Movie Review | Dah tengok filem PASKAL?



Movie Review | Dah tengok filem PASKAL? PASKAL ialah singkatan kepada Pasukan Khas Laut TLDM. Tentera darat pula ada Komando Grup Gerak Khas. Both are pasukan elit tentera Malaysia yang mana hanya mereka yang bersemangat tinggi, cekap dan terbaik sahaja yang mampu berada dalam kumpulan ini. 


Filem PASKAL yang mula menemui penonton pada 27 September 2018 merupakan sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 arahan Adrian Teh terbitan bersama Spectrum Films dan Asia Tropical Films. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Aksi.

Filem ini mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota (PASKAL) yang tidak direstui ibunya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Walaupun Arman sangat mencintai tugasnya tetapi dia berkorban memohon pertukaran ke bahagian lain demi ibunya, kerana kawan baiknya mati, kerana kawannya dibuang kerja tapi.... bos dia minta dia menjalankan satu final task menumpaskan lanun di Sabah.

Pelakon filem ni tujuh orang je, selain Hairul Azreen dan Amar Alfian, pelakon lain tu aku tak kenal sebab jarang tengok tv... macam hampeh semua drama tv tu hahah... but they really deliver. Kalau uols pernah baca my blog post tentang Komando Grup Gerak Khas, uols akan dapat lihat latihan ketenteraan yang sangat brutal untuk melahirkan team yang hebat ini.

Aku yang sukakan action movie excited sangatlah menonton cerita ni. Dari mula hingga akhir penuh debaran. Ada scene yang buat aku sebak (sebab ai anak askar kan so boleh relate perasaan tu 😭😭 ) aduhaiii... mujur tak kahwin dengan askar juga. Ada juga adegan lucu, ayat ringkas tapi kelakar. Cuma ada beberapa shot yang tak berapa best, bergoyang-goyang macam videographer mencungap-cungap 😁

Selain bakat lakonan, pelakon yang dipilih semua sado... sesuai denagn watak yang dibawa. Dapat jugalah kita melihat sedikit aset ketenteraan yang selama ini terlindung dari pengetahuan masyarakat umum. Jangan perlekeh tentera Malaysia oih. Mereka diam diam buat kerja. Kalau mereka tidak menjalankan tugas tak tahulah bagaimana keadaan negara kita ni. Mereka bukan jenis "kaut segala nikmat tetapi mengeji negara sendiri bila ke luar negara, macam kena tindas sangat hidup di bumi ini".

Ya Allah best sangat! Next hari kebangsaan we'll have more varieties takdelah asyik dengan Sarjan Hasan dan Bukit Kepong je. Now we have PASKAL! Action packed film with focus on soldiers 💪💪

PASKAL ialah local action movie yang SANGAT BERKUALITI. Aku pasti akan ulang tengok sehingga lima kali sama seperti Italian Job. Welldone Adrian Teh!
Image result for paskal

Post a Comment

0 Comments