Recents in Beach

header ads

2019, 62 tahun Malaysia ku MERDEKA!

Kita ulangi dan INGATI semula RUKUN NEGARA:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Banyak pula isu panas kebelakangan ini. Marilah kita mensyukuri betapa bertuahnya hidup di bawah langit Malaysia. Selalulah ingat, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tanyalah diri setiap hari, apa yag boleh aku sumbangkan kepada negara hari ini?

Jangan meminta yang bukan bukan dari tuan tanah. Bukankah datuk nenek dahulu telah banyak berkompromi dan hidup muhibbah dengan perjanjian yang dimeterai?

Bersatulah untuk Malaysia. Malaysia baru bukan membuang perkara yang telah dipersetujui bersama tetapi Malaysia yang bebas rasuah dan ketirisan. Untuk kekal bersatu marilah kita gunakan BAHASA yang sama untuk:

1) Fahami makna bendera
Makna yang terdapat pada Jalur Gemilang (bendera).


2) Menghormati raja selama mereka tidak zalim dan menindas. Raja yang adil kita sembah, raja yang zalim disanggah.

DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

3) Hormati apa sahaja yang melambangkan Malaysia. Hidup dengan saling bertoleransi dan menghormati sesama kita.

Walaupun tiada undang-undang mengatakan mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik itu salah, KAMU yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, mengapa tiada rasa bangga, menyayangi dan memiliki? Bukankah segala nikmat tanah ini telah kau rasai? Tidakkah kau rasa bersyukur? 

Bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis ialah bunga kebangsaan Malaysia. Gambar ini diambil ketika di Inle Lake. Teruja betul aku masa tu šŸ˜


4) Hormati pekerjaan orang lain.
Disebabkan anggota keselamatan tidak tidur selesalah kita dapat tidur lena dan dapat berniaga dengan aman hingga menjadi kaya raya. Mulut tu jangan celupar sangat, hargai mereka yang sanggup bersusah payah.


Walau ada ungrateful peoples cuba dan sentiasa berusaha untuk memecah belahkan rakyat Malaysia, selalulah kita ingat bahawa banyak perkara yang menyatupadukan kita juga. Sentiasalah melebihkan yang positif berbanding negatif. 

Kita selalu bersama ketika...
... memberi bantuan kepada orang susah tanpa mengira bangsa. Kita memang pemurah.

Kita selalu bersama ketika...
... menyokong atlet yang mewakili negara. Gegak gempita rumah bila adik-beradik Sidek, Lee Chong Wei, Nicol Ann David, Pandalela Rinong, Rizuan-Ziyad-Latif (atlet paralimpik), tim Harimau Malaya bertarung.

Kita selalu bersama ketika...
... makan DURIAN šŸ˜ƒ


Apakah contoh yang sumbangan yang kita boleh beri setiap hari?
1. Jaga kebersihan
2. Kemas meja sendiri bila makan di restoran
3. Senyum. Sorry and thank you are two magic words.
4. Pam tandas selepas digunakan
5. Bagi SIGNAL (jangan nak berahsia sangat nak pergi ke kiri atau kanan)

Inikan negara KITA, make Malaysia great again!


Salam MERDEKA, MALAYSIA!!



Post a Comment

0 Comments