Thailand | 5 Hari 4 Malam di Satun-Phattalung-Hatyai



Assalamualaikum and sawaddi kha...💓!

Sa-baai-dii-mai (how are you?)

Sa-baai-dii. (sihat)

Setakat 20 September 2021, seramai 56.5% rakyat Malaysia telah lengkap divaksinasi. Sejak 16 September lalu Langkawi Travel Bubble dimulakan dengan mematuhi syarat tertentu setelah lapan bulan Langkawi sepi tanpa kedatangan pelancong. Lapan bulan yang menyiksakan para pengusaha pelancongan di sana.

Kita tak sepatutnya terus 'dikurung', jadi program tersebut sebagai ujian untuk melihat bagaimana keadaannya setelah rakyat dilepaskan. Menurut cerita kawan di sana ramai yang menginap di hotel empat dan lima bintang, hotel tiga bintang ke bawah kurang penyewa. Kedai-kedai di Pantai Cenang 70% tutup, pantai agak sepi walaupun muatan kapal terbang hampir penuh. Semua mengambil langkah berhati-hati kerana kita tak nampak musuh yang bermaharajalela ini.

Manakala negara jiran, Thailand, telah membuka pintu negaranya kepada pelancong asing bermula dengan Koh Samui diikuti Phuket. 15 Oktober ini pula Bangkok bakal menerima pelancong asing. Nak tutup terus tak boleh maka bisnes dibuka dengan berjaga-jaga. Susah melawan musuh yang tak nampak ni.

Dapat maklumat daripada Tourism Authority of Thailand, mereka bercadang untuk membuka selatan Thailand kepada pelancong dari utara Malaysia. Hmm...tetiba rasa nak tukar nombor IC! Sudah pastinya ramai yang tak sabar nak masuk Siam kan? Sedapnya makan makan dan massage. Come come! Cheap cheap! 😜😜

Okaylah, terpanjang pula intro. Berbalik kepada tajuk, jadual perjalanan ini ai buat berdasarkan lawatan sebenar kami tahun lepas.  Yes, this is a long overdue post. Perginya naik kapal terbang, balik naik ETS train. Best oih!

Masa tu pun dah ramai yang berjaga-jaga walaupun hanya pada 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia buat full lockdown. Virus covid-19 (awalnya belum ada nama lagi) telah mula dikesan pada September 2019 di Wuhan, China. Bermula dari tarikh itu atau mungkin lebih awal, kedatangan pelancong ke mana-mana negara telah berkurangan dengan drastik. Bandar-bandar pelancongan sunyi sepi sehingga kini termasuklah selatan Thailand yang selalunya meriah dengan kedatangan pelancong Malaysia. Sungguh teruk kesannya. 


Hari Pertama: Kuala Lumpur-Hatyai-Satun

Ikut jadual kami akan berlepas tengahari maka aku pun gerak awallah tapi hairan juga sebab senyapppp jer diorang neh, selalunya mesti set-up whatapps group. Dah sampai KLIA 2 aku lepak kat lounge. Lepas tu baru tahu flight pospone ke petang dan nama aku terlupa dimasukkan dalam WA group. Naya Pak Karim 😂

Penerbangan on time. Sekejap je dah sampai Hatyai. Selepas selesai beli kad SIM kami pun bertolak ke Riverside Satun. 

Depan resort ni ada sungai tapi penghujung Februari tu air sungai cetek.


Hari Kedua: Satun-Phattalung

Pagi ini bergerak ke Pak Bara Pier untuk Prasad Hin Punyod half day tour. Sebelum bergerak dah pesan kepada ketua rombongan kalau boleh balik nanti nak singgah ladang bunga matahari di Satun. Dengarnya masih ada lagi bunga yang mekar tapi malangnya tour guide kata jalan ke sana lari setengah jam dari laluan kami. Hmm...takde rezeki.

Dalam perjalanan ke sana kami singgah  ke kawasan air terjun popular, Wong Sai Tong Waterfall tapi air tak berapa banyak di musim panas ni jadi terjunannya kurang cantik tapi puas hatilah sebab dah sampai. Kalau air banyak fuh lagi cantik beb.

Dari jeti Pak Bara kami naik bot laju dan berhenti bergambar di beting pasir yang timbul bila air surut. Kemudian naik bot dalam berapa minit eh..tak lamalah sebelum bertukar berkayak membelah laut masuk ke gua. Cantiknya tempat tu...masyaAllah. Pelancong pun tak ramai, tempat tu bagaikan kami yang punya! 

Satun Geopark. Pemandangan menakjubkan "pantai rahsia" di Koh Khao Yai. Lubang tersebut terjadi akibat runtuhan batu kapur. Foto Richard Barrow

Dari sana kami tengok fosil pula.

Hari ini kami ckeck-in di Sri Pakpra Boutique Resort, Phatthalung. Setiap bilik ada buaian di balkoni, bilik tak jauh dari swimming pool dan boleh nampak tempat nelayan menangkap ikan.

Makan malam di View Yo Restaurant. 


Hari Ketiga: Phattalung
5.40 pagi kami dah naik van untuk sunrise tour. Jetinya kecil je tapi risau juga terjatuh dalam golap bumin tu. 

Kita biasa tengok gambar pokok teratai indah yang melaut dalam brosur iklan pelancongan Thailand kan? Ha..di sinilah tempatnya, Thale Noi. Tak jauh pun dari Hatyai, hanya dua jam saja. Kata tour guide bulan Mac paling banyak kembang. Yang kami tengok tu pun dah sangat cantik.

Dalam perjalanan tu nampaklah kerbau dan tempat nelayan menangkap ikan. Berlainan benar dan inilah kali pertama tengok cara yang sangat berbeza. Asyik melihatnya dan cantik pula tu bila diambil gambar.

Sampai pukul sembilan agaknya kami atas laut. Bila dah terang tu nampak jelas resort kami. Eh, kenapa tak naik bot dari depan resort tu aje??? hahahah...

Berpagian di sini di Thale Noi.

Fresh water wetland in Thale Noi, Phattalung.

Check-out, lalu ke Kanomwaan Pakee mencuba pencuci mulut yang hanya THB10. Banyak betul pilihan.

Seterusnya ke Varni Craft. Mereka ada buat produk untuk Starbucks juga tapi tak boleh beli. Varni Homestay pun di sini. Cozy.

Selepas itu kami makan tengahari di tepi sungai di Roywan Farmstay. Makan ikan bakar dan pencicah Thai yang sangat kena di tekak. Ada rumah kecil sesebuah untuk disewa. Mesti mendamaikan dengan pelbagai bunyian serangga dan haiwan menyambut siang.

Banyak aktiviti kami kan? Berjalan sambil bekerja gitu. Penamat hari ini kami ke Nhan Moddang Resort. Ini kali kedua aku menginap di sini, resort ni best lah siap ada water slide masuk ke sungai. Bilik pun ngam dengan ciri  hutan. 

Aktiviti terakhir dan utama petang tu semestinya berkayak. Syok habis! Yang sukakan adrenaline rush patut stay sini enjoy pelbagai aktiviti yang mereka sediakan. Berbanding dahulu kali ini setiap peserta naik dengan kru resort, mereka yang lebih banyak berdayung. Ada masa masanya aku yang berdayung, dah berpengalaman kan, takdelah tersasar macam baru belajar memandu kereta lagi hahah... Practice makes perfect kato uwan den.

Makan malam pun di sini je. Ya rabbi ada makanan yang terlebih pedas huhuu...kena cili mulut namanya ni.


Hari Keempat: Phattalung-Hat Yai
Selepas check-out kami melawat Pa Phai Sang Suk Market. Biasalah pasar jual makanan, kraftangan dan lain-lain. Ada satu kedai tu menarik sangat cara dia menghidangkan makanan yang macam nasi kerabu. Kombinasi warna dan penggunaan daun pisang dan daun keladi sangat cantik.

Ada dua buskers membuat persembahan. Syok jugalah sebab tempat tu redup je. Kat sini ladyboy ada tandas khas untuk heshe membuang. 

Selepas makan tengahari kami melawat Samphao Thai, tempat bergambar. Famous spot kat King Kong tu. Penginapan pun ada.

Samphao Thai

Next, Napokae Learning Centre.

Next, minum petang di Bing Na Cafe. Menarik juga bergambar di sini, dapatlah aku masuk dalam 'sarang burung'.

Sebelum sampai ke bandar Hatyai kami singgah ke tempat pelancongan terkenal dengan berjualan atas sampan, Khlonghae Market. Bermacam jenis makanan ada, pilih pilihlah ya mana yang halal. Bengang akak tu aku lambat sambut makanan... ambil gambar je keje..shoot reshoot reshoot hehehhe..

Malam ini beradu di New Seasons Hotel yang terletak di tengah bandar Hat Yai. Boleh berjalan je ke restoran, kedai-kedai, pusat urutan. Kali kedua juga di sini tapi kali ni after renovations. 

Hat Yai pada waktu ni tidaklah seperti kebiasaan yang padat dengan pengunjung terutama dari Malaysia. Sunyi, kesian tengok para peniaga. Lepas dinner di Decha Fried Chicken kami tak nak masuk bilik, nak massage juga. Ya Allah takde orang lansung. Kami berurut dekat pukul 10 malam, tukang urut pun dah beberapa kali menguap.


Hari Kelima: Hat Yai-Kuala Lumpur
Sarapan pagi aku kali ni berlainan betul, makan di Chabura Halal Dimsum. Banyak betul makanan kat sini uii...

And then last munite shopping at Kim Yong Market. KYM ni pasar pagi. Perut kenyang jadi makanan bukan pilihan cuma beli kekacang sebagai buah tangan. Lepas tu pergi mana lagi eh? Sekitar kawasan tu jugalah. Ada satu 7 Eleven di Hat Yai ni semua makanan yang dijual adalah halal. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia 7 Eleven adalah wajib dikunjungi. Memacam ada dalam tu, mak ayah je mereka tak jual.

Makan tengahari kami di Mai Moke di Sadao sewaktu on the way ke Padang Besar Checkpoint untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan ETS. Tamatlah perjalanan lima hari kami menjelajahi tempat-tempat menarik di selatan Thailand.

Puas hati dapat pergi tempat baru. Puas hati dapat makan sedap. Alhamdulillah...tunggu border buka nak pergi dengan kengkawan pula.

Hopefully uols boleh draf initenary based on my trip ini. Kalau sebelum ini plan untuk Hat Yai-Songkhla, lain kali boleh buat Hat Yai-Satun-Phattalung.








Post a Comment

0 Comments