Perak | SEMESTI Reunion - Girls Get Together 2026



SEMESTI Reunion | Girls Get Together 2026 | Halluuuu... sihat ke tu? Ai sihat je cuma bengang dengan situasi Negeri Sembilan sekarang. Dah elok aman ekonomi kencang pentadbiran bagus pi tukar. Konon nak birukan Nismilan sudahnya hari biru. Hampeh!

Ingat nak siapkan cerita ni Ahad lepas, tapi dah tengahari mengantuk pula. Masa aku tidur tu punyalah bingit suara bebudak menjerit. Aku dah turun bawa rotan, nampak ramai orang lelaki berkumpul macam nak solat siap sorang pakai sepersalinan kuning. Aku pergi belakang cari anak buah si Akif tapi tak jumpa (dia memang suka menjerit kalau disakat). Anak aku yang duduk diam kat baris belakang kata budak atas yang bising. Aku pun gerak nak pi cari.

Ma, ada orang telefon.

Laa...mimpi rupanya 😄 tapi suara budak-budak tu masih bising kat luar. Aku yakin bukan anak ustaz sebelah sebab diorang bukan jenis tu. Anak aku kata budak sebelah kanan. Mujurlah acik tidur budak oiii...kalau tak bercekak pinggang dah acik tepi pagar tu. Kau main jelah toksah bergaduh menjerit-jerit. Sampai Tuanku Muhriz pun masuk dalam mimpi aku hahhahaha...

Kau tengok, sampai dalam mimpi aku bawa rotan nak libas orang 😄😄


DARI SEREMBAN KE TELUK INTAN
Rancangan nak buat reunion ini bermula sejak awal tahun sehinggalah kami setuju dengan satu tarikh. Biasalah acik-acik yang dah established ni...ada conference lah nak pi kursuslah. Kami yang penganggur ni ikut je.

Akhirnya Rhazz Villa Padi di Chenderong Balai jadi pilihan. Dewi dan Sripatun in-charge bab penginapan ni. Kalau nak buat family gathering atau kenduri ok sangat kat sini, bilik banyak dan selesa kafe pun ada. Paling cantik waktu ada padi di belakang tu terhampar seluas mata memandang. Yang penting ada swimming pool untuk berendam. Cuma tiada tarikan lain di situ. 

Dalam reramai tu akulah yang paling jauh, selain Zaza dari Pengkalan Hulu. Cik Leez ajak naik kereta sekali dengan dia, dia akan jemput di MRT Sungai Buloh. Faizah pun sama. Aku fikir leceh nak tukar dari KTM komuter lepas tu berjalan pula ke MRT Kajang dengan beg berat penuh t-shirt acik-acik gorgeous aku pun decide naik bas je lah senang dari Seremban terus sampai Teluk Intan, Perak.

Begitulah perancangannya tapi syarikat bas batalkan jadual pagi tu maka terpaksalah aku naik bas ke Terminal Bersepadu Selatan dan naik bas ke utara dari sana. Bagusnya syarikat tu call/mesej bagitau tentang pembatalan dan terus pulangkan duit tiket. If worse come to worst aku call je kengkawan suruh tunggu kat Sungai Buloh sebab diorang gerak lambat.

Dalam kepala aku ni dah sampai nanti nak ke sana nak ke sinun maklumlah dah berpuluh tahun tak ke Teluk Intan tapi bila sampai cuaca panas berdenting! Tak koser nak berjalan weh... order Grab terus je lah. 


KALI TERAKHIR DI TELUK INTAN
Kali terakhir ke sana masa menghadiri kenduri kahwin Wan Norbit; aku pergi dengan Suriani, Ringgo dan Zoolhelmi. Sampai sekarang aku dok fikir macam mana eh aku boleh join budak berdua tu? hahahhaha... Zool dah jadi professor akaun UiTM manakala Ringgo kerja di Singapura dan join tabligh. Plot twist betul Ringgo ni.

Nak mengimbau kenangan sikit.

Ringgo kira budak nakal jugalah. Ada sekali tu masa form five masa prep malam sekolah black out. Dia dengan kengkawan dia kacau budak perempuan di tangga yang jalan beramai-ramai sebab gelap. Kawan kami si Wan N pun marahlah.

Ishh...budak ni!

Budak? Aku buat sampai keluar budak baru tau.

Punyalah kuangajo. Kalau zaman sekarang entah-entah dah ke balai polis kena soal siasat sebab membuat ancaman rogol.

Tu yang aku musykil macam mana aku boleh berurusan dengan dia eh. Aku masuk sekolah tu masa form four berlainan kelas pula. Zaman tu telefon cuma ada di pejabat je 😇. 

Ada sekali tu masa aku dah kahwin dia call tanya rumah kat mana? Jauh tak dari bengkel yang tarik kereta dia? (kereta dia rosak di highway Seremban).

Aku kata dekat je.. dalam 10km. Turun je dari teksi dia terus cakap, aku rasa lebih dari 10km rumah ko ni.

Haah, 15.

Penipu betul nko ni 😂😂

Cakap jauh karang tak datang pula. Alhamdulillah adalah sedikit jasa aku kat famili dia hahahah...

Sembilan tahun lepas ada jumpa dia dan isteri sekejap sebelum aku ke Singapura sensorang. Dia happy nak jumpa member lama tapi bila aku check, bapak ah jauh rumah dia 50km semata nak jemput aku di Johor Premium Outlet bawa ke Larkin Sentral. Tu lah kan, kawan macam lahabau ni selalu baik 😄

Selepas berbelas tahun, tahun lepas kononnya nak buat kunjungan balas walaupun rumah dia jauh dari Pasir Gudang tapi dia sedang keluar empat bulan ke negara Uncle Sam. Nak dakwahkan Donald Trump kot. Begitulah... people change, harap aku pun sama.

Jauh aku melalut alang alang mengenang kawan.


AKTIVITI HARI PERTAMA
Kami sampai berperingkat dengan baju warna rumah sukan masing-masing. Ada yang nak datang - dah bayar - tapi tak pasti sebab ada urusan lain. Ada yang aku tak pernah jumpa sejak habis sekolah dulu. Punyala lama berpuluh tahun.

Kay, Faie dan Youne minta aku sebilik dengan merela. Aku tak kisah pun duduk dengan siapa tapi diorang nak mengimbau kenangan di asrama dulu. Kami berbelas orang masuk selepas Sijil Rendah Pelajaran (SRP), masa tingkatan empat scattered tak sebilik, di tingkatan lima baru sekali.

Acik-acik kebanyakannya dah mengembang tapi bila Raiha sampai...wah, macam budak tingkatan lima! Ko makan sayur aje ke...? Amazing betholl!

June pula secara semulajadi lemah lembut. Camner eh dia marah anak dia?

Kali ni Asmah join. Soalan penting yang aku dah lama nak tanya, nko ke penulis buku Asmah Omar tu? Eh bukan... Puas hati aku dapat dengar dari mulut dia sendiri.

Sempat bertanya Dr Ita kenapa ramai orang berumur bila nak berdiri punggung naik dulu? Sebab kaki dah tak kuat, katanya. Kena exercise kaki lah ni.

Tanya beberapa soalan kepada Dr Ruwaidah pula fasal mata. Dia kata kita boleh minta surat rujukan dari Klinik Kesihatan untuk berjumpa doktor pakar mata di hospital setahun sekali. Wah baru tahu ni.

Sewaktu merancang itinerary hari tu, kalau tak silap Dr Ita cadangkan kami buat ujian pap smear. Dia kata nanti dia minta kawan-kawan dia tolong. Tak nak aku... hahahhahah...seganlah weh.

Faie yang bertugas sebagai HR manager tak tahu macam mana nak tolong aku sebab aku nak kerja di Seremban aje, kawan-kawan dia semua di Lembah Kelang. Tak sanggup dah nak berulang ke KL weh, dah berlalu zaman tu. Kalau naik bas selepas 6.15 pagi mau dua jam baru sampai KL dari Seremban menghadap traffic jam setiap hari. Tu belum lagi kereta rosak atau accident di jalan bertentangan tapi jalan sini yang terhenti. Kepohci. Terima kasih je lah. Semoga ada rezeki kerja di Seremban/Nilai.
.
.
.

Kemudian sesi mencekik. Banyaknya makanan...😋😋

Cik Leez si tauke kek dan pastri di Bandar Puteri Rawang. Berbakat betul akak kita ni. IG bannliza74

Untuk minum petang tu kami dah order tapi ada juga kawan-kawan yang bawa makanan tambahan. Kami dah hadkan orang yang nak bersedekah makanan supaya tak membazir macam tahun lalu. Buah, kek, pastri semua sedap. Kek Cik Leez ikut trend, boh apa entah tepi kek tu. Berbakat betul dia. Korang yang duduk area Rawang bolehlah tempah.

Lepas makan sambil berborak hingar-bingar tu kami pun buat sukaneka yang tak payah angkat punggung haahhahahh...punyalah teruk acik-acik ni semua pemalas nak gerak hahahhah.. Koordinatornya Cikgu Ijan.  Dah tahu kan kenapa anak-anak tak boleh ikut arahan cikgu? Tengok mak mak diorang ni. Orang suruh tunjuk warna hijau dia pi hulur warna biru, jerit warna kuning dia pi hulur merah. Buta warna masing-masing 😇. Si Faie pula dia berlunjur dengan tak berlunjur macam sama je 😄. Sorry Faie ✌

Lepas sukan sambung makan sambil bersembang di bilik dan kolam renang. Banyaknya nak cakap hahhahah... Bagusnya Rhazz Villa takde cctv jadi sukati kami je nak pakai apa.

Tengok, ada sorang tak ikut arahan. Orang suruh pakai baju kuning tapi baju dia kuningnya seciput je.

Ada pengarah, doktor mata, orang UTP, MQA, orang IT bersara awal...





Pecah perut gelak masa ni. Kalau ujian matriks darjah 4 gagal dah ni. Ada satu lagi sukan indoor tapi malas nak boh gambar, herot muka masing-masing bawa straw dengan muncung 😁

Baling dekat pun ada yang tak masuk. Parah.


BILA MALAM MENJELANG
Batch kami ni kan ramai betul yang meninggal dunia. Memanglah ajal maut di tangan Tuhan tapi rasa aneh. Tahun ini sahaja enam orang, ada seorang meninggal sehari sebelum raya puasa. Ku catatkan di sini sebagai kenangan.

Nor Azhar Ahmad - 9 Januari
Saiful Anas Manas - 29 Januari (lemah lembut je dia ni)
Haliza Mohd Ali - 20 Mac
Latifah Nor Hussin -  26 April (Ralat rasa tak sempat melawat dia tahun lepas)
Muhammad Burhanuddin Abdul Wahab - 6 Jun
Asiah Hassan - 21 Jun

Latifah kelas aku, yang ketiga setakat ini. Ya Allah, rasa macam menunggu giliran je ni.

Jadi selepas solat Maghrib berjemaah kami pun baca yasin dan tahlil. Semoga mereka dan kami dihimpunkan bersama orang beriman.

Kemudian acara yang ditunggu-tunggu...bertukar hadiah 😍.  Tema baju malam ni baju kurung Kedah dengan kain batik. Macam opah weh (nak bagi sedar diri kot).

Lurve sangat acara ni hehhehh.. tapi sebelum tu kami dapat cenderahati wajib sorang satu daripada duit yang kami kumpul. Bab ni Dewi yang uruskan. Dia belikan tumbler yang cantik, keychain dan jewellery box dengan nama peserta. I loike...

Kali ni aku bertukar hadiah dengan Cikgu Ijan, dapat handbag Alif Syukri dan laundry bag. Rasanya takde yang bagi hadiah senilai RM30 seperti yang disyaratkan, semua bagi lebih sebab rasa seronok memberi. Yang lebih menariknya semua yang pernah hadir dalam reunion sebelum ini bawa juga hadiah sampingan. Tak semestinya mahal tapi berguna macam brooch (boleh ganti brooch asyik hilang), beg laundri, kain pasang, sos Korea dan lain-lain. Kalau Nona datang dapat jamu kot eh?

Suasana punyalah bingit macam kat pasar Kemboja hahahahha... maklumlah mak mak orang. Bukan main lagi suruh anak bersopan santun gelak tutup mulut tapi bila mak jumpa kawan-kawan sekolah mengilai macam pontianak. Nasib baik kami je kat situ.

Banyak betul yang disembangkan maklumlah ada yang tak pernah berjumpa lansung sejak 1991. Ada yang bentang toto tidur di ruang tamu borak sampai lelap.





Geng barbecue.


Hadiah-hadiah yang dibawa.



Yani punya. Berguna betul brooch ni.

Makan lagi...

CERITA CERITI
Kami berempat sambung di bilik.

Seronok betullah, tak cukup masa bercerita kisah lalu dan bertanya hal keluarga masing-masing. Ada yang suka masuk SEMESTI sebab anak tunggal, tiada kawan di rumah. Ada yang semua adik-beradik masuk asrama, ada yang masuk asrama sebagai satu escapism daripada ibu bapa yang mengongkong dan macam-macam lagi.

Youne pula pernah dapat tawaran ke UK tapi dia menolak sebab masa tu dia tak yakin, tak pernah berjauhan dari keluarga. Boleh pula dia call pegawai tu nak minta masuk BTN aje tapi sambung di IPTA tempatan. Mace mace.

Aku pernah tidur rumah Youne masa dia duduk flat di Wangsa Maju dulu. Sampai KL dah petang jadi tumpang dulu rumah dia. Esoknya mak ayah dia tumpangkan balik kampung sebab mereka juga nak balik Serting. Kami ikut Jalan Seri Menanti ke Senaling dan aku tak sangka rupanya mereka ada saudara di sepanjang jalan tu. Pusing pusing orang kito juo.

Mak Youne : Itu rumah sedara kita si fulan kan?

Ayah Youne : Eh bukanlah. Asal rumah cantik je sedara kita.

Aku ingat sampai sekarang dan jadikan peringatan untuk diri sendiri agar tak mudah mendakwa yang kaya itu saudara. Al Fatihah untuk pakcik dan makcik.

Youne juga pernah nak jual salah satu rumah bila anak sulung nak sambung master di Scotland. Si sulung ni memang berimpian nak belajar di luar negara tapi tak terpilih masa ijazah jadi bila nak sambung master dua tahun Youne sanggup tanggung sendiri. Dia kata duit untuk dinikmati tapi rezeki anak dia dapat biasiswa maka rumah tak jadi dijual.

Ingat tu, duit untuk dinikmati.

Pernah juga pergi rumah lama mak ayah Kay di Selayang. Kebetulan abang dia masih belajar engineering di UK. Mak Kay kata, nanti Along dah kerja bolehlah tolong kita tapi ayah dia balas, tanggungjawab kita bagi dia pelajaran, jangan berharap apa-apa. Aku pegang kata-kata ayah dia untuk aku gunakan bila jadi mak.

Masa aku kemas rak buku hari tu aku terjumpa buku yang dibeli semasa jualan buku-buku terbitan Utusan Distributors di Keramat tahun 1990an dulu. Aku punya habit, aku akan tulis nama tarikh dan tempat beli (jika jualan karnival). Aku ceritalah dekat Kay yang kami pergi berdua dulu. Dia haram tak ingat. Bila diingat balik aku rasa hebat boleh turun naik bas mini untuk sampai ke Keramat padahal asal kampung.  

Youne dan Faie tidur atas katil manakala aku dan Kay memilih tidur atas toto. Dalam dorm dulu kami tidur sebelah-menyebelah menyongsang menghadap tingkap sebab takut mengarah ke pintu- takut hantu 😂, macamlah hantu tu tak boleh bergayut kat tingkap.


SEBELUM PULANG
Pagi esoknya kami pakai t-shirt warna strawberry matcha sempena warna tema raya tahun ni. Cantik kan? Aku dengan Kay pakai saiz yang sama tapi aku pakai macam balut nangka. Tak sanggup acik pakai kat luar huhuu...

Maka bergambarlah kami ke sana sini tapi gayanya sama je ikut je arahan Cikgu Ijan. Nak melompat tak boleh sebab kebanyakannya 'kenderaan berat'. Yang best nya dalam gambar nampak muda 10 tahun!




Ada dua cikgu dalam ni, entah entah cikgu anak korang.



Selesai bersalam cot cet kami pun bergerak ke menara condong Teluk Intan. Dua tahun aku sekolah sana tak pernah sekalipun bergambar di sini padahal ada ketikanya aku seludup kamera SLR abah. Aku rasa sebab utamanya ialah kengkawan tak reti guna manual focus. Aku ambil gambar orang elok tapi bila orang ambil gambar aku nampak kabur sekabur masa hadapan huhuu.. Jangan memain eh, belasan tahun lagi ai dah reti guna kamera analog.






Selepas tu kami ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) melepas rindu. Kawan yang rajin join event di SEMESTI yang uruskan, Pengetua siap tunggu lagi di foyer. Alahai rasa tua benar bila tengok Pengetua muda. Kami dapat bergambar di kelas bawah dan sekitar dewan tu sajalah, ke aspuri tak dibenarkan. Takpelah, kami tetap gembira kembali ke sini. 


Kelas ku di tingkat dua nun di hujung sana. 



Souvenir untuk semua yang hadir: tumber, keychain dan jewellery box nama sendiri 😍

Thank you Dewi 😘 Kite suka!


Maka berakhirlan perjumpaan kami kali yang ke.. erm berapa eh? Aku baru kali kedua. Sesungguhnya dua hari satu malam tak cukup untuk kami bercerita kisah lalu dan impian akan datang. Cadangnya tahun depan nak buat tiga hari, lokasinya di Perak jugalah. Ater dah deme oghang Peghak maka ke Peghaklah kiter.

Setelah dihasut-hasut aku pun balik menumpang Faie sehingga Rawang kemudian dihantar Youne ke Terminal Bersepadu Selatan. Burn je lah tiket bas Teluk Intan-Seremban yang aku dah beli. Eh, tak cukup juga dua jam menceceh dalam kereta 😄😄

Alhamdulillah semua selesai dan menutup acara dengan gembira. Adios!









































































































































Post a Comment

1 Comments

  1. Gelak lah bacanya , 😄😄.

    Ini pasti seruuuu sangat kak. Bisa ketemu ramai, dan dah lamaaaa juga dari terakhir jumpa yaaa 😍. Baguuus lah komunikasi kalian, berarti masih tetap saling tegur sapa.

    Dulupun saya ada teman lelaki yang nakalnya astaghfirullah, tapi dah besar jadi baiiik hahahah. Kami biasanya anggab yang begini dah puas nakal zaman muda. Jadi saat dewasa, dia bisa tumbuh jadi orang yang baik2. Soalnya ada juga Abang kelas saya yang dulu terkenal alim, baik, pandai, dah besar tiba2 dapat kabar masuk penjara karena menipu atau apa. Tak sangka kan.

    Biasalah tuh, sat ketemu ada yang mengembang, ada yang menyusut 🤣. Tapi part teman2 yang sudah meninggal, ini memang sedih lah.

    Banyak kayaknya baju yang kalian jadikan dress code yaa 😅😅. Tapi bagus2 juga warnanya.

    Memang lah, kita nih kalau liat anak2 sembang keras2 langsung marah, suruh mereka kecilkan suara. Padahal kalau para Mak nih saling jumpa, beuuugh suara dah macam pakai mic 😂😂. Saya pun gitu juga dengan teman2.

    Sampai pernah anak saya bilang, 'mam, please behave ' 🤣🤣

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.

Ruggedmom Ruggedmom