Resipi SANDWICH TUNA dan TELUR yang sangat sedap



Resipi SANDWICH TUNA yang sangat sedap | Aku seorang yang suka makanan berasaskan tepung, tak kiralah roti kek biskut pasta... semua aku suka. Jadi kengkawan jangan hairanlah kalau setiap kali jumpa tak kurus kurus walaupun azam nak buat diet Atkins tu sudah dipahat sejak empat tahun lepas lagi. 


Teringat sewaktu breakfast di Grande Centre Point Bangkok. Bukan main berselera lagi aku makan waffle dan pancake (waffle hotel ni sangat sedap), sekali datang omputeh duduk sebelah dia makan nasi.. heheheh... 

Sandwich pun aku suka juga. Setin kecil tuna tu boleh dapat beberapa set sandwich, actually a healthy snack kerana ada ikan dan sayuran segar tapi aku suka letak banyak mayonis. Sandwich mengenyangkan jadi sesuai dibuat bekalan ke sekolah atau pejabat, bolehlah berjimat sikit. Cubalah berniaga kecil-kecilan dengan resipi ini. Bila dah bercampur mayonis tu dia punya creamy dan rasa manis erm.... sedap gilak!

Okaylah, oleh kerana hari ni cuti Hari Malaysia marilah kita buat sandwich yang berkonsep a-la eco-tourism 😁😁. Sandwich tuna ni sumpah sedap!

Sandwich berkonsep hutan hujan tropika 😁😁 sebab aku suka salad.

Bahan-bahan:
Roti sandwich (yang wholemeal lebih baik, terpulang nak buang tepinya atau tidak)
Tuna spicy in olive oil (saya guna Ayam brand). Yang tak pedas pun boleh juga - hancurkan dengan garfu
2 biji telur rebus - lenyek dengan garfu
2 biji tomato - potong bulat
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 sudu teh perahan lemon
Daun salad
Cheddar cheese (selalunya guna Mother's Choice/Anchor. Yang tulisan oren tu tak sedap)
Mayonis
Sos Thousand Island
Mentega lembut


Cara penyediaan:
1. Dalam sebuah bekas, campurkan tuna yang telah dibuang minyaknya, telur rebus, bawang besar, perahan lemon dan mayonis. Selain bersifat anti oksidan, bawang besar rasanya manis.
2. Sapukan mentega di satu bahagian setiap roti. Letakkan daun salad kemudian picit sedikit Thousand Island sauce ke atasnya.
3. Sapu rata tuna, tutup dengan sekeping roti lain.
3. Letak pula dua hirisan tomato dan sekeping keju cheddar, tutup dengan sekeping roti lagi.
4. Tekan sedikit dengan tapak tangan dan potong empat berbentuk segitiga. Kalau tak terer lagi bergerak-gerak pula roti tu, cucuk dulu dengan lidi di keempat-empat bahagian, potong.
5. Letakkan dalam paper cup yang agak besar dan susun cecantik dalam bekas.

Nota: 
1. Jika ingin membuat sandwich telur sahaja caranya juga sama. Ada juga yang meletakkan tuna di satu lapis dan telur di lapisan yang lagi satu.
2. Kalau guna tuna yang tak pedas aku slice nipis cili padi nak bagi pedas juga hahaha...
3. Untuk makan sendiri aku buat selapis je tapi semua bahan ada seperti gambar di atas.


Lepas ni kita sambung cite Ganu balik ye... nak pergi air terjun kat sini jerebu teruk pula.







Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.