Thailand | Day 3 Percutian keluarga 5H 4M - Dari Hatyai ke Ao Nang, Krabi



Hari ketiga ni Isnin jadi tak dapatlah nak berjalan di pasar minggu Hatyai. Kami sarapan pagi di Dimsum Islam Basil lagi sebab sedap dan lebih murah daripada Chabura Dimsum. Elok dah nak habis makan hujan turun dengan lebatnya, kami pun tak boleh nak kemana-mana sebab parkir kereta agak jauh di stesen minyak PTT.

Aku pun tanya, nak makan lagi tak? Tersenyum lebar masing-masing terus bangun memilih. Amboi...pantang sua! Budak ootd je tak makan dimsum, orang lain semua enjoy makan. Payahlah kalau jenis makan memilih ni. Lepas tu tambah pula roti canai hahaha...sedap weh. Sesungguhnya hujan lebat itu membawa rezeki kepada tuan kedai. Makan pagi je habis THB1010 hahahha...kopak mak.

Di banner baru dia tulis Bazin Dimsum, kami guna google map Basil Dimsum Islam.




Tetiba, "Ma..macam tak berbaloi je kita datang kali ni."

Dia bandingkan dengan tahun 2022 yang smooth. Ye juga. Setakat dua hari ni kami belum pergi ke tempat yang menarik dan buat aktiviti yang memorable. Rancangan nak naik gajah pun terpaksa dibatalkan sebab cuaca.

Bebudak bujang nak kedai bundle kasut. Tak tahu nama kedai tu tapi dalam 1-2km dari Basil Dimsum. Setengah jam ada kot kat kedai ni tapi takde yang berkenan. Lepas tu ke kedai satu lagi Preem Import. Tu dia...penuh orang Malaysia! Kat sini bukan jual sepasang 100 baht tau, rasanya harga bermula dari 299 baht. Kedai cantik susunan menarik dan ada air-cond. Sebenarnya harga berpatutan dengan kondisi kasut tapi disebabkan nilai matawang kita rendah waktu tu aku rasa tak berbaloi untuk membeli. Jadi aku duduk luar menunggu bebudak ni...cari punya cari yang berkenan di hati takde saiz pula. Maklumlah barangan terpakai bukannya ada dua tiga saiz. Entah berapa batang rokok habis dihisap si apaknya mereput kat luar tu 😀

Kedai bundle kasut yang pertama.

Kedai bundle kasut Preem Import. Kena buka kasut sebelum masuk.

Bangunan apa eh...universiti kot.

Kami pun meneruskan perjalanan sejauh 296 km ke Ao Nang, Krabi. Seronok berjalan jauh ni asalkan bukan aku yang drive hahahah... aku dan si bongsu mengalah duduk belakang sekali, yang lelain kaki panjang. Penat? Of course tapi seronok. Bertambah seronok bila diorang masuk 7E.

Disebabkan booking last munites, di Ao Nang pun takde bilik dalam bajet kami kecuali Glur Hostel. Dah cuba minta tolong daripada kenalan Thai tapi dia pun tak dapat nak tolong bila kami minta dua bilik. Cuti panjang sempena Krismas penuh dengan omputeh. Jadi nak tak nak tempah je lah family room di Glur Hostel + satu katil di female dorm. Surprisingly aku suka sangat bilik ni. Kesudahannya aku tak duduk pun di dorm sebab dua dua tilam saiz king di family room. Aku sukalah bilik ni sampai cakap kat husband, nanti kita buat rumah kecik camni dahlah, satu bilik kita satu bilik Adik. Di luar ada meja makan dan hammock. Cozy. Dah tua esok tinggal berdua je pun...


Hostel ni agak jauh dari pantai tapi dekat dengan masjid. Masuk dalam lagi ada resort mahal, yang di atas bukit pun ada. Omputeh berduit suka duduk sini. Tenang. Makanan halal pun senang dapat.

Perkara pertama yang aku buat ialah berjalan dari satu hotel ke satu hotel mencari bilik kosong  untuk esok. Glur hostel penuh keesokkannya, takde pilihan kena pindah juga. Sampai satu resort tu dah Maghrib, acik owner resort tu berkemban tutup bahu dengan tuala je layan aku hahahah....orang nak solat aku sibuk tanya bilik. Resort/guest house milik muslim ni ke bawah sikit tetapi tengah-tengah Ao Nang (kalau dari pantai dia sebelah kanan belakang kedai-kedai). Kawasan luas dan bilik pun selesa. Lah...qr code tak boleh baca pulekkk...hmm...

Cari lagi, dapat lagi dekat dengan pantai. Baru teringat masa aku backpack sensorang dulu stay kat Ao nang backpacker Hostel area sinilah. Bilik atas sekali sangat selesa untuk kami enam orang dengan satu katil queen dan dua katil bujang. Bilik air pun luas. Jadi kalau kita tak jumpa bilik mengikut bajet di booking sites, cari je offline insyaAllah ada.


APA YANG ADA DI AO NANG?

Oleh sebab kami sampai hari Isnin jadi kami tak ke pekan Krabi. Hari Jumaat Sabtu Ahad ada pasar malam di sana. Masa kami pun terhad, nak balik Baling pula dua malam selepas bercuti di Thailand, jadi kami pilih pilih aktiviti mengikut kesesuaian waktu.

Kalau ambil gambar dari atas lagi nampak cantik lanskap Krabi yang berbukit-bukau.

Kedai-kedai di Ao Nang tersusun sepanjang jalan. Ada yang menghadap laut berair jernih. 6.30 malam ada pertunjukan api di pantai. Happening kawasan pantai ni memalam. Jalan terus akan membawa ke Nopparat Thara Beach yang mana di hujungnya tempat naik feri ke pulau-pulau.

Malam tu kami ke Ao Nang Landmark Night Market. Malam Krismas kan, meja bawah khemah besar depan pentas penuh dengan omputeh. Aku membayangkan banyaknya kerajaan Thailand dapat duit. Hotel, hostel, restoran, pusat urutan, kelab malam, pakej pulau, pakej menyelam dan berbagai lagi buat duit sungguh. 

Nak senang kena kreatif cari duit. Senang ada tukang gunting rambut bergerak macam ni.


Kami pun bergerak dari satu kiosk ke satu kiosk sudahnya beli roti daging je. Beli satu eh sedap pula, beli satu lagi hahaha...teruja aku tengok dia masak daging tu sekejap je tapi empuk.

Sebelum balik kami makan malam kat tempat macam food court halal sebelah kanan sebelum Masjid Ao Nang. Kecewa. Nasi goreng sotong ke..ayam ke...sama je rupa toppings je lain. Aku order phad thai pun tak berapa sedap. Mahal je lebih.

Malam tu pi survey pakej ke pulau. Anak kecik tak nak berkayak - dia takut - hahah...nantilah aku cerita kisah 2022 di Phattalung tu. Hang kena survey beberapa kiosk untuk dapatkan harga terbaik. Kebetulan datang pula seorang warga Malaysia yang nak cari pakej untuk dua orang. Aku pun ajak join sebab kami dapat private boat. Kami dapat harga THB4800 untuk enam orang, tiket taman laut bayar asing THB1100. Lama juga di situ tunggu si penjual comfirm kan boat yang masih ada. Dia kata 400 bot ke laut esok. Kayo...

Kami tak beli pakej daripada dia.

Lepas hantar yang tak berkenaan balik, aku dan dua bujangan keluar balik. Aku pergi berurut, diorang berdua pergi tawaf kedai. Sejam setengah lagi jemput mama eh. Senang sikit anak dah besar boleh jadi driver.

Aku ambil Thai massage THB250 90 minit. Di Hatyai atau Ao Nang upah berurut cara Thai diantara 250-350 baht sahaja untuk 90 minit. Mano nak dapek kek Seghomban? Thai massage tak payah buka baju pun, dikepak kepakkannya badan kita hahaah...  

 









Post a Comment

0 Comments