Recents in Beach

header ads

Ikon terkini Terengganu | Jambatan Angkat @ Terengganu Drawbridge

Jambatan Angkat @ Terengganu Drawbridge | Apakah yang anda ingin lihat apabila sering mengunjungi tempat yang sama, sama ada pulang ke kampung halaman, bertugas atau sekadar lawatan? Adakah mahu ia kelihatan sama selamanya atau menjadikannya lebih menarik demi peningkatan ekonomi setempat?


Bagi aku, buatlah apa pun asalkan tidak terlalu merosakkan alam. Namun sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab sudah pastilah mereka yang diberikan amanah akan memilih yang kedua kerana ia boleh merubah nasib banyak pihak.


Terengganu dan pulau-pulaunya
Seperti Sabah, Terengganu terkenal seantero dunia dengan keindahan pulaunya. Pasir pantainya yang halus dengan air laut yang jernih serta karang juga hidupan laut yang BANYAK berwarna-warni, sudah semestinya ia lokasi percutian hebat impian manusia. Percayalah, jika pernah snorkeling di lokasi popular negara tut dan tuttt... mungkin akan mengatakan, cantik lagi kat Terengganu. Sungguh.

Pelancong dari dalam dan luar negara pun kalau ke Terengganu selalu 'hilang', alih alih terserempak di pulau. Nak jumpa Mat Dan eh omputeh gi lah pulau. Bak kata kawan aku, makcik makcik je gi tanah besar (Kuala Terengganu) cisss... kuangajaq.


Produk pelancongan terbaharu Terengganu
1 Ogos 2019 bermula jam 6 pagi Jambatan Angkat @ Terengganu Drawbridge telah dibuka kepada umum. Jambatan unik yang juga sebahagian projek ECER itu menelan kos RM248 juta dan menjadi mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara. 


Jambatan angkat terpanjang di dunia itu yang mula dibina pada Ogos 2014, disokong dua menara setinggi 16 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal menjadi satu lagi tarikan pelancongan di Kuala Terengganu. Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC). Ia adalah jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kuala Nerus selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Kerajaan negeri berharap dengan adanya Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ ini, trend kedatangan pelancong ke Terengganu akan berubah, tidak bertumpu di kawasan pulau sampai kau nak snorkeling pun berlaga kepala kaki 😃 (kes penakutlah ni).

Jambatan angkat ini dibuka kepada semua kenderaan. Dalam pada exited nak merasai sendiri pengalaman berada atas jambatan tu, JANGAN berhenti atau meletakkan kenderaan di atas jambatan supaya aliran trafik tidak terganggu. Sila gunakan ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan dan gunakan laluan yang disediakan.




Selain menaiki TTI River Cruise dari Taman Tamadun Islam, anda juga boleh berdayung untuk melihat Jambatan angkat 😜. Dalam gambar ni tourist tu nak balik ke penginapannya di Duyong Resort.

Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau juga dibuka kepada umum setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pembukaan bertemakan lukisan ini mempamerkan lukisan daripada hasil kreativiti pelukis tempatan. Mesti lukisan tu cecantik blake.

Bersempena dengan pembukaannya, TI Properties Sdn Bhd yang menjadi menguruskan galeri ini sedang membuat promosi harga tiket untuk waktu terhad seperti di bawah:

Warnagenagara Malaysia: RM5
(termasuk pembeli KP sah tapi tak reti lansung cakap Melayu tu)

Bukan warganegara: Dewasa RM15 / kanak-kanak RM10


***
Tahukah anda bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah seorang saintis?



Post a Comment

0 Comments