Hotel Review | Furama Bukit Bintang yang mesra keluarga



Furama Bukit Bintang yang mesra keluarga | Dalam persaingan sengit bidang hospitaliti, penggiat perniagaan mestilah sentiasa berusaha memikirkan sesuatu yang baru supaya sentiasa berada selangkah di hadapan persaing. Pemilik perniagaan tidak harus berasa selesa dengan pencapaian semasa kerana pasti ada sahaja yang mengejar untuk memintas.


Dalam sektor perhotelan, hotel bukan sahaja bersaing sesama sendiri malah dengan inap desa, homestay, rumah tamu. Saingan sangat sengit sehingga dilaporkan 10 hotel terkenal bakal/telah dijual atau ditutup. Mengikut kajian juga hotel bajet dan hotel berbintang lima tidak terjejas, hanya yang berada di tengah sangat terasa dengan perubahan iklim ekonomi sejak beberapa tahun ini.


Furama Bukit Bintang, KL - lokasi tepat di segitiga emas Kuala Lumpur
Lokasinya di belakang Berjaya Times Square, sepelaung dari Kenanga Wholesale Centre dan tak lama lagi boleh menapak ke Mitsui Shopping Park LaLaport KL di bekas Penjara Pudu.

Hotel 27 tingkat ini telah beroperasi selama lapan tahun di tengah Kuala Lumpur. Bilik-biliknya yang sebanyak 433 buah itu luas meskipun perabutnya kelihatan outdated. Furama Bukit Bintang menawarkan enam jenis bilik, dengan tiga bilik bertema terbaharu iaitu Castle, Safari dan Underwater, sangat sesuai bagi yang membawa kanak-kanak agar mereka tidak bosan bila berada dalam bilik.

Untuk anda yang mementingkan kecergasan pula, peruntukkan masa mengeluarkan peluh di gimnasium yang luas dan lengkap.

Tips:
Jika mahukan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang dihiasi bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara KL, sila maklumkan kepada pihak hotel sewaktu membuat tempahan.

Complimentary dodol.

Aku bertuah dapat bilik dengan pemandangan indah ini.
 border=



Salah satu bilik tidur bertema.
 border=

 border=


Taman tema Waka Waka KL
Bersesuaian dengan peralihan kepada hotel berkonsepkan mesra keluarga, sebuah taman permainan kanak-kanak bertema "kingdom" seluas 10,000 kaki persegi dibina di tingkat bawah hotel ini. 

Taman tema yang difokuskan kepada kanak-kaak berusia dua hingga 12 tahun ini sangat bagus untuk meransang kognitif, emosi dan skil sosial melalui aktiviti fizikal yang menghiburkan. Bilik acara juga disediakan. Sewaktu aku di sana ada majlis hari lahir sedang berlansung. Meriah beb! Beruntungnya bebudak sekarang...

Kalau husband dan anak-anak hang jenis tak tahan 'tawaf' shopping mall, asyik suruh kita cecepat pilih... elok tinggalkan mereka di Waka Waka KL ni. Walk-in pun boleh tau, senang kita nak shopping tanpa pressure 😄 


Akak feeling Cinderella 😂

Seafood Mania @Spices (03-27888983)
Bagi anda yang tercari-cari hidangan makanan laut yang sedap, sila buat tempahan awal untuk menikmati fresh seafood di Spices @ Furama setiap Jumaat dan Sabtu. Harga buffet untuk dewasa RM65 seorang termasuk appetizers and salad, sup, nasi goreng, sayuran, buah-buahan, kek serta minuman panas dan sejuk. Chef Salsabil sendiri yang pergi pasar membeli bahan terbaik.

Seafood Mania juga dihidangkan sewaktu makan tengahari sebagai sebahagian daripada Spices' Lunch. Nak tahu lebih lanjut sila semak laman web Furama Bukit Bintang atau telefon nombor di atas.


FURAMA BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel (60) 3 2788 8888
Fax (60) 3 2788 8889
Email bukitbintang@furama.com

Post a Comment

3 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.