Indonesia | 5H 4M Jakarta-Bandung - Day 2 Mencari Perfume Lagi & Ole-Ole



5H 4M Jakarta-Bandung - Day 2 Mencari Perfume Lagi & Ole-Ole|  Apartment yang kami sewa selama tiga malam selesa untuk tiga orang, nak masuk empat orang pun boleh sebab katil single tu jenis pull out. Tilam tebal dan ada air-cond. Aku pilih bilik single sebab aku tidur tak pasang air-cond. Premis serba lengkap untuk pengembara, nak ke Jalan Braga pun boleh jalan kaki je. Jalan Braga tu ibarat Bukit Bintang KL  dengan deretan restoran dan kedai sentiasa ramai orang. Jalan Braga ni jalan seni, banyak lukisan dijual di sini.

Hari kedua kami mulakan dengan melawat Pasar kaget Gasibu (pasar minggu) berdekatan Gedung Sate. Aku memang suka tempat-tempat yang ramai lokal termasuk pasar pagi kerana di situlah kita boleh nampak budaya setempat termasuk pakaian dan apa yang dimakan mereka. Mengikut pengalaman lalu banyak juga benda yang menarik perhatian aku di Pasar Gasibu tapi kengkawan tak nak lelama jadi tak sempat nak habiskan melawat semua lorong. Kengkawan ai jenis pergi shopping mall uolss kita pula kampung girl.

I like to observe peoples. Peniaga di Bandung/Jakarta khasnya dan Indonesia amnya, sangat menghormati pelanggan.  Mereka memanggil dengan lembut tak kira apa yang di jual atau di mana lokasi jualan sama ada di gedung atau tepi jalan. Something we lack of. Suka atau tidak kita harus mengakui dalam hal hospitaliti kita tertinggal di belakang Indonesia dan Thailand.

Singgah dulu, bu.

Silakan, bu.

Dicoba aja dulu, bu.

Terima kasih ya bu.

Mereka akan berdiri bila kita menghampiri. Layanan ini termasuk juga di hotel penginapan, guard akan bantu angkat barang jika tiada bell boy. Di AirBnB yang kami inap pun penjaga bangunan tak pernah lupa ucap selamat pagi/malam dengan senyuman. Memang ada yang mengharap tips tapi memberi tips bukan paksaan seperti di Amerika. Begitu juga adab pemandu gojek, terima kasih tak tinggal.

Itu semua pengalaman manislah. Pengalaman pahit sangat belum ada.

Aku selalu membandingkan dengan pengalaman di Ho Chi Minh dulu. Masa tu aku mengandung, aku tumpang duduk di satu gerai menjual air. Bila aku jawab tak beli dia suruh bangun. Hawau betholll.

Macam mana jadi warna-warni tu eh? Ralit budak tu menengoknya.

Kerepek fresh dari kuali.

Dari pasar kaget kami ke Wingold Prefumery Premium pula. Waduh waduh... penuh dengan orang Malaysia!

Wingold Prefumery ni jual perfume "inspired". Banyak giler weh... kita kena tunggu giliran sebab pelayan takkan layan kita selagi pelanggan dia belum selesai. Kedai ni ada dua bahagian, sementara kawan aku beratur aku pi belah sana menyelit celah orang test bau. Aku beli enam botol yang 30ml lain- lain bau, the girls beli berbelas hahaha... mereka memang aim datang sini. Enam botol habis IDR377 ribu. Bulatan warna putih hitam biru merah tu membezakan kualiti minyak wangi. 

Dijual dua jenis Eu de toilette (EDP) dan Extrait (extract). Untuk EDT, nisbah extrait dengan ethanol adalah 40:60 manakala jenis extrait 60:40 . EDP tahan lapan jam manakala extrait tahan 72 jam.

Wah, lamanya!

Iya kak, wangi tapi berdaki.

hahahahahahah... berdekah aku gelak. Lucu juga kamu ya.

Perfume kami. Aku punya belah kiri tu je. Aku pilih botol bentuk bersegi senang nak susun dalam bekas mekap. Dalam pada dia dok mengira berapa kena bayar tu pun tu pun kami tambah lagi 😄


Ketahanan bau perfum dipengaruhi oleh kualiti bahan, nisbah bahan yang digunakan, iklim, kelembapan kulit dan di mana kita sapu wangian tu. Dalam cuaca khatutistiwa Malaysia aromanya lebih kuat terutama bila kita berpeluh tetapi cepat hilang baunya juga bila berpeluh manakala di negara beriklim sejuk wangiannya lebih tahan lama. 

Tips untuk bau haruman perfume tahan lama, kita sapu losyen dulu atau semburkan ke baju dan rambut.

Seterusnya kami meredah macet hari minggu menziarahi Dr. Bambang Hidayat seorang saintis dan bekas direktur Observatorium Bosscha, Lembang. Sesaja nak ke rumah kenalan/saudara susah jadi bila berpeluang begini kita ziarahlah. Dah pernah ceritakan tentang beliau di sini. Jemput baca ya.

Bapak Bambang kelihatan uzur tetapi masih ingat yang aku pernah ke rumahnya, Pertuturannya perlahan tapi masih membaca cuma tidak menulis lagi kerana saya tiada bahan, katanya. Dinding rumahnya penuh buku dengan rak khas buku-buku berbahasa Belanda. Yang di dalam bilik kerja semua buku astronomi. Mungkin dah tak ramai golongan seusianya yang masih boleh berbahasa Belanda. Teringat Tun Dr Mahathir yang menyesal tak belajar bahasa Jepun disebabkan benci tentera Jepun yang melanyak tok nenek kita dulu.

Beliau memang menunggu kedatangan aku. Elok je sampai beliau pun bersusah-payah keluar menyambut walau pergerakannya perlahan. Haiyoo risau pula kot jatuh.

Lebih kurang setengah jam saja di sini, tak boleh lelama sebab kengkawan menunggu dalam kereta. Segan nak masuk katanya. Semoga bapak Bambang panjang umur dan terus sihat. Tot ziens, bapak!


Di rak ini semua buku berkaitan Indonesia. Geram tengok buku-buku ni. 

Sepatutnya kami ke tahu susu Lembang dan Orkid Cikole selepas ni sebab sejalan tapi sebaik saja naik kereta hujan turun dengan lebatnya. Itulah rezeki kami kali ni, lima hari hujan. Lansung kami turun makan ayam jerebu di kedai Kemangi, Pasir Keliki di kota Bandung. Daripada semua rumah makan yang kami pergi selama lima hari tu makanan di kedai ni paling sedap. 

Ayam diletakkan atas hot plate.


Dah kita ada supir kan, jalan lagi!

Kami dibawa beli oleh-oleh di Tiga Rasa. Ermm.. bolehlah.

Kawan aku merentan-rentan nak ke kedai kain sebab nak buat baju kenduri kahwin adik dia awal tahun depan. Mereka berdua dah naik tingkat satu tengok kain lace, aku masih melihat-lihat di bahagian lelaki. Uishh mahal juga kemeja batik lelaki. Aku cakap kat sales assistant tu tak payah layan aku, pi layan kawan aku tu je diorang memang datang nak perabis duit. Lepas 10 minit aku pun naik atas juga diiringi oleh SA tadi.

Ya Allah cantiknya lace di Alla Moda hahahahhah.... cantik sungguh weh. SA sibuk suggest warna pink la biru la... aku kata tak payah, eh dia kata takpe kak saya tunjuk saja. Eh kau ni... berbolak balik hati aku 😄. Kain lace takde dalam list barang yang nak dibeli.

Sambil menunggu tu aku pun video call anak dara tunjuk apa yang ada dalam kedai. Dia pun bilang nak yang gitu gini, SA pula pasang telinga. Dia pun ambil lace ungu padankan dengan kain sewarna hah! terus jadi 😂. Anak suruh aku ambil sepasang dia belanja. Aduhaiii... sekarang dok mikir mana nak tempah pula hahahha... Memanglah depa ni pandai psiko pembeli. Kawan aku masih keliru nak yang mana aku dah potong dua pasang. 

Tersenyum meleret memasing keluar kedai.


Hendra driver kami tanya, mau ke mana lagi kak? Ga usah risau fasal 12 jam tu. Bagus Hendra ni tak berkira. Kawan aku dok bercakap gue loh gue loh dengan Hendra - member belajar cakap Indonesia dari sinetron 😄. Hendra bilang kalau dalam bahasa Sunda gue loh tu agak kasar, elok guna saya/kamu. Owh begitu... belajar sesuatu hari ini?

Last, kami ke Cibaduyut cari barangan kulit. Rambang mata tengok handbag yang banyak jenis warna dan kualiti. Sebenarnya aku nak beli passport cover menggantikan jenis PU yang dibeli di Thailand. Kebaikan kulit asli ialah selain tahan lama, ia juga semakin lembut bila sentiasa dipakai.

Puas cari dari satu kedai ke kedai lain tapi satu pun tak jual. Hairan sungguh, takde permintaan ke? Kat Tokopedia ada pula jual. Sudahnya beli handbag dan sandal untuk orang je. Esoknya datang lagi sebab tak cukup hadiah untuk seorang lagi.

Salah satu kedai beg tangan kulit di Cibaduyut. Satu desain ada berbelas warna.


Lepas solat Isyak kami keluar lagi jalan-jalan sendiri di Braga. Aku suka vibe Braga ni, ada kedai kopi dan banyak kedai lukisan. Busker pun nyanyi lagu yang sedap sajer.




Sedap lagu yang busker ni nyanyikan.

Kawan aku tu segala yang viral dia tahu, kita ni gen lama tak amik pot dah semua tu. Masa diorang shopping di Tiramisusu aku pergi menembak di kedai bertentangan. Dulu nak masuk polis tinggi tak cukup... Kat sini bayar 50k rupiah dapat 50 biji peluru, puas menembak. Kat Phuket bagi 15 biji je... kedekut nau.

🎶Gerak gerak gerak khassss....🎝


Ko jangan memain dengan acik, dik, tiga je tersasar keluar. Kalau jadi anggota PDRM sesenang je aku tembak lelaki gemuk yang panjat pagar SPRM. I'm #NotYourOrdinaryMakcik . Haa gituh.



Puas jugalah berjalan di hari kedua ni cuma dok meratib sampai tengah malam nak pergi makan bakso di Tjap Haji.

Sekian, nanti sambung.

.
.
.
.
.

Mungkin ada pembaca yang nak tahu boleh ke tak guna wangian beralkohol. Ini penjelasan yang aku ambil dari page Mufti Wilayah Persekutuan.

IRSYAD HUKUM SIRI KE-185 : MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Begitu juga Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.

Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.

Tapai halal dimakan.

Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.


Kesimpulan
Kami berpendapat sebolehnya kita mengambil langkah warak untuk meninggalkan penggunaan alkohol dalam urusan harian kita. Ini untuk meninggalkan khilaf dalam kalangan ulama. Ini juga bagi mengelakkan syubhah, khususnya jika kita tidak pasti alkohol dalam bahan-bahan pewangi berasal daripada pembuatan arak atau bukan. Sabda Rasulullah SAW:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Maksudnya: "Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu ragui"

Riwayat al-Tirmidzi (2442)

Justeru, boleh pilih alternatif-alternatif yang diyakini suci dan halal. Namun jika terdapat keperluan, boleh menggunakannya mengikut garis panduan yang diletakkan dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang dinyatakan di atas. Semoga Allah Taala memberkati hidup kita.

Bacaan lanjut di sini.
















Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom