Sakit Ke Rawatan Akar Gigi?



Sakit Ke Rawatan Akar Gigi? Bulan lepas gigi sakit lagi. Membawa ke malam, aku dah telah telan dua biji paracetamol kemudian gigit cengkih sampai tertidur. Sebelum Isyak dah tidur.

Esoknya aku ke klinik pergigian kerajaan. Selain daripada dekat dengan rumah, kosnya sangat murah. Pernah sekali aku tampal gigi di klinik pergigian swasta bebaru selepas covid-19 huii…kena RM150! Terbeban kite wak…(itulah kos sebenar yang disubsidikan kerajaan).

Ada yang kata doktor di klinik swasta lebih bagus, tak sakit katanya. I beg to differ. Bagus ke tak bagus ke bergantung kepada pengalaman dan kemahiran doktor tersebut. Aku banyak dengar feedback daripada kengkawan atau jiran yang pergi klinik pergigian swasta dan tak semuanya manis. Rawatan gigi aku kebanyakannya di klinik kerajaan, ada doktor yang melegakan kesakitan ada juga lepas seminggu gigi dan gusi masih tak selesa, kena buat di klinik kerajaan lain yang aku dah biasa.


Dinasihat Buat Rawatan Gigi
Sebenarnya bulan Februari hari tu dah tampal gigi. Doktor tu takde cakap apa pun tapi lepas dua minggu masih rasa tak selesa di gigi tu. Aku rasa macam dia tekan kuat masa tampal tu macam dipadat-padatkan sepenuh hati hahahah… 

Tiga minggu selepas tu aku jumpa doktor gigi di KKA. Selepas xray dia kata tampalan bagus tapi mungkin sebab dekat dengan pulpa tu yang rasa tak selesa. Dia korek balik kemudian tampal semua. Lega selama empat bulan. Aku suka doktor tu 😊

Dia cadangkan untuk buat rawatan akar gigi dan bagi satu tarikh.

“Saya takut, doktor”. Nampak doktor tu tersengih di sebalik mask.

Aku yang tua bangka ni pun takut apalagi kanak-kanak. Aku pernah tengok video cara rawatan uiii…tacoddd walaupun dia bius. Selalunya bila aku mula baring tangan menggenggam sampai tamat prosidur tangan tetap macam tu. Punyalah fokus otak aku kepada tangan dan suara doktor tu hahahhaha... 

Ada video doktor sedang mengorek gigi tapi dia tengok ikut kamera. Macam takde perasaan je doktor tu haahhah...haish... walaupun badanku besar tapi doktor gigi manusia yang paling ku takuti. Gambar dari sini.

Gigi yang terinfeksi. Gambar dari sini.

Rawatan akar gigi. Gambar dari sini.

Sebenarnya banyak kebaikan rawatan akar gigi seperti memulihkan fungsi gigitan dan pengunyahan, mencegah jangkitan merebak ke tisu sekitar gigi dan rahang, mengelakkan kehilangan tulang di sekitar gigi dan menyelamatkan gigi daripada dicabut tapi aku fokus kepada salah satu penjagaan selepas rawatan akar gigi iaitu “ambil ubat penahan sakit yang disyorkan oleh doktor gigi untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak”. Kite takottt hahahhaha…

Aku tak tanya tapi aku rasa punca akar gigi ku perlu rawatan adalah kerana jangkitan pada pulpa gigi. Pulpa adalah bahagian tengah gigi yang mengandungi saraf dan saluran darah. Jangkitan pada pulpa boleh disebabkan oleh karies gigi yang tidak dirawat, kecederaan atau retakan pada gigi. Aku syak ada retakan. Aku kecewa jugalah sebab dah gosok gigi dua kali sehari -kadang-kadang tiga kali- , floss tapi masih mengalami masalah gigi.


Gigi Sakittttt...
Ahad lepas, hanya selepas dua minggu tampalan sementara gigi yang sama sakit lagi. Dari petang hingga nak tidur malam aku telan enam biji paracetamol. Sebelum tidur aku letak bunga cengkih yang ditumbuk pada gigi tersebut sebab bila letak seketul rasa sakit bila digigit. Dua jam kemudian terjaga sebab sakit.

Aku bangun dan berkumur dengan air suam bercampur garam. Tukar bunga cengkih.

Tak lama lepas tu terjaga lagi. Kali ni aku telan dua biji paracetamol lagi menjadikan jumlahnya lapan. Sebelum tidur semalam aku tunggu husband masuk sebab nak berpesan-pesan hukhuk.... dah telan enam biji ubat kan, takutlah kite kot tak bangun lagi dah tapi lambat pula tidurnya. Aku pula tak nak tunggu sementara kesan ubat masih ada. Suspense jugalah bila lapan biji masuk dalam badan tetapi sesungguhnya denyutan di gusi lebih power daripada pain killer.

Esoknya aku buat keputusan nak cabut gigi. Oleh kerana sekarang ni rawatan berdasarkan temujanji makan aku kena tunggulah pesakit lain masuk dulu. Biasanya aku okay je menunggu tapi kali ni makan dua biji ubat (lagi) pukul tujuh pagi pukul 8.15 dah rasa berdenyut 😣

Nak dapatkan temujanji baharu untuk rawatan akar kena tunggu lagi jadi bila doktor tanya nak buat rawatan ke nak cabut, aku cakaplah nak cabut. Terpaksa....

Lepas cabut aku ada rasa menyesal (jarang sangat aku menyesal dalam hidup) sebab tak ikut saranan doktor gigi. Gigi masih kuat tapi disebabkan takut tak tentu fasal terpaksalah cabut bila dah tak tahan sakit. Sakit tak boleh tidur oih...

Nurse tanya nak M/C tak? Off course lah nak, satu malam tak tidur.

Begitulah kisahnya... kecewa sebab dah jaga tapi sakit gigi jua. Silalah berjumpa doktor gigi setiap enam bulan supaya dia boleh lihat apa yang tak kena. Yang ada anak kecil jangan dicabut gigi selagi anak belum sampai umur tujuh lapan tahun. Kalau kita cabut awal pun gigi kekal tak akan tumbuh sebelum sampai waktunya.


































Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom