Tempat Wajib Dilawati Di Singapura | Masjid Sultan @ Sultan Mosque | Tempat Wajib Dilawati Di Singapura | Masjid Sultan @ Sultan Mosque | Lagi satu must go attraction di Singapura ialah Masjid Sultan di kampung Glam di persimpangan North Bridge Road dan Muscat Street.
Masjid yang penting dalam budaya dan sejarah Singapura ini diberi nama bersempena nama Sultan Hussein Shah. Ia dibuka secara rasmi pada 27 December 1929. Dengan sejarah dan rekabentuk uniknya, masjid Sultan telah dinamakan sebagai tugu negara (national monument) pada tahun 1975 yang menunjukkan nilai warisan yang ada padanya.
Sejarah Masjid Sultan
Apabila Singapura diserah kepada penjajah British pada 1819 melalui satu perjanjian yang memberi kekuasaan kepada British East India Company untuk mewujudkan kawasan perdagangan di Singapura, Temenggong Abdul Raḥman serta Tunku Ḥusin Shah dari Johor diberi pampasan wang oleh British. Mereka turut diberi wang pajakan serta wang pampasan tanah untuk mentadbir tempat persemayaman mereka yang terletak dalam Kampung Gelam. Kerabat Tunku dan Temenggong, yang kebanyakkan berasal dari kepulauan Riau, Melaka dan Sumatera, turut dibawa untuk menetap di kawasan tersebut.
Dalam satu bahagian dalam perjanjian tersebut Tunku Husin menetapkan sebuah masjid dibina berdekatan tempat persemayaman untuk kegunaan masyarakat muslim waktu itu. Bersetuju dengan keperluan budaya, British menyumbang $3,000 untuk pembinaan masjid tersebut yang dimulakan pada 1824 dan siap tahun 1826. Sekitar tahun 1897 bangunan Masjid Sultan masih berbentuk seperti masjid tradisional Nusantara iaitu berbumbung tiga lapis atau dalam istilah bahasa Melayu bumbung meru atau bumbung tumpang tiga.
Masjid ini diselenggara cucu Tunku, iaitu Alauddin Shah hingga 1879. Cucu Sultan Hussein, Tunku Alam Sultan Alauddin Alam Shah telah mewakafkan sebidang tanah kepada pihak masjid untuk tujuan pembangunannya. Sebuah lembaga amanah juga ditubuhkan untuk mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan masjid.
Di tahun 1900-an Temasek atau Singapura menjadi pusat perniagaan Islam menyebabkan ramai pedagang islam bermukim di sekitar Kampung Gelam. Selepas 100 tahun masjid sedia ada tidak lagi mampu menampung pertambahan jemaah jadi lembaga pemegang amanah Masjid Sulṭan membuat keputusan untuk membangun sebuah bangunan masjid yang lebih besar pada 1924. Proses ubahsuai dibuat berperingkat berdasarkan dana yang ada di tangan selain untuk memastikan aktiviti keagamaan di masjid tidak terganggu. Renovasi pertama ini tamat pada 1936 dan beberapa tahun kemudian dibuat lagi beberapa penambahbaikan mengikut keperluan semasa apabila dana mencukupi sehingga menjadi Masjid Sultan yang kita lihat sekarang.
Rekabentuk Masjid Sultan
Masjid Sultan (Masjid Sultan) di Singapura direka oleh Denis Santry dari Swan & Maclaren. Seni bina masjid ini diilhamkan oleh gaya Indo-Saracenic, gaya popular pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang menggabungkan ciri-ciri seni bina India, Islam dan Eropah.
Rasanya bila melihat melihat masjid yang akan diperhatikan dahulu ialah bentuk kubah saiz dan warnanya dulu kan? Kubah berwarna emas dihiasi bulan bintang dipuncaknya daya tarikan utama masjid ini selain dua menara. Mihrabnya berbingkai dengan bucu ke atas dengan motif bunga bersadur emas dengan kaligrafi di atasnya. Ruang solat berbentuk segiempat tepat ditakrifkan oleh 12 lajur oktagon. Masjid dua tingkat ini mampu menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu satu masa. Disebabkan ruangnya yang agak sempit, solat hari raya dibuat dua tiga kali.
Di fasad baratnya menghadap ke North Bridge (kira depan tempat imam) ialah pintu masuk ke makam diraja yang tidak dibuka kepada awam. Empat makam di situ menempatkan jenazah Tengku Abdul Jalil ibni Sultan Hussein Shah bersama isteri Tengku Halimah binti Tengku Muhammad dan anak mereka Tengku Mariam binti Tengku Abdul Jalil serta suaminya, Tengku Alam ibni Sultan Ali Shah ibni Sultan Hussein Shah yang meninggal pada tahun 1891.
Foto: Mehmet Sangul
Pemandangan dari ruang solat muslimah di tingkat atas.
Pemandangan dari restoran mamak.
Foto: Alberto Fantin
Peristiwa Bersejarah Di Masjid Sultan
Masjid Sebagai Pusat Aktiviti Dan Perpaduan
Lavender (EW11), 1 min berjalan kaki
Rochor (DT13), 6 min berjalan kaki
Nicoll Highway (CC5), 15 min berjalan kaki
Disebabkan lokasi masjid ini di Kampung Gelam, ia telah menjadi saksi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Singapura dan masyarakat Melayu muslim amnya.
Pernah dengar kisah Natrah?
Maria Huberdina Hertogh (24 Mac 1937 – 8 Julai 2009), juga dikenali sebagai Bertha Hertogh, Nadra binti Ma'arof, Nadra Adabi atau Natrah, adalah anak gadis keturunan Belanda yang dibesarkan keluarga Melayu yang menjadi rebutan antara ibu bapa kandung dan ibu angkatnya Aminah. Panjang nak cerita di sini jadi lebih baik baca bukunya. Hebat ya Melayu muslim dahulu berusaha mempertahankan akidah muslim lain sehinggakan 18 orang terbunuh dan 173 lagi cedera dalam rusuhan.
Peristiwa lain, unit tentera Rejimen Melayu pertama kali dipersembahkan kepada orang ramai pada 1937 melalui satu perbarisan dari Panggung Victoria di Empress Street hingga ke Masjid Sultan.
Semasa Perang Dunia Kedua Masjid Sultan menjadi kubu perlindungan masyarakat sekitarnya. Orang kampung berlindung di siang hari daripada serangan bom tentera Jepun.
Para pemimpin agama membantu meredakan keadaan dalam kes Natrah dan mereka juga memberikan panduan jelas serta tepat agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Di bulan Ramadan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa, bazar Ramadan menjual pelbagai juadah dibuka di sekitar Masjid Sultan ini. Ramai yang menunggu waktu terbenamnya matahari untuk berbuka puasa di masjid. Masjid Sultan menjadi tumpuan untuk aktiviti keagamaan, budaya dan aktiviti kemasyarakatan umat Islam Singapura.
Bagaimana Untuk ke Masjid Sultan Menggunakan Metro & Bas?
Sila naik metro dan turun do stesen berikut:
Rochor (DT13), 6 min berjalan kaki
Nicoll Highway (CC5), 15 min berjalan kaki
Dengan bas, sila naik bas ini:
107, Shenton Way Ter
961, Lor 1 Geylang Ter
980, Sembawang Int
107M, Hougang Ctrl Int
961M, Woodlands Temp Int
555, Beach Rd (Opp Golden Mile Cplx)
2, Changi Village Ter ↔ Kg Bahru Ter
12, Pasir Ris Int ↔ Kg Bahru Ter
33, Bedok Int ↔ Kent Ridge Ter
130, Ang Mo Kio Int ↔ Shenton Way Ter
133, Ang Mo Kio Int ↔ Shenton Way Ter
960, Woodlands Int ↔ Marina Ctr Ter
960E, Woodlands Int ↔ Marina Ctr Ter
57, Bt Merah Int
32, Buona Vista Ter
51, Jurong East Int
61, Bt Batok Int
145, Toa Payoh Int
7, Clementi Int
Turun bas di mana-mana hentian bas di bawah ini:
Beach Rd - Opp Plaza Parkroyal (01521), 3 min berjalan kaki
Victoria St - Bugis Stn Exit B (01059), 3 min berjalan kaki
Beach Rd - the Gateway (01519), 3 min berjalan kaki
Victoria St - Bugis Stn Exit A (01113), 4 min berjalan kaki
Nth Bridge Rd - Bugis Stn/Parkview Sq (01139), 4 minberjalan kaki
Ophir Rd - Opp Duo Residences (01549), 5 min berjalan kaki
Ophir Rd - Village Hotel Bugis (01559), 6 min berjalan kaki
Beach Rd - Opp the Gateway (01511), 7 min berjalan kaki
Nth Bridge Rd - Bef Sultan Mque (01229), 8 min berjalan kaki
Queen St - Queen St Ter (01109), 10 min berjalan kaki
1 Comments
cantiknya, masjid di tengah-tengah bandar
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.