4X4 Roadtrip to Southern Thailand | Pattani - Pa Phayom 284km... Uniknya Nhan Moddang Resort !

Pattani - Pa Phayom 284km... Uniknya Nhan Moddang Resort ! | Manusia merancang namun tuhan juga mempunyai perancanganNya tersendiri. Hari ini hari yang suram bagi semua peserta konvoi.

Sebelum ni aku dengar je cerita orang tentang kematian ahli rombongan sewaktu melancong ke luar negara, kini aku alaminya sendiri. Salah seorang peserta meninggal dunia selepas mengalami batuk dan sesak nafas singkat malam sebelumnya. Bila berlaku tragedi di negara orang proses pengurusannya bukanlah mudah ya.
Urusan di hospital, melaporkan kepada kedutaan atau pejabat konsulat, penghantaran pulang dan urusan penerimaan jenazah di tanahair. Itu belum lagi masuk isu emosi ahli keluarga yang bersama-sama dalam rombongan. Kematian berlaku di Pattani dan lapangan terbang terdekat untuk penerbangan ke Malaysia ialah Hatyai. Air Asia dikhabarkan tidak memiliki permit membawa jenazah dari Hatyai, nak diangkut dengan Thai Airways tak sure pulak aku apa masalahnya. Bukan senang ooo... prosedur kesihatan perlu dipatuhi. Very strict. Akhirnya jenazah dibawa melalui jalan darat dengan van syarikat pengurusan jenazah terkenal yang mempunyai cawangan di Padang Besar. Bila semua selesai barulah kami bertolak ke destinasi seterusnya.
PENTING: Isi borang dengan ic no and passport no. Nombor passport hanya digunakan di luar negara manakala semua urusan di Malaysia menggunakan no kad pengenalan.

Intro sedih kali ini.

Mari membaca kisah yang seronok pula di sebuah resort 140km dari Hatyai.


APA YANG MENARIKNYA NHAN MODDANG RESORT?
Nhan Moddang Resort terletak di Pa Phayom, Pattalung, terkenal dengan aktiviti rafting. Resort tersebut sendiri sangat menarik dengan bilik-bilik yang berlainan bentuk, suasana seperti di hutan dan gelongsor air yang terus meluncur ke sungai. Awesome!

Pengalaman bekerja di Forestry Department telah memberikan idea kepada tuan punya resort, Mr Yotin, untuk membina kawasan percutian yang menarik ini. Nampak sangat built with love. Diuruskan bersama anaknya Aisan, ia merupakan resort yang pertama dibina di Pattalung. Tujuh tahun dah... tetapi di awal fasa pembinaan dulu ia menjadi bahan tertawa masyarakat setempat. Biasalah, nak jadi trend setter memang banyak cabaran. Kini banyak resort kecil dibuka sepanjang kampung ini. Rugilah sesiapa yang tak mengambil kesempatan, sungai siap berjeram yang sesuai untuk white water rafting stage 2. Okaylah untuk amatur macam aku ni. Seronok sangat! Rasa ketagih nak berkayak selepas berkayak di Kuala Berang dulu.

"Nhan" bermaksud sungai manakala "moddang" ialah semut/kerengga. Tengoklah banyak betul "kerengga gergasi" di resort ni. Aku suka resort ni dan aku percaya orang yang sukakan aktiviti sungai gonna love it too. Trust me.

Nhan Moddang Resort telah memenangi anugerah Outstanding Performance for Domestic Tour Program 2015. Kebanyakan guests adalah pengunjung tempatan. Ramai pelancong asing ke Thailand  tidak mengetahui tentang resort ini mungkin disebabkan oleh kekurangan/ketiadaan promosi dalam Bahasa Inggeris. Lebih baik awak baca segala informasi di blog ni sebab di www.nhanmoddang.com dalam bahasa Thai :-)) Jenuhlah nak baca cangkuk cangkuk semua tu  hehe...

Berkayak di sini memang seronok. Aku memang exited sangatlah... yang mengikuti aktiviti ni semua  seronok tetapi tetap ada rasa takut, cuak, gementar sesikit hahaa... ada yang empat kali jatuh dalam sungai. Ada yang ketakutan, boleh pula dia terjun ke dalam sungai sebelum melalui jeram tu padahal kayak tak terbalik pun hahaha.... kelakar! Tu belum ko tengok muka dia stress lagi hehee.. ala.. 6km je pun. Lengan aku takde rasa sakit pun berkayuh.

Di sini guide yang paddle kayak tu, kita dok depan tapi aku insist nak berkayuh juga. Yang lelain pun sama. Bila dah tersasar ke tebing dan malas nak bersusah payah baru aku minta tolong guide handle.

Kepada yang tak berminat dengan rafting boleh berehat sambil membaca buku di bangku-bangku yang disediakan sambil diteduhi pepohon menghijau rendang atau berurut. Massage kat Thailand ni boleh buat setiap hari...200 baht saja.






PAKEJ YANG DITAWARKAN NHAN MODDANG RESORT
Pakej terbaik yang ditawarkan mereka untuk minima 10 orang. Kalau kita datang tak ramai tetapi nak berkayak juga mungkin kita boleh offer naikkan harga pakej. Apa apa hal pun kowtimlah dengan mereka ya. Aku bagi suggestion aje.

Nak menginap di sini boleh nak buat day trip saja pun boleh. If you come by public transport takkan nak stay sini semalam je kot? Tak berbaloi... nanti menyesal. Jumlah bilik yang disediakan 26 buah dengan the CHEAPEST for two hanya 1500 baht with breakfast dan water slider. Gelongsor air tu naiklah seberapa banyak kali pun selagi larat.

1) Pakej 2 hari 1 malam (min 10 pax) THB1,290
- include breakfast dan dinner
- rafting THB200 (optional)

 2) Day Trip (min 10 pax) THB390
- sight seeing sama ada cave/Buddha/waterfall/hiking to see sunrise
- lunch
- rafting
- slider


HARGA BILIK-BILIK LAIN:
5 pax - 3,000 baht
6 pax - 3,000 baht
7 pax - 3500 baht
14 pax - 7,000 baht

Sangat berpatutan. Untuk mengetahui latest offer sila hubungi mereka.
 
 My awesome room. Lain bilik lain konsep tapi nama bilik ya rabbi payahnya nak sebut.


Bilik ai

 Lenovo S660 ni kan hazab sangat dalam low lights. Ini bilik untuk 7 orang. Transparent ada curtain.

 Meluncur ke sungai oii.. naiklah selagi larat.

Tips Berkayak:
1) Bila nak melalui jeram atau akan melanggar batu/kayu, elok rebahkan badan ke belakang. Ikut shape seat tu. Kalau duduk tegak je kat depan tu risiko untuk jatuh ke dalam sungai memang ada terutama jika badan bersaiz XL. Tak perlu berkayuh lagi waktu ni.. ikut je arus sungai tu.

2) Enjoy!!

Panduan lain boleh baca di sini nanti.
Nak diangkut ke 6km ke hulu sungai. Sumber: Steven Ng

Sumber : Steven Ng

Sumber di sini.

Sumber di sini.
Best giler !! Sumber di sini.
  

BAGAIMANA UNTUK KE NHAN MODDANG RESORT?

Memandu sendiri
Dari bandar Pattalung, sila ikuti Highway 41 ke Pa Phayom sehingga berjumpa stesen minyak PTT kemudian belok kiri ke Highway 4270. Pandu sekitar 9km lagi dengan mengikuti signboard sebelum Huai Nam Sai Reservoir.


Dengan bas
Bila dah sampai Pa Phayom pihak resort akan fetch you di bus station. Bagi tau awal-awal ya jangan dah sampai baru nak suruh jemput pulak.


NHAN MODDANG RESORT
80, Lankoi
Pa Phayom
Phattalung 93110
Thailand
Tel : +66 810820206

Fb : nhanmoddangrafting


Nota:
Di sini ada reservoir juga. Jika kita mengambil jalan ke kanan bila keluar dari resort ni ia akan membawa ke Trang.








I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free