Keputusan PRN Negeri Sembilan ke-16



Semua dah tahu kan? Saja tampal sini buat kenangan. Berita aku memang selalu lambat hahahha..

Walaupun dan 11 hari warna ungu di jari pun belum hilang lagi. Sama dengan rasa kesal yang belum hilang dengan ketenteraman yang diganggu-gugat dengan alasan "menyelamatkan Melayu daripada DAP" dan "penyatuan umah" padahal Negeri Sembilan elok dah.

Baru satu hari Menteri Besar dilantik dah keluar kenyataan tak puas hati dari mastermind penggulingan raja, dan sehingga kini masih berbunyi. Semalam kes "mandamus" dibawa ke mahkamah untuk memohon perintah agar Menteri Besar menurunkan tandatangan untuk membuang Tuanku Muhriz sebagai ketua negeri yang diiktiraf kerajaan persekutuan. Apa nak jadilah diorang ni. Yang nbernafsu besar bukan lagi level dinasour, bebudak sekarang kata fosil 😄



Jadi sekarang Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dari parti UMNO/Barisan Nasional iaitu YAB Dato' Haji Ismail bin Lasim yang dah tujuh kali bertanding. 

Selamat bertugas dengan adil dan amanah Dato' yo.... tak payah tambah exco atau Adun lantikan sebab Tok Min dah letak bench mark yang tinggi dengan hanya 10 exco sahaja. Tak perlu ikut cara lama untuk balas budi member. Tau tu kerajaan negeri banyak duit.

Dengan jumlah penduduk yang hampir sama dengan Terengganu, staf kerajaan hanya 5,500 sahaja berbanding Terengganu 14,000 orang untuk membantu melaksanakan pelan pentadbiran kerajaan negeri. Dibawah pentadbiran Datuk Aminudin Harun atau mesra disapa Tok Min, Negeri Sembilan telah bergerak dengan laju mengejar Selangor, Johor dan Pulau Pinang TANPA royalti minyak. Rizab negeri yang ditinggalkan setinggi RM1.3 bilion! Merah mata masing-masing.

-Dari pengundi atas pagar yang sentiasa memerhati.


Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom