Indonesia | Pengeluaran rokok kretek besar-besaran di House of Sampoerna



Indonesia | Pengeluaran rokok kretek besar-besaran di House of Sampoerna | Sejarah menghisap rokok dikatakan dimulai oleh orang asli Amerika sewaktu melakukan pemujaan roh atau dewa. Kemudian ia diikuti oleh penjelajah eropah yang kemudiannya memperkenalkannya pula kepada para bangsawan yang menghisapnya sebagai satu aktiviti bersenang-senang.


Di Indonesia rokok telah popular sejak tahun 1800an lagi di Kudus, malah telah 'dijenamakan' sebagai rokok Indonesia (kretek) dengan mencampurkan racikan tembakau bersama cengkih lalu dibalut dengan daun jagung kering (dipanggil kelobot dalam bahasa Jawa). Ia dikatakan berkesan untuk menyembuhkan batuk dan penyakit lelah (athma). 

Rokok merupakan komoditi ekonomi yang sangat menguntungkan. Ia dimulakan secara komersil pada tahun 1850 setelah permintaan terhadap kelobot dan rokok batang semakin meningkat. Di Surabaya  yang digelar Cities of Heroes, keluarga pengeluar jenama rokok Sampoerna adalah sangat terkenal dan berjaya. Mereka telah mengusahakan perniagaan ini semenjak sebelum kemerdekaan Indonesia daripada Belanda lagi.

House of Sampoerna di Surabaya, Indonesia.

Lawatan kedua ke House of Sampoerna @ Muzium Rokok
Walaupun tidak pernah merokok malah terhidu baunya pun rasa nak marah, melawat muzium rokok di Surabaya adalah satu aktiviti yang tidak patut dilepaskan. Di sini kita akan mendapat serba sedikit ilmu tentang sejarah keluarga Putera Sampoerna iaitu cucu kepada Lien Seeng Tee, jenis tembakau, revolusi corak kotak mancis, jenis-jenis rokok dan yang paling best ialah dapat melihat cara memproses rokok yang super pantas!

House of Sampoerna ialah bangunan bercirikan senibina Belanda yang dibina pada 1862 di old Surabaya (pekan lama). Ia dibeli oleh Liem Seeng Tee, pengasas Sampoerna pada 1932 untuk dijadikan pusat pengeluaran utama rokok dan kini menjadi bangunan warisan yang masih digunakan. Pengeluar rokok ini ialah syarikat tembakau terbesar di Indonesia dan masih mengekalkan desain pek rokok kretek Dji Sam Soe 234 yang telah berusia 100 tahun!

Image result for dji sam soe

Muzium yang informatif ini menceritakan tentang perjalanan hidup pemilik syarikat yang asalnya hanyalah buruh di kilang rokok sehinggalah berjaya menjadi pengeluar rokok. Di kawasan yang agak luas ini menempatkan auditorium yang kini dijadikan muzium dan kedai, kilang pemprosesan tembakau dan rokok, di timurnya galeri seni dan kafe manakala di baratnya kediaman rasmi pemilik syarikat. Payah nak mengulau sebab bos boleh mengintai dari sebelah hahah...

Di tingkat bawah muzium ada contoh tembakau dan banyak jenis gambar tembakau yang digunakan dalam penghasilan sebatang rokok. Bahan kimia yang digunakan sebagai bahan campuran juga dipamerkan. Ada juga gambar yang menunjukkan pekerja kilang rokok di zaman dahulu, tua muda lelaki dan wanita membanting tulang mencari rezeki. Makcik makcik tu bekerja pakai baju kebaya, you. Klasik sangat. Sekarang dah boleh buat self-guided tour dengan lebih berkesan hanya dengan scan QR code yang diberikan.


Ada juga tembakau yang diimport dari negara lain.



Dari tingkat atas kita dapat melihat beratus pekerja pengeluaran bekerja dengan pantas menggulung rokok Dji Sam Soe, rokok kretek mewah paling terkenal di Indonesia. Seingat aku setiap pekerja perlu membalut 400 ratus batang rokok dalam masa sejam. Kagum betul tengok kecekapan mereka...giler laju weh. Tak pastilah mengapa ia masih dilakukan secara manual, adakah sebab seharusnya begitu atau mahu memberikan pekerjaan kepada rakyat tempatan sama seperti yang dilakukan syarikat Jeruk Madu Pak Ali. Boleh tengok saja, berfoto-foto di atas sana ngak bisa. Untuk melihatnya pastikan anda datang hari bekerja ya... Sabtu Ahad, cuti raya, cuti umum di Indonesia tiada ya pak. Mereka juga mau keluar berpacaran 😁

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi mereka mengenakan bayaran jika kita ingin mengikuti city tour menggunakan bas yang mereka sediakan.

Pesanan PENTING saya...

Image result for rokok
Sumber d'aura

Lawatan ke utara Surabaya
House of Sampoerna juga menyediakan program Surabaya Historical Track menggunakan bas yang direka seperti tram yang dulunya menjadi pengangkutan di bandar ini. Bas ini bergerak pada jam 10 pagi, 1 tengahari dan 3 petang setiap hari kecuali Isnin melalui route berbeza. Di hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad city tour dibuat selama satu setengah jam di laluan yang berbeza dengan hari Selasa hingga Khamis.

Untuk mengikuti program SHT ini sila daftarkan nama di kafe sebelah House of Sampoerna. Tak ingat dah berapa harga tiketnya tapi berpatutanlah.

Related image

Galeri seni di sebelah bangunan House of Sampoerna. Kebetulan ada pameran fotografi ketika lawatan kali kedua.

Kereta tauke.

Waktu operasi:
Isnin-Sabtu                                                   Ahad & Cuti Am
Muzium, kedai, galeri 9 pagi - 7 petang      9 pagi - 6 petang
Kafe 11 pagi - 7 petang                                10 pagi - 6 petang


House of Sampoerna
Taman Sampoerna No.6
Krembangan Utara, Pabean Cantian
Kota Surabaya, Jawa Timur 60163
Indonesia
Tel: +62 31 3539000


Nota:
Sejak 2005 Philip Morris International telah mengambil alih saham keluarga Sampoerna.

Post a Comment

0 Comments