Penduduk Kampung Sg Baru (Kg Baru) KL Diusir



Penduduk Kampung Sg Baru (Kg Baru) KL Diusir | Aku nak kongsikan apa yang ditulis Raimy Hany dan Ishaq Marazi di facebook.


𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟-𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔
Cerita Kg Sungai Baru ni kalau ikut fakta, semua orang tahu :

PN yang guna Akta Pengambilan Tanah 2021, PN yang keluarkan Warta,
PN yang mula bayar pampasan 2022.

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 - 𝗧𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔.
Tapi bila kecoh sekarang, peliknya yang kena maki PMX. Khalid Samad pun kena tibai, Padahal masa dia jadi Menteri Wilayah dulu, PH tawar pampasan tertinggi sejarah – RM850–RM1,000 psf. Projek tak sempat jalan sebab kerajaan tumbang.

Itu 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔nya tak payahlah nak pusing².

Lepas tu PN masuk, guna Akta, keluarkan warta, offer pampasan rendah RM350–RM500 psf. Jadi, kalau nak marah pun, marahlah geng PN dulu. Dah tu kenapa tiba² kemudian baru nak muncul “juara kampung” si Rafidah ni??

Pelik kan?
 
Sebab ayah dia sendiri pun dah sign setuju dengan projek ni. Kalau betul nak lawan, kenapa masa darurat, masa LEPAS PKP, masa PN guna Akta, masa pampasan dia atau keluarga rasa rendah dapat diam membisu?
 
Kenapa tak lawan masa tu?

Mana DIA yang terpaling pejuang tu?

Kenapa bila kerajaan dah bertukar, baru beria² keluar bakar api kebencian??
 
Nampak tak game diaorang??

𝗣𝗘𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚
𝗣𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚

Nampak sangat agenda jahat geng² pembangkang , bukan perjuangan ikhlas pun. Hakikatnya tanah Kg Sg Baru ni status pajakan, bukan freehold. Pajakan ni ada tempoh, makin lama makin susut nilai, dan ikut undang-undang kerajaan boleh ambil balik bila ada tujuan awam.
 
Kalau sampai kena ambil, pampasan ikut harga pasaran je — memang jauh lebih rendah. Itu sebab majoriti penduduk setuju projek ni dari awal, sebab lebih untung dan terjamin. Dengan keadaan setempat pun dah terlalu teruk, ada penduduk kata dah jadi sarang penangih, dengan bangunan terlampau uzur. KUALITI HIDUP dah takde.

Jadi bila dia ni buat bising seolah tanah tu freehold turun-temurun, itu cuma spin politik murahan yang akhirnya rugikan hak sebenar penduduk. Yang lagi menyedihkan, sebabkan provokasi murahan dia, jiran² & penduduk lain yang tengah tunggu jadi mangsa!

Bayangkan lah,
Ada makcik pakcik dah 4–5 tahun duduk rumah transit, tunggu projek dengan penuh harapan siap. Sebab terpaksa delay projek. Macam makcik Hamidah (𝘨𝘢𝘮𝘣𝘢𝘳 𝘥𝘪𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩) sekarang masih tersadai di Residensi Kerinchi, rumah sementara sebab projek tak siap².

Ada sorang lagi kongsi, mak angkat dia pun salah seorang yang duduk di situ. Pak angkat dah meninggal dunia, tak sempat merasa rumah baru. Arwah tinggalkan hajat teringin nak duduk rumah baru yang diaorang dah setuju, tapi terbantut sebab projek terbantut.

Eh,dia ni ada hati perut tak?

Pejuang apa bendenya.

Bayangkan perasaan keluarga yang terpaksa tanggung keadaan tu. Orang lain dah roboh rumah, duduk transit, sabar bertahun-tahun. Tapi sekarang, dek kerana kedegilan & penting diri segelintir termasuk la si Rafidah yang kononnya “juara Melayu” ni, ratusan keluarga stuck, pemaju pun stuck, semua orang jadi mangsa.

Macam yang dikongsi oleh Ishaq Marazi, salah seorang pemilik rumah di sana:

“𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦-230 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘪𝘨𝘯. 𝘛𝘰𝘵𝘢𝘭 329 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬, 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 70% 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘬 2018–2019. 𝘞𝘢𝘭𝘢𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘯𝘥𝘦𝘥, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘩 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘤𝘪𝘬 𝘱𝘢𝘬𝘤𝘪𝘬 𝘥𝘶𝘥𝘶𝘬 𝘧𝘭𝘢𝘵 𝘶𝘻𝘶𝘳. 𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘣𝘢𝘳𝘶, 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 2 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘤𝘰𝘯𝘥𝘰. 𝘚𝘵𝘶𝘥𝘪𝘰 𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘸𝘢 𝘙𝘔2𝘬–𝘙𝘔2.5𝘬. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 2 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶, 𝘙𝘔4𝘬–𝘙𝘔6𝘬 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 3 𝘶𝘯𝘪𝘵 = 6 𝘱𝘪𝘯𝘵𝘶 𝘈𝘪𝘳𝘣𝘯𝘣. 𝘐𝘯𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘫𝘢𝘶𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬. 𝘚𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 70% 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘩 𝘳𝘰𝘣𝘰𝘩, 𝘮𝘶𝘴𝘵𝘢𝘩𝘪𝘭 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘢𝘯𝘤𝘦𝘭. 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨: 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘢𝘫𝘶 𝘥𝘦𝘭𝘪𝘷𝘦𝘳 𝘫𝘢𝘯𝘫𝘪, 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘣𝘰𝘵𝘢𝘫 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬.”

Sebenarnya jelas,
 
Isu Kg Sungai Baru ni bukti jelas bagaimana fitnah dan hasutan boleh rosakkan rakyat dan huru-harakan negara. Kalau benda kecil macam ni pun dipusing ikut nafsu politik, bayangkan apa jadi pada negara dalam dunia yang makin mencabar. Takkan kita rela Malaysia ni hancur hanya sebab seronok telan naratif penunggang politik??

Takkan rakyat Malaysia suka kena pajak otak dengan pembangkang & pemfitnah?

TOLONGLAH SHARE SUPAYA TIDAK ADA LAGI PENUNGGANG ISU YANG AKHIRNYA KITA SEMUA MENJADI MANGSA PERTELAGAHAN. 𝗙𝗨𝗟𝗟 𝗦𝗧𝗢𝗣.

Salam Rahmah Berfakta,
.
.
.
Ya betul, Ishaq tu pelabur hartanah tapi apa yang dia cakap tu betul. Semua pemilik flat sudah bersetuju hanya sebahagian pemilik rumah teres membantah tapi ada yang dah ambil duit pampasan. Ayah Rafidah pun dah turunkan tandatangan persetujuan. Rumah teres yang Rafidah duduk tu rumah sewa.

Jemput baca facebook Ishaq Marazi untuk faham susur galur cerita Kg baru ini.





Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom