Kuala Lumpur | Check-out these restaurants gaiss..



1. Rasa Desa
No 47 Jalan Medan Setia 1
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
 012-260 6433

Authentic Malay food!

Kalau anda ingin menikmati makanan Melayu yang asli, di sinilah tempatnya. Mereka mengekalkan cara sebenar memasak lauk-pauk agar pelanggan puas hati dengan harga yang dibayar.

Signature dish mereka ialah patin goreng yang dimakan samada dengan sambal tempoyak, bumbu kelapa atau sambal belada. Menurut pemilik restoran, daging salai yang mereka gunakan untuk masak lemak cili padi daging salai didapatkan dari Negeri Sembilan. Sedap aih.

Rasa Desa menyediakan makanan secara ala carte. Hidangan secra buffet hanya ketika tempahan berkumpulan.

Restoran ini hanya boleh menerima dalam 50 tetamu dalam satu satu masa jadi kalau ada private function tak dapatlah menerima walk-in customer lagi. 

Image result for restoran rasa desa bukit damansara

Image may contain: food and text

2. Restoran Peranakan - Big Baba
No 34. Ground Floor
Jalan 2/109E, Desa Business Park
Taman Desa, Jalan Klang Lama
58200 Kuala Lumpur, Malaysia
 03-7987 7755

Dekorasi restoran ini agak menarik jugalah dengan hiasan kain batik, pintu dan jendela lama. Kalau nak cuba rasa masakan kaum Peranakan boleh datang ke Big Baba (tetapi sebahagiannya sama je dengan makanan Melayu asli). Bubur cha cha, ABC dan cendol pun ada.

Ni ha menu Big Baba:

1. Ayam Buah Keluak
2. Portuguese Curry Debael
3. Pong Teh
4. Asam prawns
5. Otak Otak
6. Asam Pedas
7. Udang Masak Lemak ( Pineapple Curry )
8. Nyonya Braised Chicken
9. Itek Tim Soup
10 . Cili Garam Tenggiri

Hari/waktu perniagaan : Selasa-Ahad/ 11 pagi-3 petang & 5.30-9 malam




3. Kenny Hills Baker
241-B, Lorong Nibong Off Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Kafe ini yang aku dan Shad paling tak sabar nak cuba sebab kami berdua suka makanan berasaskan gandum- roti, kek, piza dan yang sewaktu dengannya.

Kafe ini ada tiga cawangan, kami pergi yang di Ampang, di belakang pasaraya Hock Choon. Yang di Bukit Tunku ditutup sementara for renovations. Menarik juga interior kafe ni, industrial design. Ringkas. 

Owh.. di Kenny Hills Baker ni mereka menggunakan sourdough untuk membuat roti dan piza. Rasanya lebih sedap daripada piza komersil yang biasa kita makan. Bahan-bahan lain yang digunakan juga dari kualiti baik termasuk keju yang berbagai jenis dan mewah di atas piza. Paling menarik piza dibakar dengan kayu api depan kita. Lagi pantas masak dalam oven batu tu... 4 minit siap. 

Mereka juga ada seksyen gluten-free jadi sesiapa yang ada alergi atau mahukan makanan yang lebih sihat boleh mendapatkannya di sini.

 







Post a Comment

0 Comments