Recents in Beach

header ads

3 Lokasi "insta worthy" di Marang, Terengganu

3 Lokasi "insta worthy" di Marang, Terengganu | We follow what's in trend now, mencari lokasi menarik untuk bergambar 😍


Terengganu is one of the two states yang ulang pergi banyak kali pun tak jemu. At least buat masa ini. Negeri bertuah in ada kesemuanya: budaya hidup Melayu yang masih kuat, nelayan, tenunan songket, batik, Melayu yang berupaya membina kapal, butiran emas berselerakan, minyak, gas, pulau serta dasar laut yang indah, sekolah imtiyaz, sotong celup tepung.. eh. Tak semua negeri mempunyai hasil bumi yang begitu banyak seperti negeri pantai timur yang satu ini.

Lagi satu yang lebih menarik, ia tidaklah seperti menjerit memberitahu yang negeri itu ditadbir berlandaskan Islam. Aura Islam itu begitu dirasai di sini. Azan sentiasa berkumandang setiap masuknya waktu solat. Dari pemerhatian, aku rasa ramai orang kaya di Terengganu. Pandang sekeliling dan kau akan nampak. Kaya tapi masih tunduk kepadaNya.

Setiap premis perniagaan menggunakan bahasa kebangsaan dan tulisan Jawi. Tak kecoh pun. Jawi itu sejenis penulisan, nak eja Rajagopal pun boleh dalam tulisan jawi = رجگوپال . Kau belajar tulisan jawi atau khat KAU dapat ilmu baru, bukannya KAU kena paksa masuk Islam. Aku dulu belajar Bahasa Jepun takde pula jadi Naruto.


Ada apa di Marang?
Rasanya ramai yang dah tulis tentang tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu jadi kali ini kita fokus kawasan Marang pula. Kuala Terengganu ke Marang tak sampai setengah jam pun.

Biasanya orang kenal Marang ni sebagai perkampungan nelayan dan jeti ke Pulau Kapas je. Untuk day trip sesuailah ke Pulau Kapas sebab 6.5km je dari darat. Omputeh suka ke Pulau Kapas sebab dapat banyak cahaya matahari, boleh jemur badan dari pukul 10 pagi lagi.

Jom kita tengok kat mana menarik untuk bergambar. But post raya photoshhot pun ngam.


1) Kampung Jambu Bongkok
Kampung ni jauh sikit, 45 minit dari Kuala Terengganu. Hang jalanlah sampai ke hujung kampung. Ada satu tempat melonggok kelapa, cun juga kalau pandai ambil angle.

Tips: Pakai baju warna terang.


Ramai pos kat insta gambar-gambar menarik di atas pelantar ni. 






2) Tanah bris @ bris sand di Hutan Lipur Jambu Bongkok
Tempat ni belum ada papan tanda jalan. Letaknya in between Kampung Jambu Bongkok dan Rantau Abang.

Bila nampak je terus teringat Kawah Putih dan Gunung Tangkuban Perahu di Bandung. Hampir serupa keadaannya. Ambil gambar beramai-ramai kat sini alolooo...lawa giler! (bila entah mereka nak share group photo tu #sistunggu)


Macam dalam filem. Foto @mawardiyunus


Pokok gelam atau nama saintifiknya Melaleuca Cajuputi Powell.

@sabadzue . Foto Media Terengganu

**Pokok gelam ialah tumbuhan tropika yang tumbuh secara semulajadi di kawasan rendah dan lembap. Ia berfungsi sebagai pengimbang ekosistem dan menghasilkan banyak bunga yang menjadi sumber nektar yang amat baik bagi penternakan lebah madu. Bunga ini juga menjadi makanan burung, tupai dan serangga.

Pokok gelam tumbuh menegak sehingga 20-25m dengan kulit yang berlapis-lapis. Kulit ini digunakan dalam pembuatan bot dimana ia diletakkan di antara kepingan papan untuk menghalang kemasukan air ke dalam bot. Manakala kulit pokok Gelam Tikus bila dicampur dengan sejenis minyak akan berfungsi sebagai gam.

Daunnya keluar berangkai dengan panjang 10-12cm dan lebar 3-5cm setiap helai. Masyarakat zaman dahulu menggunakannya untuk merawat luka dan menghilangkan pening kepala. Orang dedulu takde buat lab test pun kan? Takde pula asyik sebut nak clinical evidence macam sesetengah orang.

Pati minyak daripada daun gelam yang bersifat anti inflamasi dan sedatif digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kecantikan, kebersihan, alahan kulit dan kesihatan. Malah ia digunakan sebagai ubat herba untuk melegakan simptom batuk, selesema, minyak urut dan aromaterapi. Baunya juga menyenangkan.

Nak tahu berapa nilai 100ml minyak pati daun gelam ni? Boleh mencecah RM1,500!

-UNISZA ada buat kajian dan ujian daun gelam-

3) Pulau Kekabu
Pulau Kekabu dihubungkan dengan jambatan kecil merentasi sungai jadi lori dan bas kena parking di luar. Tempat ini nampak baru walaupun dah bertahun juga dinaiktaraf. Agak ke dalam sedikit jadi mungkin disebabkan itu orang kawasan lain tak tahu.

Pulau Kekabu pada asalnya hanyalah kampung nelayan. Walaupun mereka telah berpindah, bot-bot nelayan pantai masih berlabuh di sini. Cantiknya pemandangan.



Kemain lagi DO Marang ni.. sporting habis! 😁😁

More photos in my insta @ruggedmom . Please feel free to browse.


Terengganu... tempat cantik budaya menarik
Dah datang tu pepandailah bawa sampah balik.


Nota:
Cerita EMAS berkumpul di keliling rumah di sini.




Post a Comment

2 Comments

  1. Rindu la ganu kak..haha fam trip paling happening

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya! Rasa macam nak repeat ke Terengganu je!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.