Bertemu pendekar di Ladang Alam Warisan




Bertemu pendekar di Ladang Alam Warisan | Mesti korang tak sangka lansung akan bertemu sekumpulan manusia yang cuba mengekalkan cara berpakaian orang melayu puluhan atau ratusan tahun yang lalu kan? 


Memikirkan yang kehidupan manusia yang bergerak laju mengejar kemodenan telah mencetuskan ilham kepada seorang anak muda, Encik Akmal Dahalan, untuk mewujudkan satu perkampungan yang mengimbas kembali kehidupan masyarakat Melayu islam suatu masa dahulu. Bertemakan dari alam kepada alam, bertujuan untuk mengingatkan umat melayu tentang asal usul, kekuatan dan jatidiri mereka bertunjangkan agama islam.

Pada mulanya mereka hanya membela ayam. Kemudian idea berkembang dengan memperkenalkan permainan gasing, seterusnya pencak silat. Idea mencurah-curah datangnya tetapi bak kata tuan tanah, tengoklah kalau ada modal tambahan.

 Photo credit: Rahim Rahmad

Macam mana nak ke sini? Sonang yo jang sebab sekarang ni dah ada signboard. Yang pertama ko akan nampak di Kampung Ulu Bendul, yang kedua dekat simpang nak ke tempat ni. Dari Seremban nak ke Seri Menanti ada 2 simpang. Yang pertama ko akan jumpa yang bertentangan dengan Restoran Warisan (di sebelah kiri) dan ada pintu gerbang di sebelah kanan. Jangan ikut situ, kalau tak biasa kok sosek baghek. Jalan lagi ke depan arah Kuala Pilah ada simpang ke Kampung Tengah. Perjalanan sekitar 25 minit dari Seremban.

Once you dah masuk simpang tu perhatikan jalan/lorong ke Masjid Kampung Tengah. Masuk kat situ. Aku pun tak sangka ada tempat yang awesome di kampung aku sendiri. Nasib baiklah Tourism Negeri Sembilan memperkenalkannya. Tu lahkan asyik pergi tempat orang je... permata di belakang rumah sendiri pun tak nampak.

Belum nampak ladangnya lagi dah berkata dalam hati bestnya tempat ni. Jiwa kekampungan aku memanglah suka kawasan hijau. Eco-tourism sesuai dengan jiwa walaupun suka juga kota kosmopolitan tu. Kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Kat bandar ada lrt kek kampung den ni bas pun tak ado weii.... Bas persiaran aje keluar masuk.

Best gilerrrr !

Bunga apakah ini? Wangi baunya

Balairong alam warisan. Aktiviti bermain gasing, bersilat dilakukan di sini tapi kali ini ada pelamin untuk dua pasang pengantin. Of course tradisional sepenuhnya.

The archer's house, the discussion place

Pagi tu selain gubahan hantaran dibuat juga pertandingan lukisan kanak-kanak. Wahhh adik tu.... aku pun masih simpan lagi baju kebaya songket warna merah macam tu. Ahkak dedulu masa besar adik tu masuk pertandingan ratu kebaya nak habaq hang ...
Cuba tengok, apa yang dilukis itulah gambaran yang ada di dalam kepalanya tentang Ladang Alam Warisan

Yang rare ...

Beburung ni macam duduk dalam chalet, kemas bersih dan tersusun.



Tak pernah ku jumpa wehh

Yang ini lagi rare!

Di sebelah petang diadakan acara sukaneka dan sukan rakyat termasuk pertunjukan memanah berkuda. Yang mencabar, memacakkan bendera di tiang. Hebat betul diorang nih ... boleh dipanjatnya tiang lurus tinggi tu. Paling seronok pertandingan bolasepak dan tarik tali. Emo akak tu team dia kalah kwangkwangkwang...

Cehhh! guna pemain import!

Buaian ini dibina mengadap ladang lembu, kambing, ostrich 

Buai tinggi tinggi
Sampai cucur atap
 Belum tumbuh gigi
Dah pandai baca kitab

Begitulah indahnya pantun/gurindam orang lama, tak payah guna keyboard pun nak menciptaya, sekadar berdasarkan observation dan doa

Built in rostrum, kalau buat program senang nak bagi taklimat. Macam orang dulu-dulu dalam filem Hang Tuah kat tv tuuuu mana ada mikrofon bagai.

Keluasan sebenar ladang ni adalah 21 ekar. Sekarang ia berada di stage 3, once completed in stage 4 akan ada sawah padi nun di depan sana.

Hari tu aku plan nak meronda dari hujung ke hujung tapi tak larat sebab panas berbahang masa tu. Tak berhenti badan ni berpeluh. Tak mengapalah, lain kali aje. InshaAllah aku akan bawa geng bas sekolah ke sini on our way balik kampung nanti.... maybe in fortnight. Ladang ni open to all, anytime. Cuma kalau kita nak buat program kenalah berurusan dengan tuan tanah.

 En Akmal sedang memberikan taklimat tentang Alam Warisan kepada pelajar asing

Ini bunga durian. Kalau korang plan nak camping kat sini ko agak-agak la time durian gugur hehehe ... barulah 2 in 1

 Tahu tak buah apa ni? Ini adalah belimbing buluh yang mana sekiranya dicampurkan ke dalam masak lemak daging salai atau ikan sembilang salai perggghhhh.... tak tekato an doh sodap ea

Payung. Memula aku ingatkan jus buah

Camp site. Masa kami datang tu ada 1 kumpulan yang dah seminggu berkhemah di sini. Di sebelah belakang sana ada anak sungai. Ada cadangan untuk membina chalet tapi kata En Akmal buat masa ni beliau berpendapat chalet tak bersesuaian dengan konsep ladang. Mungkin di masa akan datang?

Tak boleh tahan brother JPAM nih, nak merasa melambung bola jugak. Seronok tau tengok semua ahli keluarga pemilik, staf dan volunteer memakai pakaian melayu lama.

 Main bola pun dengan kain pelikat. Bebudak ni main bola tak agak-agak... macamkan lawan Team Malaysia. Tak kesian lansung kat orang tua.

 Lawan budak darjah 5 pun kalah ke bang? adehhhhh

 Pinggan mangkuk bermotif lama

ala ala tomeyyy

Acara memanjat dah selesai... akak sibuk ke lainlah tadi

Para penari dari Riau, Indonesia. Kita kan serumpun.

hahaahha..... photographer terpaksa adjust ketinggian diri

Yang duduk sekitar Seremban/Kuala Pilah bolehlah hantar anak belajar memanah dan berkuda di sini. Di Ladang Alam Warisan kita akan diajar cara memanah tradisional.Yang diajar di sekolah tu biasanya untuk acara sukan. Mana-mana pun baik sebenarnya. Mengikut catatan sejarah, seorang pemanah berkuda Muslim ketika zaman pertengahan perlu melepaskan 3 sehingga 5 anak panah ketika menunggang dengan kelajuan maksimum. Jarak memanah pula adalah antara 5 hingga 30 meter dari musuh.

Rasulullah pun ada menyuruh kita mengajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Kesemua latihan ini untuk melatih kita fokuskan mata, tenaga dan otak serta kesabaran dan skil dalam mengendalikan binatang.  Kalau binatang yang tak berakal kita mampu kawal, skill itu juga kita boleh apply kepada manusia.
 
Berenang begheh doh 4 orang, tinggal 2 aktiviti ni je lagi. InshaAllah akan hantar anak-anak belajar menunggang kuda di sini bila tiba masanya. Untuk memanah pulak, aku nak hantar depa belajar kat orang lain dulu sebelum further di sini. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Nak belajar perlukan duit dik, doakan kami murah rezeki dan masa ya friends. Kami juga sentiasa mendoakan orang yang berbuat baik kepada kami.


 
Yang akan mengajar menunggang kuda ni Romanian. Tak tahulah kita akan bercakap omputeh ko... nismilan ko ... cakap bahaso dio. Bagus jugak kalau bercakap bahasa dia, 2 in 1, bayar 1 percuma 1. Bahasa bukan masalah utamalah. Ko tengok pemain bola dunia tu sesetengahnya bukan boleh berbahasa Inggeris pun tapi faham je apa coach dia cakap.



Kumpulan Dendang Anak yang superbbbb ! Sangat hebat liriknya, muziknya. Kali ni digabungkan kumpulan KL dan Riau. Aku ada rakam nyanyian depa nih tapi kalau korang nak tengok segera boleh cari di youtube. Kepada yang berminat untuk menjemput mereka menyerikan majlis bolehlah berhubung dengan Encik Ahmad Zaini Mohd Mokhtar di gieeka@dendanganak.com. Alamat mereka di Desa Pandan, KL.


 Jaafar Onn sebagai pengacara majlis. Alif ba ta. Back to basic.

 
 Ya Allah sodap amek peganan cair ni. Orang dulu-dulu kalau nak test merasa dodol cair ni tak perlukan sudu, just guna daun kelapa. Masa cair gini ramailah yang menolong tapi bila dah pekat dan liat hmmm... tinggal yang gagah perkasa je lah. Kekadang terpaksa mak mak menggagahkan diri sebab yang lain dah mengaku kalah.

Pelamin tradisional untuk dua pasang pengantin keesokan harinya. Siap ada joget lambak lagi, Waris penyayi Rembau Most Wanted dan Gadis Jelebu pun ado!

Okay kawan-kawan, pegawai-pegawai kerajaan, cikgu cikgi semua lepas ni bolehlah bawa kaum kerabat, staffs, anak murid mai sini pulak ye.

Meh aku bagi alamat Ladang Alam Warisan ni:

Jalan Masjid, Kampung Tengah
Seri Menanti
71550 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Tel/faks: +603 88931116 
Koordinat N: 2.778076, W: 101.804338

Nak bercakap dengan siapa?
Izham 013 7471647
Nasrul 019 3885763
Ina      019 9710644
Imran  019 9810644

www.ladangalamwarisan.my
fb: www.facebook.com/ladangalamwarisan






Post a Comment

0 Comments