Indonesia | Cara JIMAT ke Kawah Putih



Cara JIMAT ke Kawah Putih | Salah satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi bila ke Bandung ialah Kawah Putih. Alhamdulillah pada kali yang kelima ini berjaya juga ke sana.


Aku cuma ada dua hari penuh di Bandung dan hanya hari Jumaat sahaja boleh ke sana kerana hari Sabtu ada appointment dengan seseorang yang pernah menjadi orang penting di Indonesia. Siapakah dia? haa... lain kali kita cerita. Perjumpaan yang santai je.. By the way nothing to do with Pemilu ya heheh..

Cara yang murah dan menjimatkan belanja ke Kawah Putih ini only applies to someone yang forever alone macam aku hahah... sebenarnya lebih jimat jika menyewa motor tapi jauh sangatlah pula 48km dan akan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Kang apa apa hal terjadi takut bos tak bagi aku gi jalan sendiri lagi. Tak pernah try lagi di Indonesia biasa naik motor kat Thailand je.

Kalau share sewa kereta/van siap driver pun murah juga but since I was alone hmm... tak berdayalah pula nak membayar 650k rupiah sensorang. Lari bajet shopping aku 😁. Open trip pun tiada sebab hari Jumaat, kat Traveloka ada trip hari Sabtu je minggu tu. Indonesia tak macam di Thailand atau Vietnam yang sentiasa ada open trip. Kita boleh book direct dengan hotel atau cari sendiri. Di Indonesia biasanya orang sewa van untuk ke mana-mana.

Naik angkot ni kena bersabarlah sebab ia akan melalui jalan jalan yang berpotensi untuk menerima penumpang. Ada tempat driver akan berhenti lama sikit. Penumpang akan dipadatkan selagi boleh. Dalam angkot kedua aku duduk depan bersama seorang lagi penumpang. Okaylah. Lepas tu naik lagi seorang haiyo hahaha... dahlah aku dok tengah. Yang duduk kat pintu tu pun boleh letak punggung je. Ada seorang lelaki kat belakang lagi kesian. Memula elok duduk tapi bila perempuan perempuan perempuan naik dia bagi seat dan dia terpaksa mencangkung. Halah halah halah..


Apa yang menariknya Kawah Putih ni?
Kawah Putih Bandung adalah sebuah kawah yang dihasilkan dari letusan Gunung Patuha. Nama Kawah Putih merujuk pada tanah yang berwarna putih yang disebabkan oleh beberapa unsur yang bercampur dengan belerang. Air yang bertakung di dalam kawah kehijauan menjadikan keseluruhan pemandangan begitu indah.

Dari pintu masuk sehingga ke mulut kawah dipenuhi dengan pokok cantigi. Pokok cantigi kering melengkapkan keindahan Kawah Putih terutama jika dilihat dari gambar.


Perjalanan yang murah tetapi lambat
Nak murah kan... amek kau, tiga setengah jam baru sampai! Style gini hanya sesuai jika hang takdak kerja lain, saja ja nak try public transport di sana. Orang kata wanna be like locals.

Okay, di mana nak mula?

1) Dari kota Bandung sila naik angkot warna biru yang bertulis Sadang Serang-Caringin dan turun di perempatan Kopo. Aku tunggu di pintu utara Stasiun Kereta Api Bandung (opposite kedai Ole Ole Bandung tu). Aku rasa boleh juga naik di jambatan yang nak ke pintu selatan Stasiun bandung sebab aku nampak ada yang berhenti di situ.

Sejam jugalah nak sampai pekan Kopo tu dengan proses menunggunya, dengan macetnya... Relakslah... kan perjalanan santai? 😁 Brother tu kata 10k tambangnya.

Boleh juga naik bas Bandung-Ciwidey dari Terminal Luewi Panjang, turun di Terminal Pasar Ciwidey.

**Ada seorang penumpang dalam angkot tu offer nak hantar aku ke Kawah Putih. Kebetulan dia nak mengambil motornya di rumah saudara. Aku pun tanyalah harga apa bagai tapi tetiba lepas tu tingg..!! tersedar, terus tak jadi. Bila dia turun driver angkot itu pesan, "ibu berhati-hati ya. Kalau mau naik speda order saja sama Grab atau Ojek. Jika jadi apa apa paling tidak ada rekodnya nanti." Allah... there is still hope, masih ada yang prihatin, masih ramai manusia yang baik.**


2) Di Kopo naik pula angkot jenis Mitsubishi Colt L300 warna putih yang bertulis Bandung-Ciwidey dan turun di Terminal Pasar Ciwidey. Tambang 12k rupiah. 

Alternatif lain, kita boleh naik angkot warna ke Soreang yang berwarna hijau tapi kena tukar naik angkot lain pula ke Terminal Pasar Ciwidey. Sedih betul keadaan terminal angkot ni weh, kesian orang tempatan, boleh jahanam lower arm kereta. Kita ni takpelah sesekali je ke sini.

**Semasa sampai di Soreang dah masuk waktu solat Jumaat. Masih ramai lelaki beriman weh, berduyun-duyun ke masjid. Seronok tengok mereka ke masjid dengan berbaju batik. Dengan kempen berterusan dan kesedaran sendiri boleh naikkan kembali demand baju batik ni. Bak kata YB Nurul Izzah, harganya mestilah kena dengan kemampuan rakyat.**


3) Dari Terminal Ciwidey naik pula angkot berwarna kuning yang menuju Situ Patenggang tetapi turun di Kawah Putih sahaja. Tambang 5k rupiah (tapi balik dia nak 15k tapi aku bargain dapat 12k rupiah).

Yeay, dah sampai!

Duduk depan sekali nampak lebar pinggan muka aku 😁

Masjid di Soreang.

Sebelum pintu gerbang ada information centre dan kedai. Bas pun parking sampai sini je. Kenderaan  roda empat boleh dibawa naik dengan membayar IDR150k atau park situ dan naik dengan ontang-angting, sejenis angkot khas berwarna oren untuk ke Kawah Putih sahaja.

Oleh kerana kita ni foreigner maka bayarlah harga tiket yang berlipat kali ganda untuk melihat kawah tu. Aku rasa sangat unfair kerana perbezaan harga terlalu besar, warga tempatan bayar IDR20 ribu je tetapi warga asing IDR75 ribu. Walau mahal tetapi ia masih lebih berpatutan daripada tiket masuk ke Gunung Tangkuban Parahu yang semahal IDR350k, sampai Yahudi pun terkejut.  Candi Borobudur pun sama, USD20= MYR80! while locals just need to pay IDR30k. See?? Kita fahamlah warga asing akan dikenalan bayaran lebih tapi sampai berlipat ganda?

Tiket masuk 75k + ontang anting 18k= 93k rupiah. Vroommmm... naik 5.4km ke atas. Ontang anting ni tiada pintu, berderau darah aku masa turun tu...kemain laju 😟

Nampak perbezaan harga tiket bagi warga Indonesia berbanding pelancong asing? Walau bagaimanapun ia masih rendah berbanding harga tiket di Gunung Tangkubang Parahu. And don't be surprise bila supir atau travel agent caj tinggi sebab kos parking tu pun kemain...

Kenderaan inilah yang dipanggil ontang anting.

Maka sampailah kita ke Kawah Putih yang berada 2,430m di atas paras laut. Dari parkir dah terbau sulfur. Atas faktor kesihatan dan keselamatan, peringatan sentiasa dibuat agar kita berada di kawasan kawah selama 15 minit sahaja itu pun jika tidak pening atau mual.

Di kawah tidaklah sunyi kerana muzik instrumental yang bersesuaian sentiasa dibunyikan. Walaupun hari Jumaat pengunjung tetap ramai kerana Khamis 7hb Mac cuti hari Nyepi jadi ramai yang menyambung cuti. Dalam perjalanan ke sini pun ada stesen minyak yang tutup sewaktu solat Jumaat. Bagusnya...

Ramai jurugambar sambilan yang menawarkan servis ambil gambar terus cetak di sini. Memula tu aku tak naklah tapi dia kata print gambar 20k rupiah je, transfer ke handphone 10k sekeping. Rasa macam okay murah jugak eh, rupa rupanya saiz 4R/5R huhuu... Mereka ni pun pandai, kita nak sekeping je tapi dia ambil banyak dengan disuruh buat pelbagai gaya dan berpindah tempat. Yang tak suka kita terus delete je. 





 
Lepas tengok gambar-gambar tu perasan pula muka sendiri macam cantik hahahah... terus transfer lima keping, padahal bila pakai spek baru nampak muka warna oren, white balance ke laut Kawah Putih 😂😂

Di kawah itu juga disediakan Dermaga Ponton untuk kita bergambar. Yang ni kena bayar lagi 10k rupiah. Untuk mengambil gambar dari aras paling tinggi kita boleh naik ke canopy walk, bayar lagi 5k rupiah. Bayar bayar bayar... letih betul.

Cantik juga bergambar di Dermaga Ponton ni. Tambah 10k rupiah lagi.

This one from the photorapher.

Sila pastikan anda keluar dari kawasan Kawah Putih jam 4 ya sebab angkot beroperasi sampai pukul 5 petang je.

Waktu nak balik tu driver angkot nak 15k rupiah. Eh... info yang aku dapat tambangnya 5k je dan aku tadi bayar 5k rupiah lah masa ke situ. Kebetulan ada lagi dua orang pelancong dari Netherland, dia nak kenakan kami ke? Atau... info tu tersalah taip instead of 15k dia tertaip 5k je? Selepas bargain dapatlah 12k rupiah seorang... jalan!

Sebelum naik angkot dah try book Grab tapi takde so three of us decided turun dulu ke Terminal Ciwidey then try book Grab sekali lagi. Sekejap je dah dapat, kebetulan dia pun nak pulang ke Bandung semula. Rezeki dapat kawan balik ke Bandung so dapatlah naik share Grab. Well... sekarang dah 2019, be a smart traveler. Kalau ada peluang untuk berkongsi menjimatkan masa dan wang, sila buat keputusan bijak. Nak compete dengan siapa title backpacker sejati tu?

Jadi kos melepas hari tersebut:
Angkot Bandung ke Jalan Kopo   IDR10,000
Angkot Kopo ke Terminal Pasar Ciwidey   IDR12,000
Angkot Terminal Pasar Ciwidey ke Kawah Putih   IDR5,000
Ontang anting   IDR18,000
Tiket masuk   IDR75,000
Tiket masuk Skywalk Cantigi   IDR5,000
Grab ke Bandung / 3   IDR42,000

Jumalh    IDR162,000


Meh tengok video kat sini https://youtu.be/-Gez15Lifcg


























Post a Comment

0 Comments