Thailand | Day 1 Percutian keluarga 5h 4m di Satun-Hatyai-Ao Nang (Krabi)



 Assalamualaikum and helloooo.....

Seperti setahun yang lalu, kali ini kami masih memilih Thailand sebagai lokasi percutian keluarga cuma berpindah lokasi. Alang alang dah ada passport kan...takkan nak biar mereput walaupun terpaksa berbelanja besar akibat penurunan nilai matawang Malaysia. Hidup kena banyak berkorban agituhhh...

Percutian ke selatan Thailand ni sepatutnya tiga malam je tapi disebabkan pakej empat pulau tamat jam tiga, kami buat keputusan untuk tidur semalam lagi. Dengan nak mandinya, dengan belum makan tengahari lagi, aku rasa tak patut tergesa-gesa menuju je Imigresen Betong/Pengkalan Hulu. Jauh oih dekat 9 1/2 jam, mana sempat sampai sebelum 10 malam. Bagi drivers rehat secukupnya demi keselamatan semua.

Perjalanan kali ini banyak dugaan. Kami masih meminjam Exora abah sebab kami takde MPV. Dalam fikiran tahun ni dapatlah berjimat sebab cuma seorang sahaja buat passport tapi awal awal lagi abah bagi tau tayar depan tak berapa bagus untuk jalan jauh. Okay, kami tukar sebab ada enam nyawa yang perlu dipelihara. Tukar steering boot sekali.

Aku kata kita gerak 22/12/2023. Bila semua dah siap dan bersemangat tetiba husband cakap, 23hb tol percuma. Cane? hmm...tadi tak cakap. Anak aku cadangkan kita lepak mamak makan makan dulu. Nak jimat tol tapi kena paw kat mamak rm44 😀 Owh nak bagitau juga bahawa book hotel pun last minute sebab ada yang jawab, "entahlah, kita tak tau lagi jadi ikut ke tak" haishh...geram betholll.

Bila hampir sampai ke Tanjung Malim kereta ada bunyi semacam jadi apaknya takut nak sambung memandu makan tidurlah kami di Petronas tu menunggu pagi. Lepas Subuh gerak ke bengkel di Slim River, tuan bengkel punya sembang macam boleh buat jam tu juga 😞  tapi akhirnya pukul 10 baru gerak. Alhamdulillah..

Aku rekodkan di sini sebagai kenangan, maaf kalau rasa aku melalut.

Bila tol percuma ko faham sendirilah betapa banyaknya kereta atas jalanraya. Maka kami pun tak dapat kejar pintu sempadan Wang Klian yang berakhir jam tujuh petang. Pukul 8 baru sampai kat pekan Napoh, Jitra. Kami pun  buat voluntary insurance dan insuras apa eh lagi satu tu... kat Insuran Thailand KM7.7 (PaiThai.my), Napoh. Tepi jalan ja...yang bagusnya dia isikan sekali borang TM2 dan TM6 (white card). Kad sim pun beli di sini juga RM28 untuk sembilan hari.

Beli insurans Thai di sini. Syarat kemasukan kenderaan pun dinyatakan. Bagus kedai ni.

Kami beli dua jenis insurans, hanguslah RM198. Rasa mahal kan? Better be safe than sorry, kalau kemalangan di Thailand insurans pula tak cukup, naya beb! Kami bukan berduit sangat.

Kena ikut plan B lah, masuk ikut Padang Besar tapi jauh nak sampai ke Lake Terrace, Satun. Kalau dari Wang Klian 62km je. Memandu ikut google map, dibawanya ikut jalan mana entah, lalu kampung orang dengan sebahagian besarnya gelap. Suspen juga la bimbang kereta rosak apa semua...


SEMALAM DI SATUN

11.15 malam waktu Thailand kami sampai di resort. Lobi dah bermangga beb! Call no kat situ tak berangkat. Minta tolong pengawal keselamatan resort depan tu carikan no telefon. Dapat, datanglah si penjaga terpisat pisat. Bila semak buku takde nama kami! duh...letih dah ni weh. Dahlah semalam tidur dalam kereta, sambung sehari suntuk dalam kereta lagi. Aku cuba bertenang. Staf tu pun call travel agent kami. Untuk pengetahuan ampa, aku book melalui satu travel agent yang aktif di facebook. Dah bayar satu bilik, satu bilik lagi dia suruh bayar di sana. Bila TA tu sampai dia minta maaf bla bla bla...bawa kai ke penginapan lain yang agak jauh dari pantai. Bilik ok, selesa tapi takde swimming pool. Aku plan nak bagi anak-anak berendam dulu rehatkan badan keesokannya, biarlah apaknya berehat lama sikit tapi Allah juga merancang perjalanan kita kan? TA kata tak payah bayar bilik lagi satu tu. Damage control.

Pagi esoknya kami bercadang ke Prasat Hin Pun Yod tapi langit gelap. Call TA dia kata jabatan laut tak galakkan ke laut. Hampa. Kami pun pergi jalan jalan ke jeti ambil gambar semua dan sarapan pagi. Kena THB320 untuk enam orang. 

Lepas tu kami ke Mu Ko Phetra National Park. Aku exited masuk ke exhibition room tapi semua bahasa Thai daa...😕 so kami pun berjalanlah di pelantar yang disediakan sambil ambil gambar. Pergi ke Pak Bara View Point juga untuk bergambar.

Pak Bara View Point, Langu, Satun.

Jeti ke Tarutao National Park, Satun.

Mu Ko Pethra national Park


Frust lah tak dapat bawa famili ke Prasat Hin Pun Yod yang merupakan taman negara Satun. Unik beb. Itulah tujuan asal ke Langu, Satun.


DARI SATUN KE HATYAI

Masa isi minyak ternampak satu tayar belakang pancit. Aduh....dugaan betul. Anak-anak bujang yang dua orang tu tolong gantikan dengan tayar spare, tayar spare pula buat hati cuak hahahahha...tapi alhamdulillah sampai juga ke Hatyai. Mujur ada kedai buka hari Ahad, sretttt kad kredit 2260 bath 😢

Nanti ai sambung.

Sempena Matta Fair 2024 ni marilah cari informasi di sini.


**Minyak mahal di Thailand. Sekali isi main ribu je heheheh...
































Post a Comment

0 Comments