dari KL Sentral ke Hatyai. Laju! Kalau ada geng boleh konvoi naik kereta atau motor. Di bandar-bandar sana bolehlah disambung perjalanan menggunakan tuk tuk, songteaw atau minibus. Kalau datang dari Bangkok boleh naik bas.
Sepanjang perjalanan di wilayah selatan ni kita akan melalui beberapa pos tentera. Perlahankan kenderaan, senyum, angkat tangan dan jalan. Sesetengah orang melihatnya sebagai kawasan yang tidak selamat. Eloklah kita anggap ia sebagai menambah ciri keselamatan. Beginilah, bila kita nampak security guards menjaga taman perumahan, apakah yang terlintas di fikiran kita? Adakah:
1) Kawasan tersebut banyak kes jenayah? atau
2) Supaya tidak berlaku jenayah?
Ia bergantung bagaimana cara kita berfikir. Bukan hari hari berlaku kes pengeboman. According to TAT official kes keganasan sebelum ini berlaku di kawasan yang jauh dari bandar.
Aktiviti lawatan hari kedua:
Oleh sebab ini program Chinese New Year in Thailand 2016, bolehlah dikatakan religous trail juga. Kami melawat tokong, kuil, wat dan masjid. First time aku masuk tokong dulu di Semarang. Beriya mak owner Hostel Imam Bonjol mengajak kami ke sana. Kali ni lebih banyak, dapatlah melihat budaya orang.
Chao Mae Tomo Shrine
Terletak di Soi Puthon, Charoen Khet Road daerah Su-ngai Kolok, wilayah Narathiwat. Para penduduk telah memindahkannya ke lokasi sekarang dari Ban Tomo di Amphoe Su Khirin. Berhala ini sangat dipuja oleh penduduk tempatan serta dari wilayah berdekatan termasuk penganut Budha dari Malaysia.

Setiap tahun diadakan festival pada hari ke-23 dalam kalendar cina (sekitar April) yang melibatkan upacara sembahyang, perarakan singa, seni akrobatik, persembahan gendang dan berjalan di atas arang yang panas membara.

 

 Seperti kita juga, nak mengajar anak sembahyang kena start dari kecil.

  
Sirindhorn Peat Swamp Forest Nature Research and Study Centre
Ia merupakan satu-satunya hutan paya gambut seluas 192km persegi yang masih tinggal di Thailand. Meliputi tiga daerah iaitu Tak Bai, Su-ngai Kolok dan Su-ngai Padi, kawasan menghjau dengan flora dan fauna yang masih banyak hanyalah sekitar 80km persegi.

Hutan paya gambut ini terjadi akibat pengumpulan air di dalam jangka waktu yang lama. Tumbuhan dan daun mati menjadikannya tanah organik yang mampu menyerap air dengan baik. Proses yang lama dan berulang-ulang ini ditambah dengan limpahan air laut suatu letika dahulu menjadikannya berlapis-lapis dengan lapisan terbawah dikatakan berusian 6,000-7,000 tahun, manakala lapisan teratas berusia 700-1,000 tahun.

Terdapat lebih daripada 400 spesis tumbuhan dan 200 spesis binatang dalam kawasan hutan yang dipelihara ini. Burung yang dikategorikan sebagai spesis terancam seperti Rufous-tailed Shama yang selalunya dijumpai di Sumatra, Borneo and Malaysia serta Malaysian Verditer Flycatcher hanya ada di Sirindhorn Peat Swamp Forest. Tiada di kawasan lain di Thailand.

Lokasi sebegini adalah sesuai untuk percutian keluarga. Kita dapat belajar sesuatu daripada alam semulajadi dan ia lebih menarik daripada berada di dalam kelas. Waktu paling sesuai untuk lawatan antara Februari dan April kerana kurang hujan. Elok juga dibawa kelengkapan melukis, teropong dan kamera untuk lebih menikmati suasana nyaman dalam kehijauan ini. Buat family photoshoot pun ngam (sila pakai baju berwarna kontras untuk kelihatan lebih outstanding). Hanya 10km dari pekan Sungai Golok, rugi kalau tak ke sini.

 






See.... pakai baju kaler terang okeh?





Cara untuk ke Sirindhorn Peat Swamp Forest:

1) Jika memandu kenderaan sendiri, sila gunakan Highway No 4057 (Tak bai-Su-ngai Kolok) kira-kira 5 km. Sila ikuti arah ke Chawananan Road dalam 3 km kemudian belok kiri dan memandu 2 km lagi.

2) Jika dari Bangkok lebih mudah dengan menaiki keretapi ke Su-ngai Kolok.

Waktu operasi : 8 pagi - 4 petang
Jangkamasa diperlukan : Minima 45 minit
Tiket masuk : PERCUMA

  
Wat Chon Thara Singhe
Wat ini beralamat di Moo 3, Tambon Chehe, di tebing Sungai Tak Bai. Pada tahun 1873, Phra Khru Ophat Phutthakhun memohon tanah daripada Phraya Kelantan untuk pembinaan kuil ini yang berada di kawasan majoriti muslim di Tak Bai.

Semasa pemerintahan King Rama V (1909) Malaya masih dibawah jajahan British. Kerajaan Siam pada ketika itu menyatakan bahawa oleh sebab ianya kuil Buddha maka ia sepatutnya kekal berada di wilayah Siam. British bersetuju lalu menjadikan Sungai Tak Bai (Klok River) sebagai sempadan. Dengan sebab itu juga kuil ini turut dikenali sebagai "Wat Phithak Phaen Din Thai" yang bermaksud kuil yang mempertahankan kedaulatan Thai.

Kuil ini mempunyai kawasan lapang yang luas siap dengan beberapa 'wakaf' di tebing sungai untuk berehat. Di dalamnya terdapat mural yang dilukis oleh sami Songkhla yang menggambarkan kehidupan Lord Buddha dan masyarakat tempatan di ketika itu. Muzium juga terdapat di sini tetapi kami tak sempat masuk.

 





Bagaimana untuk ke Wat Chon Thara Singhe?
Untuk melihat wat yang pernah berada di dalam Malaya ini, dari bandar sila gunakan Highway No 4985 (Narathiwat-Tak Bai) ke Tak bai District Market dan belok kiri dalam 100m ke pintu masuk wat.
Kami lunch di tepi sungai Tak Bai di pekan Tak Bai yang pernah menjadi kontroversi beberapa tahun dulu. Ingat lagi tak kisah duka di bulan Ramadhan tu?
Tenang je makan tepi sungai tu sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa selepas melawat Koh Yao Fishing Village. Kalaulah perkampungan nelayan ini mendapat lebih publisiti mesti ia akan menjadi salah satu tumpuan pelancongan yang menarik di selatan Thai. Very relaxing.
Pekan Tak Bai
 Jambatan baru menuju ke Koh Yao fishing village

 
 Nak cuba panjat pokok kelapa pun boleh.





See you in part 2.

Post a Comment

0 Comments