Thailand | Day 2 Percutian keluarga 5H 4M - Hatyai lagi...



Eh ada yang tanya, kata pergi enam orang tapi dalam gambar lima je... anak aku yang sorang tu budak ootd, dia bila nak bergambar mesti semua on point termasuk orang lain yang akan bergambar dengan dia. Kami pakai selipar je tepi laut tu jadi dia tak nak bergambar sama hehee... gasak kau lah jang.

Lepas tukar tayar kami terus ke W apartment. Itu sahaja apartment dibawah RM200 yang available online sebab peak season, 100000 rakyat Malaysia ke selatan Thailand waktu tu maklumlah cuti sekolah dan cuti Krismas. Lambat tempah disebabkan ada orang yang kejap nak pergi kejap tak tahu kejap entah ehh...leceh betul. Aku rasa kalau pergi redah ada je lagi bilik tapi disebabkan starting perjalanan kami pun tak best, ambil sajalah apa yang ada. Tahun 2022 dulu tanya satu satu hotel sekitar Lee Garden Plaza tu dulu dapat dua bilik di Grand Pink Hotel siap jakuzi. Seronok anak-anak.

W apartment ni bolehlah...dah last minute kan? hahahha... Lepas solat kami keluar menuju ke Nora Plaza.
Tuk tuk- pengangkutan awam yang murah di Thailand.

Ini kali keempat aku ke Hatyai tapi baru kali pertama ke pusat barangan kulit Nora Plaza. Dalam fikiran aku tempat tumpuan pelancong biasanya tak murah tapi sajalah nak tengok juga lokasi popular di kalangan pelancong Malaysia. Daripada pemerhatian aku sebagai peminat barangan kulit dan sentiasa pakai handbag kulit, rak sebelah kanan dari pintu masuk tu kulit asli, yang lain-lain mungkin campuran. Aku perasan di sebahagian beg tangan, potongan kecil kulit yang digantung pada tali beg tangan tak sama dengan badan beg walaupun corak dan warna hampir sama. Jadi pilihlah dengan bijak ye adik kakok.

Pusat barangan kulit dan cenderahati Nora Plaza, Hatyai.


Selepas tu kami membeli-belah di kedai kacang tak jauh dari Nora Plaza. Banyak juga yang dibeli untuk sendiri dan buah tangan tapi yang geramnya ada yang budak-budak ni tak makan pun bila balik Malaysia. Kenapa masukkan dalam bakul ooi? Aku rasa lepas ni aku beli kat kaki lima hotel je lah, sama je...ada yang harganya lebih murah. 

Ramai yang merujuk tempat ni sebagai kilang kacang. Eh takde bau menggoreng pun? Kalau hang pernah pi kilang kacang Home Peanut Garden Food di Nilai tu haa...semerbak bau kacang digoreng. Itu supplier kacang shantung penerbangan MAS tau.

Kedai kacang. 

MAKAN MALAM 'MEWAH'
Aku pernah makan di Kaitod Decha Bangloh (Bangloh tu cawangan ke?) dengan Tourism Authorithy of Thailand tu yang berazam nak bawa keluarga pula. Sedak dooh. Bila popular dengan pelancong Malaysia kau faham sendirilah semua meja penuh sampai kena beratur ambil nombor. Kami ambil pakej tapi ada dua lauk ditukar - mereka bagitau sesiap - jadi harganya jatuh RM37 seorang untuk enam orang makan selepas aku tambah pulut mangga.

Kira mewahlah untuk keluarga kami, kami rakyat marhaen jer.

Walau masih hujan selepas makan kami ke pasar malam area Lee Garden jalan-jalan sambil mencari kedai track bottom yang murah tu. Jumpa tapi dia tak jual material yang sama seperti tahun sebelumnya jadi tak belilah. Aku nak berurut tapi pusat urut penuh weh! Pusing mana pun jumpa orang Malaysia.


Kemudian ke Khlong Hae Floating Market ketika masih gerimis selepas hujan lebat tapi tak beli apa-apa souvenir pun, sekadar makanan ringan dan air. Nak bagi pengalaman dan kenangan pada anak-anak je sebenarnya, nanti bolehlah dia sembang dengan atuk uwan dia dah pergi pasar terapung di Haytai 😄. Nak bawa atuk kereta tak muat, aku dan si bongsu terperosok ke tempat duduk paling belakang. Nasib orang katik huhuu..

Khlong Hae Floating Market (Pasar terapung Khlong Hae)


Malam kedua kami berakhir di Khlong Hae Floating Market. Bila sampai ke bilik baru perasan cermin mata hilang (hilang/patah kali yang entah ke berapa 😖. Mujur ada bawak spare yang beli kat kedai Eco hahaha... disebabkan dah selalu terjadi kes begini, aku ada spare cermin mata harga RM2.40 dalam kereta, pejabat dan rumah. Balik Malaysia buat yang baru kena RM100 lebih hmm...

Malam tu tidur cepat sikit sebab dah letih. Anak bongsu kata, tahun lepas semua hotel best, hmm...tidur je lah dik, malas nak ulas dah.


W Apartment
















Post a Comment

0 Comments