Thailand | Piyamit Tunnel - Terowong Persembunyian Komunis Di Betong | Bandar Betong ada banyak juga tempat menarik untuk dilawati. Sebenarnya selepas Aiyerweng Skywalk aku nak pergi ke Winter Flower Garden yang jauhnya hanya 9.2 km je dari situ, nak tahu sejuk benar ke kat situ tapi akhirnya memilih ke Piyamit Tunnel sahaja sebab kejar masa. Budak bertiga tu kan masih di hotel.
Piyamit Tunnel melibatkan sejarah kegiatan komunis dua negara Malaysia dan Thailand yang dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party). Bagusnya kalau semua anak-anak gen Z aku ikut, anak-anak yang lahir dalam keadaan aman tak pernah tak makan, bolehlah bercerita dan boleh kaitkan dengan apa yang mereka baca dalam buku teks. Boleh juga bawa mereka merasai sedikit suasana tahun 1970an di waktu betapa beriltizamnya komunis untuk menakluk Malaya dan berkuasa. We can only connect when we look back.
Piyamit Tunnel Kini
Hanya 25 minit dari bandar Betong, sekarang terowong komunis atas bukit dalam hutan ini telah menjadi produk pelancongan yang terkenal di wilayah Yala, selatan Thailand. Ada ruang pameran yang menunjukkan bagaimana kehidupan para pengganas ini di dalam hutan.
Berada di dalam terowong tak terasa panas kerana pengudaraan agak baik. Saiz ruang untuk berjalan agak besar (5-6 kaki lebar) berbanding di Chu Chi Tunnel di Vietnam yang sempit, gelap dan kena membongkok sepanjang jalan. Real betul di situ walaupun sebenarnya saiz terowong telah diperbesarkan demi pelancongan. Tak tahulah Piyamit ni ditambah baik ke.. sebab nampak kemas je dinding dalam tu.
Di hadapan kaunter tiket. Seorang THB60 je.
Sebelum masuk pintu gerbang dah menaik, dalam kawasan kena naik tangga.
Piyamit Tunnel (Terowong Piyamit) Tempat Persembunyian Komunis
Terowong Piyamit terletak di Ban Piyamit 1 di tambon (kampung) Tano Maero, Betong di dalam wilayah Yala, Thailand, tidak jauh dengan dengan pekan Pengkalan Hulu, Perak. Tambon tu maksudnya kampung. Kalau nak tahu orang di Yala bercakap macam orang Baling, Kedah.
Terowong Piyamit yang mula dibina pada tahun 1977 dengan menggunakan tenaga 50 orang setiap hari hanya menggunakan peralatan asas seperti cangkul, pahat, penggali dan tukul besi sahaja. Tiga bulan masa diambil untuk menyiapkan terowong sepanjang 1 km ini. Ia pernah dijadikan Markas Division ke 2 Parti Komunis Malaya (PKM) dan mampu menampung sehingga 300 orang dalam pada satu-satu masa.
Terowong Piyamit ini juga punyai mempunyai 9 laluan untuk keluar dan masuk (kini hanya enam). Masa dulu ia dijadikan kubu pertahanan dari serangan udara dan stor simpanan makanan serta senjata. Tinggi atas bukit dalam tanah memang sukar dikesan oleh askar British. Sesuai fungsinya, ia dilengkapi dengan bilik komunikasi, ruang kerja, bengkel senjata, tempat latihan dan bilik tidur. Mesti ‘membuang’ dalam semak kan?
Gambar dari sini.
Kenderaan awam. Sebenarnya nak tanya naik dari mana tapi erm.. tak payahlah hahahh
Walaupun komunis turut membantu dalam melawan penjajahan Jepun yang ganas, perlu diingat mereka juga mengganas dengan orang tempatan demi kuasa. Bukan sedikit yang dipaksa jadi penyeludup ubat dan makanan, disiksa, dibunuh. Ada bayi yang dilahirkan oleh ahli mereka sendiri dibunuh dengan menghempas ke pokok tapi memberitahu si ibu bahawa anaknya diserahkan kepada orang. Sad truth.
Lebih 20 tahun dulu masa aku beritahu arwah abah kami balik Baling ikut Gerik, dia risau, dia pesan berhati-hati padahal secara rasminya atas kertas pengganas komunis sudah tiada. Dia masih terimbau operasi ketenteraan menangkap komunis yang dibuat di sana. Dia juga cerita masa dia jadi askar dahulu dia panjat Gunung Baling tu dengan tujuan sama.
Bacalah buku fasal F Team tulisan Tuan Zahriman Alias untuk mengetahu lebih lanjut tentang operasi menghapus pengganas komunis ini.
Nota:
Piyamit Tunnel sejalan dengan Betong hot springs dan Intasorn Waterfall.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.