Recents in Beach

header ads

I am planning another trip to China in 2020. Nak ikut?

Kita plan ke tempat yang mampu pergi dululah... kalau ikutkan nafsu memanglah nak pergi jejauh sampai ke Jepun dan Eropah sana huhu... ndak pula ada kengkawan di luar negara sana dok gigih mengajak. Ai dah tepuk dada tanya poket, poket kata "takda wang, takda wang!" hahahah...

Semuanya bermula dengan angan-angan ye tak? Tak berangan memiliki rumah takkan berumah sendiri. Tak berangan maka tak dapat atau tak sampai. Kalau aku direzekikan bekerja semula, aku nak berjalan jauh sikit. Semoga dapatlah kerja tu... tolong doakan ye.

But, this one confirmed.

Girls, ada yang nak ikut pergi Changsha-Zhangjiajie tahun depan tak? Ground budget dalam RM1000 je. Nak 1-3 orang je lagi. Pergi China ni reramai sket baru syok sebab portion makanan besar, boleh share sepinggan tu dua tiga orang. Makanan pun sedap. 

Kalau berminat boleh komen kat sini atau emel ruggedmom@gmail.com . Kasi canlah wife you berjalan time autumn tu. Rejuvenate. Recharge. Happy wife, happy life. Gitu.


Yang dalam bulatan merah tu tempat-tempat yang ai dah pergi. Kecuali Macau dan Hongkong, yang lain tu pergi seorang je.

Post a Comment

0 Comments