Resipi Pulut Mangga Thai



Resipi Pulut Mangga Thai | Antara pemanis mulut (dessert) Thai yang aku suka dan pasti akan cari bila ke negara Gajah Putih itu ialah pulut mangga. Sepanjang pengalaman ke sana ada sekali dapat mangga masam ...rasanya beli di pasar malam Koh Samui. Kite ni dahlah tak makan buah-buahan yang masam. Kecut otak aku.

Dah banyak kali aku nak masak pulut yang berbaki berbulan lamanya dalam peti sejuk. Ada dalam setengah kilo kot, nak buat pulut sambal pun sikit nau... masak sambal je dah berejam. Jadi aku decided cuba buat pulut mangga. 

Esok cuti jadi uols bolehlah cuba buat.



Bahan-Bahannya Seperti Di Bawah:
500 gram beras pulut, rendam (aku rendam sejam jam je sebab jiran kata pulut sekarang takyah rendam lelama. Kita ikutlah cakap expert)

2 cawan santan
gula pasir agak-agak
secubit garam
2 sudu besar mung bean (mung bean ni macam kacang dhal tapi bersaiz kecil. Kalau takde boleh guna bijan yang disangai)
beberapa helai daun pandan atau daun pisang
3 biji mangga


Bahan-Bahan Untuk Kuah
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa (biar kuah agak masin baru naik rasa lemak)


Cara Penyediaan Pulut Mangga
1. Panaskan pengukus dulu. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat. Bila air menggelegak nanti harum baunya.

2. Bilas pulut dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus kira-kira 30 minit sehingga lembut. 

3. Apabila pulut dah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar. Gaul dengan santan yang sudah dicampur gula dan garam. Agak-agak sendirilah nak manis macam mana. Balik-balikkan agar santan sekata dan meresap ke dalam pulut. Kukus lagi 10 minit.

4. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan mung bean.


Cara Penyediaan Kuah Santan
Kuah santan boleh disediakan semasa pulut dikukus supaya bila pulut dah siap masak kuah santan pun dah agak sejuk.

1. Masak santan pekat di atas api sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung sedikit demi sedikit, hasil akhir jangan cair atau pekat sangat. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. 

2. Seeloknya kuah rasa sedikit masin supaya seimbang dengan rasa manis mangga dan pulut. Angkat dan sejukkan.


Hasil Cubaan Pertama
Pulut tak berapa lembut sebab santan yang aku guna tu peket paling kecil, tak cukup. Nanti kita buat lagi.


Selamat mencuba!!










Post a Comment

0 Comments

Ruggedmom Ruggedmom