Recents in Beach

header ads

9 Makanan popular mesti cuba di Thailand


9 Makanan popular mesti cuba di Thailand | Selain sentiasa memperkenalkan produk terbaru sebagai destinasi percutian yang sesuai untuk semua peringkat usia dan minat, Thailand juga terkenal dengan pelancongan gastronomi.


Sewaktu berjalan-jalan di Phuket, aku nampak orang beratur panjang di satu kedai kecil di jalan besar luar The Royal Paradise Hotel & Spa, Patong Beach. Ramai betul menunggu giliran. Aku tak join lah sebab tak halal. Pastinya ia menjadi indikator rasa dan kualiti makanan yang dijual walaupun hanya kedai beshe beshe.

Dahulu aku sendiri pun suka ke Betong, Thailand, ketika pulang ke kampung suami di Baling. Yang pasti, tomyam akan menjadi hidangan utama. Jika di tempat sendiri selalu mendapat 'tomyam serai' tapi di Betong, kalau kita nak tomyam ayam memang akan dapat tomyam ayam dan harganya pun lebih murah. Puas makan. Sewaktu di Sungai Golok pula aku pertama kali mencuba tomyam ikan siakap, sedapnyalah... teringat sampai hari ini. Cubalah masak anak siakap, kalau saiz bapak dia kurang aumm lah kot.

Bebaru ini sempat berkenalan dengan saudara jauh yang berasal dari Thailand. Mengusahakan kedai makan di Tak Bai, kami mengambil peluang singkat itu untuk 'menderanya' memasak beberapa makanan Thailand. Merasalah kami makan sepuasnya Miang Kham yang dah lama tak jumpa tu... entah kat mana cousins aku cari daun kadok sebeban. Sempat juga mereka memasak tomyam. Katanya, set untuk seorang di kedainya hanya berharga RM7 yang termasuk tomyam RM5, Telur dadar RM1, nasi putih RM1, ulam dan air suam percuma. Haa... mu kalu gi Pengkalan Kubur, lajaklah naik sampan singgit tu ke seberang sana pi cari kedai Kak Jang Pia. Jika di KL harga miang kham tu RM10 satu set (10 bunjut), di sana nak jual RM1 pun payah sebab ramai yang menjual, katanya.


Identiti masakan Thailand
Masakan Thailand banyak yang pedas. Bahan-bahan utamanya cili, lengkuas, bawang, daun limau purut, daun ketumbar, limau nipis dan sos ikan (nampla). Tourism Authorithy of Thailand juga telah mengeluarkan buku The Micheline Guide untuk memudahkan pemburu masakan asli Thailand mencari restoran di Bangkok, Phuket dan Phang-Nga. Perati bebaik jangan main telan je.

Seperti kebanyakan pelancong, sebelum bertolak lagi kita dah senaraikan apa yang nak di makan ketika di Thailand. Ada banyak makanan dan minuman termasuk ais krim kelapa yang sedap tapi ai nak senaraikan sembilan sahaja. Bolehlah cuba memasak untuk berbuka petang nanti. Sedap oih! Bahan-bahan asas pun yang biasa ada di dapur kita. 


1) Tomyam Udang (Tom Yum Goong)
Walaupun aku tak berapa suka udang tapi bila ke Thailand aku akan order Tom Yum Goong. Udang bersaiz sederhana/besar sebagai trademark, semua rasa ada dalam satu mangkuk: masam, manis, masin dan pedas.

Selain udang, sup akan dicampur dengan cendawan dan tomato. Ada dua jenis tomyam, kalau nak yang bersantan/krim (tomyam putih) kita minta tom yum gung nam kohn atau tom yum gung nam sai, tanpa santan tapi lebih masam.
2) Salad Betik (Som Tum)
Som tum mudah didapati di pasar malam terutamanya di sebelah utara dan pantai timur Malaysia. Rasanya pedas masam manis dan sedap dimakan dengan lauk yang lebih manis seperti kari ayam hijau atau kurma ayam/daging.

Bahan utama dah tentulah betik tua yang dihiris memanjang, dicampur dengan beberapa bahan lain yang mudah didapati di dapur kita. Namun ada juga versi yang ditambah ketam. Yang itu kalau nak order kita cakap, "som tam boo"

Image result for somtam

3. Pad Thai
Phad Thai ialah sejenis kue tiaw goreng yang dimasak dengan bawang putih, lada putih, sos ikan. Cara menghidangkannya pula ialah dengan meletakkan kacang tanah, udang kering, daun bawang, taugeh, hirisan limau nipis dan kepingan cili kering di atas kue tiaw halus yang telah digoreng.


4. Kari Ayam Hijau (Gaeng Keow Wan Kai)
Jika hendak mencuba makanan Siam, jangan lupakan yang ini juga. Mengikut resipi asal yang aku belajar sewaktu Kursus Thai Cooking Made Easy di Thai Embassy tahun lepas, rasanya sedikit manis kerana dimasukkan gula Melaka. Bahan sampingannya terung atau rebung. Resipi di sini.

Image result for thai green curry

5. Kanom Jeen
Ia menggunakan bihun sebagai bahan utama. Direndam, rebus dan ditoskan.

Kuah dibuat pelbagai jenis seperti kanom jeen nam ya (kari bebola ikan), kanom jeen nam prik (pes cili pedas manis) dan kanom jeen gang keow wan gai (kari ayam hijau).

Ada yang kata "namya" dari selatan Thai yang paling popular. Ia dihidang sekali dengan telur rebus, sayur segar seperti taugeh, kacang panjang, daun selasih dan timun.

Image result for Kanom Jeen

6. Telur dadar (Kai Jiew Moo Saap)
Telur dadar Thai ni berbeza sikit. Makan sekali mesti nak lagi. Sungguh.

Di restoran halal biasanya telur dicampur dengan sos ikan dan udang. Ya Allah sedap giler... kalah telur dadar yang husband aku buat hahahah...


7. Miang Kham
Miang Kham bermaksud sekali makan. Ia adalah sejenis snek yang biasa terdapat di Thailand dan Laos. Dipekenalkan ke istana King Rama V oleh Princess Dara Rasmi.

Bahan-bahan untuk menyediakan miang kham bukanlah yang pelik pelik, hampir semuanya ada di dapur cuma sos yang akan menentukan sedap atau tidaknya snek tersebut. Udang kering, halia, bawang merah, limau nipis, cili padi, kelapa yang digoreng dan kacang tanah dihiris kecil dan dimasukkan sedikit setiap satu bahan ke dalam daun kaduk lalu dilipat. Terus makan camtu jer.

Mengikut pengalaman, tidak semua restoran menjual miang kham. Jika anda pergi ke Hatyai sila cari di pasar pagi yang besar tu.

Image result for miang kham
Miang kham yang lengkap.

8. Pulut mangga (Mango with sticky rice)
Sesiapa yang ke Thailand tapi tak cuba makan pulut mangga ibarat tak lengkap perjalanannya ke sana. Gitu.

Banyak dijual di kaki lima kedai, ada yang meletakkan setengah biji mangga dan ada pula yang bagi sebiji. Kenyang makan pulut sekepal kalau dapat mangga terlajak manis. Aku pernah dapat mangga masam, santan pun sedikit berbau dan yang tak boleh blah si penjual tu pun bermuka masam. Terpaksa OT agaknya.

Image result for pulut mangga

9. Cha Yen (teh ais)
Teh ais ini sedap sebab selain menggunakan susu pekat manis ia juga ditambah susu sejat. Kalau nak buat sendiri kena pastikan menggunakan serbuk teh dari Thailand. Barulah dapat rasa sebenar.


Inilah sebahagian makanan popular di Thailand. Untuk mengetahui di mana untuk mendapatkan makanan halal di Bangkok sila gunakan butang search kat atas tu. Entry tu diterbitkan beberapa tahun lepas tetapi masih relevan. Sekarang ni lagilah banyak restoran halal baru telah beroperasi.


***
Kalau berjalan seorang aku biasanya tak makan banana pancake yang orang dok sebut sebut tu kerana terlalu berminyak dan terlajak manis. Aku dahlah manis. eh.


Post a Comment

4 Comments

  1. Great post. I was checking constantly this blog and I'm impressed!
    Extremely useful info specially the last part :) I care for such info a lot.
    I was looking for this particular info for a long time.
    Thank you and best of luck.

    ReplyDelete
  2. My brother suggested I may like this website. He was once
    totally right. This publish truly made my day.
    You cann't imagine just how a lot time I had spent for this info!
    Thanks!

    ReplyDelete
  3. This article offers clear idea for the new viewers of blogging, that genuinely how to
    do blogging.

    ReplyDelete
  4. I just could not leave your site prior to suggesting that
    I really enjoyed the standard info a person supply on your visitors?
    Is going to be back often in order to inspect new posts

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.