Recents in Beach

header ads

Hotel Review | The Royal Paradise Hotel & Spa, Patong Beach

Hotel Review | The Royal Paradise Hotel & Spa, Patong Beach | Hello everyone! Dah seminggu lebih tak update blog, asyik buka tutup buka tutup laptop je kerjanya. Actually sangkut kat satu blog post tu... dah banyak kali try tapi susah betul nak continue walhal info semua ada. Entah kenapalah eh? Dahlah banyak cerita trip Surabaya dan Phuket belum share lagi.


Okay hari ni nak review hotel yang best di Patong Beach, Phuket, to recharge engine. I ke Phuket dua kali berselang dua bulan. Satu kerja satu lagi bercuti temankan kawan walaupun not all the time kami ke tempat yang sama. Interest tak sama kan? So don't waste money and time.

Trip kali ini aku stay di tiga buah hotel dan satu hostel. Saja je... malam yang last di Phuket Old Town. Syok cari makan di Phuket night market. Malam kedua dan ketiga di tidur di hotel yang aku nak review ni.

Kompleks Royal Paradise ialah keseluruhan kawasan di hadapan hotel ini. Nak keluar masuk ada guard post. Di depan ni ada dua kedai halal, kedai urut dan 'hadek-hadek' 😶

Kenapa memilih The Royal Paradise Hotel & Spa?

1. Bulan Ogos hari tu kami ada buat hotel inspection di sini. Walaupun aku tak berapa jelas kedudukannya (first time sampai kan?) tapi yang pasti kedudukan hotel ini di jaluran jalan yang kedua tak jauh dari Bangla Walking Street yang 'menggila' memalam, tak jauh dari pantai dan senang untuk mendapatkan makanan halal. Dari Patong Beach ada tiga jaluran jalan. Dua kali pusing naik motor boleh faham dah jalan tu.

2. Royal Paradise juga dekat dengan Jungceylon shopping mall. Salah satu shopping mall yang besar selain Central festival. Halal food outlet pun ada dalam tu. Kalau tak shopping pun boleh je sekadar window shopping. Mind theraphy gituh.

3. Swimming pool besar... best!

4. Ada restoran halal sendiri, Casablanca, dan menawarkan halal breakfast. Thai is a non-muslim country so please don't expect 100% seperti anda berada di Malaysia nak tengok cop Jakim segala. Fahamkan masalah fekah ni ya. Mereka mendapat pengiktirafan dari Thailand Islamic Authority.

Setiap hari Khamis malam Jumaat ada special dinner di lounge dekat lobi hotel. Harganya sangat berpatutan THB550 per person.

5. Bilik-bilik di hotel ini banyak yang telah melaluinya refurbishment jadi kita pun nak try lah bilik baru tu. Kalau hang telupa bawa charger telefon tak perlu risau, tak perlu beli baru. Cucuk je ke dinding tu. Safe deposit box pun ada, saiz besar boleh muat laptop.

6. Ada 11 plug point termasuk yang dalam bilik air. 

7. Paling mengamankan hidup toilet di bilik ada hose 😁😁. Bila dikatakan halal friendly hotel, ia termasuk hose/bidet ni lah bukan setakat makanan halal sahaja.

8. Ada special privilege for repeating customer.


Jom tengok gambar!





Tak perlu bawa charger.

Aku suka suasana malam di bilik ini, pencahayaan cukup tetapi masih nampak romantik.



 
 Lounge

 Dinner setiap Khamis.

Honeymoon ke....?

The Royal Paradise Hotel & Spa ada menawarkan beberapa pakej untuk kemudahan pelanggan mereka. Boleh tengok di website rasmi mereka di sini. Tak perlu tercari-cari dan tawar-menawar dengan ejen lagi dah. Pasti mereka akan memberikan yang terbaik sebab nak jaga nama kan? Trust tu penting dalam apa jua bisnes.

Kalau ada yang aku kurang berkenan mengenai bilik aku ni rasanya hanyalah papan suis tv, air-cond, lampu tu terletak di katil sebelah sana, nak caj handphone di katil sebelah sini. Dekat papan suis tu takde plug point.

Tips:
1. Kalau nak city view boleh cuba request bilik di main building.
2. Kalau nak mandi dengan aman di kolam renang, mandi pepagi. Tengahari dan petang ramai orang.

Great hotel, great location.

The Royal Paradise Hotel & Spa
135/23,123/15-16 Rat-U-Thit 200 Pee Road
Patong Beach, Kathu
Phuket 83150
Thailand
Tel: (66) 76 340 666
Fax: (66) 76 340565
E-mail: sales@royalparadise.com


**Kalau nak bertukar-tukar selera boleh try bermacam jenis restoran halal di Patong Beach ni. Kat sini ada senarai restoran halal di Patong/Kamala/Kalim/Phuket town. Silakan baca selepas ini.


Post a Comment

0 Comments