إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,
Ya Allah, sedih betul 😢😢
Dalam video pendek tu kebanyakannya bapak bapak, ada yang baru dapat anak perempuan setelah 10 tahun berkahwin. Tak terucap sedihnya walau tak kenal pun mereka. Semoga Allah mengampun dosa-dosa mereka dan ditempatkan bersama orang beriman.
Setakat 5.30 petang ini 10 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan maut dalam kemalangan membabitkan trak pasukan tersebut dan lori muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pagi tadi. Lapan daripadanya maut di tempat kejadian.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 8.54 pagi.
Anggota yang meninggal dunia di tempat kejadian:
1. Sarjan 1444998 Perumal A/L Sugunanathan
2. Koperal 175697 Nurit Ak Pandak
3. Koperal 182015 Amiruddin Zabri
4. Koperal 158356 Mohd Pozli Jaudin
5. Koperal 192419 Akmal Muhamad
6. Koperal 191640 Mohamad Hilmi Mohd Azlan
7. Lans Koperal 212315 Damarrulan Abdul Latif
8. Konstabel 240170 Akmal Wafi Annuar
10 anggota yang cedera dibawa ke Hospital Teluk Intan:
1. Koperal 145958 Haslizal Mohd Ali
2.Koperal 195894 Syed Isfan Syed Mohd
3.Sarjan 139425 Mazlan Mat
4.Sarjan 145088 Mohd Parih Ali
5.Koperal 187267 Mohd Harrisul ikhsan Mohd Mahabudin
6.Koperal 160486 Nizam Tarmizi
7.Koperal 196255 Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli
8.Koperal 162748 Mohd Izwan Ishak
9 Sarjan 151074 Mohd Roslan Abd Rahim
10.Lans Koperal 213379 Muhammad Aniq Taufiq Rozi
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.