Recents in Beach

header ads

10 Amalan mudah pecutan malam terakhir Ramadan 1440H

Esok kita akan memulakan fasa terakhir Ramadan, malam-malam yang penuh barakah. Marilah kita sama-sama cuba melaksanakan amalan baik dengan lebih giat lagi dan semoga kita terus istiqamah selepas tamatnya Ramadan kali ini.

Saya salin kembali apa yang Nur Aliah Mohd Nor tuliskan di Facebook. Sila follow beliau untuk tips perniagaan dan hidup positif.


10 Amalan Mudah Untuk Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan!

1. Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

Buat 6 langkah ini juga:

+ Sebelum Subuh = Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat.
+ Selepas azan Subuh = Solat sunat subuh, ganjaran sebesar dunia dan seisinya.
+ Lepas Subuh = Baca surah Yassin InshaaAllah di makbulkan segala hajat.
+ Waktu Dhuha = Solat Dhuha dan doa Dhuha, kunci pembukaan pintu rezeki.
+ Selepas solat Asar = Baca surah Al-Waqiah, menurunkan rezeki melimpah ruah.
+ Di antara Magrib dan Isyak = Baca surah Al-Mulk untuk pembukaan rezeki.
hmm...banyak yang ai fail nih.

2. Laksanakan solat tarawih dan qiyammullail pada setiap malam. Kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun!

3. Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam. Sebab kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun!

4. Membaca Al-Quran walaupun 1 muka surat setiap malam.
Baca juga Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermana seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun!

5. Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, suami isteri dan anak-anak.

6. Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa. Nak paling mudah baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.

7. Baca sepanjang masa doa ini:

‎اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ
‎“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”

8. Banyakkan bertenang dan jauhkan diri dari sebarang pergaduhan. Ingat orang yang tenang sentiasa menang.

9. Banyakkan berdoa semoga Allah terima amal ibadah yang kita lakukan. Terutama 30 minit doa sebelum nak berbuka puasa.

10. Jauhkan diri daripada sifat riak dengan amalan yang telah kita lakukan. Doa begini,

‘Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadan yang mulia dan terimalah segala amalan kami’


Rebutlah peluang di 10 malam terakhir Ramadhan ni. Di doakan agar kita semua beroleh #LailaturQadar dan dapat ganjaran pahala dari Allah swt.

10 malam terakhir ni sekejap je, kan? Jom mulakan dari sekarang!



Post a Comment

0 Comments