Bali | Kolam Suci di Pura Tirta Empul @ Tampak Siring



Kolam Suci di Pura Tirta Empul @ Tampak Siring | Bali ialah salah satu pulau dari beribu pulau yang membentuk Indonesia. Pulau-pulau kecil seperti Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan juga sebahagian wilayah Bali yang sering dimasukkan dalam pakej lawatan ke sana.


Denpasar bandarnya manakala Kuta tumpuan utama sesiapa sahaja ke Bali. Berjalan-jalan di Kuta seolah-olah kita sedang berada di Australia, pelancong kulit putih ini sememangnya menggemari Bali. Entah sebab keunikannyakah atau bercuti di Bali lebih murah berbanding negara mereka sendiri. Pelancong Rusia pun ramai di sana. Kalau nak tahu sama ada satu satu bangsa tu ramai mana, kita boleh lihat dari kelab malam dan restorannya, selain pelancong itu sendirilah.

Pelancongan menyumbang kepada 80% ekonomi Bali yang mula meningkat naik sejak tahun 1980an. Sesiapa yang ke sini pasti akan kagum dengan betapa banyaknya hasil seni seperti lukisan, barangan perak, hasilan kulit, ukiran kayu dan kraftangan yang unik. Jika ke sini jangan lupa tempah handbag kulit ke.. jaket ke... kasut ke... tiga hari dah siap. That's really impressed me, tempahan banyak pun still boleh siapkan dalam masa secepat itu. Tempah di hari pertama kau sampai.

Apa yang jelas, Bali semakin dikenali apabila berlaku "Bali bombings" keatas beberapa kelab malam di sana pada 2002 dan 2005. Selepas kejadian pengeboman tersebut aktiviti pelancongan teruk terjejas. Harga bilik menjadi sangat murah dengan pelbagai promosi. Takes time jugalah nak recover... off course kita bimbang nak pergi kan, bukan sikit orang yang mati.




Pura tua di Bali
Bali ialah satu-satunya wilayah Indonesia dengan populasi penganut Hindu setinggi 83.5% . Muka sama macam hang, bahasanya sama seperti warga Indonesia yang lain tapi mereka bukan Islam. Bagusnya Indonesia, mereka menggunakan SATU bahasa namun tidak meninggalkan dialek suku kaum memasing.

Oleh kerana agama rasmi Bali ialah Hindu pastilah banyak sekali kuil kelihatan. Menariknya banyak kuil berusia ratusan tahun yang masih digunakan di sini dan salah satu daripada enam kuil utama ialah Pura Tirta Empul di kampung Manukaya, Tampak Siring, tak jauh dari Ubud. Kalau orang kata nak pergi pura Tampak Siring maknanya kuil yang samalah tu. Di atasnya ada Istana Presiden yang dibina Presiden Sukarno pada 1957.

Pura Tirta Empul ialah sebuah kompleks yang agak besar satu setengah jam perjalanan dari Denpasar. Tirta Empul itu bermaksud air yang keluar dari bumi, sebab itulah ia dianggap suci. Sepertimana adab memasuki memana rumah ibadat, kain sarung perlu dipakai di dalam kawasan pura (boleh disewa dengan kadar IDR10,000 sehelai).

Pura ini wujud sejak 962M. Sebagai sebuah tempat bersejarah yang tersendiri lanskap serta hiasannya, pura ini turut dipilih oleh Presiden Barack Obama bersama keluarganya pada 2017 sebagai salah satu lokasi lawatan.

Penganut Hindu yang kebanyakannya penduduk tempatan datang ke sini untuk bersembahyang dan mandi di kolam yang dikatakan air suci tetapi ramai juga pelancong yang turut serta mengikuti amalan mereka, terutamanya omputeh. Jadi kalau kita nak ambil gambar pun please be considerate dengan orang yang nak bersembahyang dan jangan over nau time bergambar tu... tempat beribadat kan? Untuk upacara sembahyang mereka akan mempersembahkan bunga dan buah-buahan kepada tuhan mereka. Bunga tu bila dah banyak akan menyebabkan bau harum yang menyenangkan. Bunga dalam bekas kecil ada dimana-mana baik depan hotel, pejabat dan kedai, malah di lot perniagaan kekecil di Pasar Sukawati tu pun ada. Wangi je.


Ramai giler weh bila tengahari. 


Empat bahagian Pura Tirta Empul 
1. Laman utama
2. Jaba Tengah
3. Jeroan
4. Kolam ikan koi

Di Jaba Tengah itulah letaknya kawasan utama pura. Di kolam, pengunjung berbaris dari kiri untuk "melukat" iaitu mencuci muka dan kepala dari air yang keluar dari '30 batu' dari dua kolam. Di belakang kolam inilah Jeroan, tempat pengunjung berehat dan sembahyang.

Terdapat dua saluran air lain yang hanya digunakan untuk memandikan mayat. Hang jangan fikir konon nak privacy pi cari tempat takde orang, tersilap kolam kang 😁, follow the crowd ye.

Tempat paling bagus untuk kita berehat sambil makan ialah kolam ikan koi sebelum keluar dari Pura Tirta Empul





Nak tahu kenapa ai suka Bali?
Pulau ini besar and I haven't explore all yet. Yang nusa nusa tu semua belum pergi. Banyak lagi tempat yang aku belum tengok terutama tarikan terbaru seperti buaian gergasi tu.

Orang Bali tetap terus mengekalkan tradisi dalam kemodenannya, agama menjadi tonggak utama kehidupan mereka. Banyak yang menarik untuk diperhatikan disini. Kebaya sentiasa dipakai oleh warga tua dan muda, kemahiran mengukir kayu dan batu diteruskan oleh generasi baru, keindahan alamnya and the list goes on.

Apa lagi yang best? ermm... mestilah sebab boleh tempah handbag! 😄😄 Ini ai memang suka bebenor.

Walau bagaimanapun scam tetap ada. Yang annoying bila banyak sangat tiket perlu dibayar siap ada road block haram untuk kutip duit. Yang jaga kereta keluar masuk parking pun aku tak suka juga, aku ada lesen rempitlah, bukannya P. #poyo sat .

Bab makanan halal tu... ada je restoran halal tapi berhati-hatilah ya.



Harga parkir motor/kereta: IDR2000 / 5000
Tiket masuk dewasa/kanak-kanak: IDR15,000 / 7500
Waktu lawatan: 9 pagi - 5 petang

Post a Comment

0 Comments