Recents in Beach

header ads

Monumen Nasional (Monas) | Menyaksi patrian sejarah kemerdekaan Indonesia

Menyaksi patrian sejarah kemerdekaan Indonesia | Perang dunia kedua (World War II) paling teruk, paling banyak membawa kerosakan dan kesengsaraan. Lebih 50 juta nyawa terkorban dalam peperangan yang berlaku serentak di banyak negara.


Indonesia juga tidak terkecuali. Ia dijajah Inggeris, Belanda dan Jepun sama seperti Tanah Melayu. Sampai suatu ketika pihak Inggeris dan Belanda bertukar wilayah jajahan masing-masing bagi memudahkan urusan pentadbiran. Pemerintah Belanda mula mengambil alih pemerintahan kepulauan nusantara yang sejak 1800-an yang dikenali dengan nama Hindia Belanda. Ianya berlaku setelah Verenigde Oostindische Compagnie (VOC) sebuah persekutuan dagang Belanda yang memonopoli aktiviti perdagangan di Asia sejak 20 Mac 1602 ditutup secara rasmi pada 31 Disember 1799.

Setelah bom atom dijatuhkan di Hiroshima oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945, Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) menegaskan lagi keinginan dan tujuan mencapai kemerdekaan Indonesia. Jadi bila bom atom kedua dijatuhkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945, Jepun pun menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dan sekutunya. Tanpa berlengah, Indonesia memanfaatkan momen tersebut untuk mengisytiharkan kemerdekaannya.

Pagi Jumaat 17 Ogos bertempat di Jalan Pegangsaan Timur 56, Jakarta Pusat, Proklamasi Kemerdekaan Indonesia dibacakan oleh Soekarno dengan didampingi oleh Drs. Mohammad Hatta.
Hanya SEMINGGU tempoh yang diambil Indonesia untuk MERDEKA, berbanding kita yang menerima kembali Inggeris setelah Jepun kalah. Itu yang Dr Mahathir (seperti yang ditulis dalam buku Doctor in the House) dan rakyat Malaya marah, masa Jepun menyerang Inggeris lari ke Siam, tinggalkan kita terkontang-kanting. Bila Jepun menyerah kalah eh eh... dia mengaku kita hak dia lagi. Itu pun ada je yang bangga dijajah. Redha terpaksa melaluinya, lain. Bangga dijajah tu... pelik. Bau ikan sangat.

Itulah sedikit kisah kemerdekaan Indonesia.


MONAS sebagai tugu peringatan
Untuk mengenang pertempuran dan perjuangan rakyat Indonesia dalam mencapai kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda, Presiden Soekarno telah mengarahkan pembinaan Monumen Nasional atau singkatnya, Monas.

Inilah Monumen Nasional - Monas. Jerebu masa ni.

Tugu Peringatan yang direka bentuk oleh Frederich Silaban dan R. M. Soedarsono, dibina setinggi 132 meter di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat, Ia dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Jumlah keseluruhan kawasan ialah 80 hektar di tengah kota Jakarta. Ia dibuka kepada orang awam pada 17 Julai 1975 setelah melalui proses pembinaan selama 14 tahun.

Presiden Soekarno memberikan gambaran awal rekabentuk Monumen Nasional mestilah diinspirasikan dari Lingga dan Yoni. Apa tu? Ni haa... maksudnya yang diambil dari wikipedia:

Lingga adalah sebuah arca atau patung, yang merupakan sebuah objek pemujaan atau sembahyang umat Hindu. Kata lingga ini biasanya singkatan daripada Siwalingga dan merupakan sebuah objek tegak, tinggi yang melambangkan falus (penis) atau kemaluan Batara Siwa. Objek ini merupakan lambang kesuburan.

Yoni adalah kata yang mempunyai erti bahagian/tempat (kandungan) untuk melahirkan. Ia memberi mempunyai banyak erti di antaranya adalah sumber, asal, sarang, rumah, tempat duduk, kandang, tempat istirahat, tempat penampungan air, dan lain-lain. Dalam buku Kama Sutra dan dalam kaitannya dengan batu candi, Yoni berarti pasangan Lingga yang merupakan simbol dari alat kelamin wanita. Yoni merupakan sebuah objek cekung atau berlubang, yang melambangkan kemaluan wanita (vagina). Objek ini merupakan lambang kesuburan. Di beberapa daerah di Indonesia Yoni disebut juga lesung batu karena menyerupai sebuah lesung yang terbuat dari batu.


Apa yang ada di Monas? 

1. Relief Sejarah Indonesia
Pada tiap sudut halaman luar yang mengelilingi monumen terdapat relief/ukiran yang menggambarkan sejarah Indonesia, yang diatur mengikut kronologi.

foto monas - relief
Sumber https://id.wikipedia.org

2. Museum Sejarah Nasional
Terdapat 51 diorama di bahagian dasar monumen berlapis marmar 3 meter di bawah permukaan tanah. Diorama ini dimula dari sudut timur laut bergerak searah jarum jam menelusuri perjalanan sejarah Indonesia; mulai masa pra sejarah hingga masa Orde Baru pada masa pemerintahan Suharto.

3. Ruang Kemerdekaan
Di bahagian dalam cawan monumen terdapat Ruang Kemerdekaan berbentuk amphitheater. Ruangan ini menyimpan simbol kenegaraan dan kemerdekaan Republik Indonesia. Diantaranya naskah asli Proklamasi Kemerdekaan Indonesia yang disimpan dalam kotak kaca di dalam gerbang berlapis emas, lambang negara Indonesia, peta kepulauan Negara Kesatuan Republik Indonesia berlapis emas, bendera merah putih dan dinding yang bertulis naskah Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia.

Berkas:Garuda Pancasila.jpg
Garuda Pancasila di dalam Ruang Kemerdekaan Monas.

4. Pelataran Puncak dan Api Kemerdekaan
Sebuah lif pada pintu sisi selatan akan membawa pengunjung menuju pelantar puncak berukuran 11 x 11 meter di ketinggian 115 meter dari permukaan tanah. Lif ini berkapasiti 11 orang sekali angkut dengan pelantar puncak ini boleh menampung sekitar 50 orang serentak. 

Dari pelantar puncak tugu Monas, pengunjung dapat menikmati pemandangan seluruh penjuru kota Jakarta melalui teropong yang disediakan. Di sebelah selatan sayup-sayup terlihat Gunung Salak di kabupaten Bogor, Jawa Barat, manakala arah utara pula kelihatan laut lepas terbentang luas dengan pulau-pulau kecilnya.

Di puncak Monumen Nasional terdapat cawan yang menopang nyala lampu perunggu (obor) yang beratnya mencapai 14.5 tan dan dilapisi emas seberat 35 kg. Sebanyak 28 kg dari keseluruhan berat emas pada obor Monas tersebut merupakan sumbangan dari Teuku Markam, seorang pengusaha Aceh yang pernah menjadi antara orang terkaya di Indonesia


Di mana dan bagaimana untuk ke Monas?
Monas ini letaknya di tengah kota Jakarta, di hadapan Stasiun Kereta Api Gambir. Banyak pejabat kerajaan dan perniagaan di sekitarnya.

Bas Trans Jakarta melalui halte (hentian bas) Monas yang terletak di pinggir pintu masuk monumen. Naik ojek, teksi pun boleh. Senang je ke sini, semua orang tahu.

Kemudahan yang ada di Monas?
1. Kenderaan khas disediakan bagi mereka yang mahu pengalaman mengelilingi Monas. Bagi anda yang sanggup beratur, silakan. Ai jalan kaki je... 

2. Bersebelahan tugu Monas terdapat karya seni berupa patung dan juga monumen dengan catatan sejarah serta kata-kata membakar semangat dari Chairil Anwar.





3. Taman dan kawasan luas untuk berehat dan beriadah.



Waktu lawatan ke Monas:


Harga tiket masuk ke puncak Monas:
Harganya berpatutan tetapi queue tu yang tak tahan 😧.. di bawah ni gambar sebahagian pengunjung yang beratur untuk membeli tiket dan mengambil giliran untuk masuk ke Monumen Nasional pada pukul 11 pagi. Sabar ya, lif tu mampu bawa 11 orang sahaja.



Kerawang-Bekasi

Kami yang kini terbaring antara Kerawang-Bekasi
Tidak bisa teriak Merdeka! dan angkat senjata lagi
Kami cuma tulang-tulang berserakan
Tapi adalah kepunyaanmu
Kaulah lagi yang tentukan nilai tulang-tulang berserakan
Ataukah jiwa kami melayang untuk kemerdekaan kemenangan dan harapan atau tidak untuk apa-apa
Kami tidak tahu kami tidak lagi bisa berkata
Kaulah sekarang yang berkata
Kami bicara padamu dalam hening di malam sepi
Jika dada rasa hampa dan jam dinding yang berdetak
Kenang kenanglah kami
Yang tinggal tulang-tulang diliputi debu
Beribu kami terbaring antara Kerawang-Bekasi

Charil Anwar
1922-1949

Post a Comment

0 Comments