Resepi Kerepek Popia Keju Pedas @ Wonder Cheese

Tags

Resepi Kerepek Popia Keju Pedas @ Wonder Cheese | Hello.... selamat pagi! Hari Sabtu kita cerita hal lainlah ya. Ai pun tengah cari apa lagi cerita travel yang belum dibuat. Since kita masih dalam mood raya ai nak share bagaimana untuk membuat Wonder Cheese versi pedas sket. Kat rumah aku ni semua pedas... dari nasi goreng, sambal ikan/ayam, gulai, rendang... hampir semualah. Tart nanas dan tuan rumah je manis 😛



Okaylah, resepi mudah jer... Sedap dibuat kudapan sambil membawang dan menonton FIFA World Cup Rusia. Kalau makan tak boleh berhenti oih. Letak atas meja rumah terbuka sure kosong balang kuih. Jom start!

Bahan-bahannya:
Sebungkus kulit popia
Nestum perisa original
Serbuk keju
1 sudu kecil serbuk cili (jangan guna chili flakes, terbersin kau kang)


Cara penyediaan:
Sangat senang!

1. Memula potong kulit popia jadikan saiz 1"x1" atau 2"x1". Nak senang belah dua belah dua belah dua sampai dapat saiz yang dikehendaki. Lepas tu... sambil tengok drama Suratan Takdir 2 leraikanlah bahan yang telah dipotong tu. Buatlah macam mana cara pun asalkan terlerai. Buat berjemaah cepat siap dan tak rasa terdera.

2. Goreng sebentar dan toskan minyak berlebihan. Goreng asal masak je... jangan goreng sampai rentung pahit kang dik.


Cara menyalut dengan cheese powder:
1. Blend empat cawan nestum. Ai sukat dengan blender kering je... 2 blender kemudian masukkan dalam bekas agak besar yang berpenutup.

2. Campurkan nestum tadi dengan 1 blender (kira-kira 2 cawan) cheese powder dan satu sudu kecil serbuk cili. Gaulkan.

3. Masukkan kulit popia yang sudah sejuk ke dalam bekas di atas, tutup dan goncangkannya tunggang terbalik supaya kesemua popia bersalut dengan sekata. Siap!


Nota:
1. Bila serbuk dah berkurangan blend lagi nestum dan ulang proses 1 dan 2.

2. Nestum tu berfungsi untuk mengurangkan rasa masin cheese dan membuatkannya rasa lemak. Sebungkus kulit popia akan menghasilkan dua balang penuh Wonder Cheese sedap yakmat! Macam rasa keropok Super Ring dan Twisties.



Hotel Review | The Dorm, Chiangmai

Hotel Review | The Dorm, Chiangmai | Okay, it is not a hotel but a hostel/dorm/guesthouse.

Semasa di Chiang mai aku menginap di tiga tempat. Memula di Horizon Village & Resort kemudian ke Shambala Guesthouse akhirnya ke The Dorm. Horizon sangat selesa tapi perlukan transport untuk ke mana-mana. Malam keempat berpindah ke Shambala. Plan nak stay situ je sebab dapat private room tapi malam kedua full jadi berpindah ke The Dorm pula.

Aku berpindah ke The Dorm selepas balik dari one day trip ke Chiang Rai. Jemput baca itinerary one day trip ke Chiang Rai di sini. Biasanya pukul 9 malam dah sampai tapi entah kenapa kami lewat, melebihi pukul 10. Aku dah risau sebab takut pintu dikunci dahlah handphone takde kredit. Nasib baik manager Shambala tu tunggu...pergh pakai baju lengan pendek je dia duduk depan guesthouse dalam dingin winter tu. Aku pun collect security deposit, ambil beg dan berjalan keluar ke jalan besar konon nak menunggu teksi/tuk tuk walaupun tahu tuk tuk takde. Driver tuk tuk dok bersidai di bar di mana ramai omputeh berkumpul.

Hmm....otak berputar ligat. Kalau bawa begpack boleh juga usaha berjalan kaki 1.6km tapi masa tu bawa trolley beg, tak kuasa aku dengar bunyi roda memalam tu. Daripada orang tak perasan karang jadi perhatian pula. Kebetulan nampak motor roda tiga OKU 😃😃 jadi aku pun tanyalah boleh hantar ke idok?? Aku positif habis time ni. Boleh katanya tapi nak tunggu mak sekejap. Logik akal, naik motor tu insyaAllah selamat. Rider dan dua penumpang lain (seorang OKU) pun hantarlah aku ke The Dorm sambil bersembang sikit sikit dalam perjalanan tu. Maka merasalah aku naik motor roda tiga orang Myanmar tu heheheh.... Masa tu fikir, oih jauh juga kalau berjalan kaki.

Thank you lovelies.

Image result for chiang mai old city


The Dorm yang selesa
Sewa semalam hanyalah THB300 dan aku takde high expectation sebab bilik yang sebelum ini kecil je. Bila masuk.... taraaa....!!


Sangat berbaloi dengan harga THB300! Selesanya berselimutkan toto tu... takdelah tidur mengerekot terketar-ketar lagi 😌 Warm aje... best giler! The Dorm sebenarnya sebuah rumah kampung. Pintu masuk dan setiap tingkapnya dipasang jaring untuk mengelakkan nyamuk masuk jadi kita boleh dapat fresh air siang malam. Hanya bahagian tandas sahaja diperbuat daripada konkrit, yang lain kayu. 

Di sini ada beberapa bilik yang disewakan dengan asrama (dorm) di bahagian depan. Dapatlah aku tengok dorm tu bila takde sesiapa bertanggungjawab menutup pintu. Semua orang takde, bahaya betul. Owh aku semenangnya tak kisah sangat dengan shared bathroom sebab selalu bangun pagi bilamana semua yang lain sedang sedap berdengkur. Kita kena melawan arus.

The Dorm ni dekat dengan Chiang Mai Gate. 


Common area depan dorm.

Mixed dorm.


Lobi The Dorm.

Restoran Tang Jai Tham Halal Cuisine tak jauh dari The Dorm. Kiranya jika kita menghadap guesthouse ini, susur jalan yang sebelah kanan, rasanya Suriyawongse Road. Kalau ikut jalan yang kiri dah buat satu pusingan macam aku hari tu tapi okaylah, kalau tak sesat tak dapat tengok tempat orang kan? Siap ada orang Arab yang offer pertolongan bila nampak aku macam tercari-cari sesuatu. Di kawasan dalam ni juga ada pasar pagi. Kecil je lah tapi terbeli juga. Hmm... terbeli.



Bagusnya stay di The Dorm ni sebab:
1. Tepi jalan, dekat dengan Chiang Mai Gate.
2. Dekat dengan pasar, senang nak cari buah-buahan atau dry food.
3. Ada restoran makanan halal.
4. 3km ke Chiang Mai International Airport.
5. 2.9km ke Chiang Mai Railway Station.
6. 190m ke pasaraya Tesco Lotus.
7. Air minuman dan air panas percuma. Basic necessity ni, sesetengah budget accomodation tak bagi. Berkira nau.


The Dorm Chiang Mai
90 Ratchiangsean Amphoe Muang
Wua Lai, Chiang Mai
Thailand 50100 


Shopping in Bangkok

Shopping in Bangkok | Hello... dah baca ke belum post ai tentang Tempat Shopping MURAH dan popular di Bangkok? Kalau belum jemput baca di sini.

Kali ni nak show Bangkok shopping belt pula. Save dan share dengan 'partner in crime' yer... pakai kasut yang selesa untuk 'tawaf' shopping di Platinum/Shibuya 19 - Central World - Siam Paragon - Siam Square - Siam Centre - Siam Discovery - MBK.

Psstt... kalau laki hang jenis tak tahan menunggu, hang suruh dia pi tempat lain. Tak pun tinggalkan kat hotel. Tak pun tinggalkan kat rumah terus hahahaha.... stress weh kalau asyik suruh pilih barang cecepat je.

Sumber TAT Kuala Lumpur


Medical tourism | Bila 'boobs' made in Thailand lebih mengancam

Medical tourism | Bila 'boobs' made in Thailand lebih mengancam | Tetibe tajuk macam harem hahahha...


Tiga negara di rantau ini iaitu Thailand, Malaysia dan Singapura bersaing hebat dalam mempromosikan medical tourism atau pelancongan perubatan. Semuanya adalah disebabkan kepakaran dan peralatan moden yang ditawarkan setanding apa yang ada di negara barat tetapi kosnya jauh lebih murah, murah separuh harga berbanding membuat pembedahan yang sama di Amerika Syarikat. Selain daripada itu perubatan dan perawatan di negara Asia boleh digabungkan dengan melawat tempat-tempat menarik ketika proses pemulihan selepas pembedahan. Current trend is orang melancong ke negara-negara Asia sebab macam macam ada.... kos pun rendah. 

317 penerbangan seminggu atau 45 penerbangan harian dari Malaysia ke Thailand oleh pelbagai airlines.

Thailand has about 37 Joint Commission International (JCI) accredited hospitals- yang terbanyak di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 500 doktor adalah american certified. JCI ini adalah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf pusat perubatan yang selamat, mencapai pelbagai standard perubatan yang tinggi dan memiliki rekod perubatan yang cemerlang selain kepuasan pelanggan.

Jika 10 tahun dahulu hanya Singapura sahaja terkenal dengan kehebatan perubatannya, kini Thailand menjejak rapat. No doubt Thailand is Asia spa capital, itu tak perlu penjelasan lanjut. Menurut rekod 1.2 juta pelancong ke Thailand pada 2013 untuk perubatan. Biasanya pesakit ke Thailand untuk rawatan gigi, pembesaran buah dada, pembedahan pinggul dan lutut serta pembedahan jantina.

Peminat atau stalker yang selalu mengikuti page artis/selebriti biasa dengar kan artis sekian sekian digosip buat hidung di Siam, besarkan nenen di Bangkok, potong anu di Thailand. Semua tempat yang samalah tu, Thailand. Ya Allah tak menyesal ke buang penis weh?? Kalau tetiba nak pakai balik nak buat apa dah dengan tunggul tu? 😂

Daripada briefing mengenai medical tourism yang pernah dihadiri sebelum ini, setiap pesakit akan diiringi oleh tiga ahli keluarga yang membawa maksud mereka akan menginap di hotel, makan, shopping dan berbelanja untuk perkara-perkara lain juga. Semua pertukaran wang ini membawa keuntungan berbilion Thai Baht setiap tahun. Selain sokongan kerajaan, dua airport di Bangkok juga memudahkan pergerakan keluar masuk pelancong antarabangsa ke negara tersebut.


Apex Medical Center 
Di Bangkok Apex Medical Center dikhabarkan a World Class Aesthetic Centre for Skin & Body by American Board Certified Dermatologist.

Dr Rataporn Ungpakorn, Medical Director of Apex Medical Center. He is the living example bagi pembedahan estetika. Muka dan perutnya telah melalui proses-proses yang tersebut di atas.

Hospital swasta ini juga ada ice lab dengan suhu -130C untuk treat joint/muscle pain. Biasanya atlit yang ramai menggunakan ice lab di sini untuk merawat kecederaan lutut dan sendi lain. Mereka akan diletakkan di bilik sejuk selama tiga minit dengan berpakaian minima. Tiga minit tapi suhunya -130C oiii.... aku kena 5C pun dah meleleh air hidung. Selepas direhatkan selama sejam ulangan rawatan dilakukan kembali. 

Jika berhajat untuk memutihkan gigi di hospital ini ada rawatan yang hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja. Cepat kan? Lapan shades whiter uols... Removable veneer pun ada. Teringat kepada seorang pengantin perempuan ni, puaslah kita suruh senyum untuk gambar tapi dia tak nak. Akhirnya dia kata, gigi saya tak cantik kak. Removable veneer inilah penyelesaian sementaranya.

Men's health program pun ada...harga bermula daripada THB50,000 .

Di Plastic Surgery Center pula ramai pesakit yang buat pembesaran buah dada, mancungkan hidung, betulkan kelopak mata, runcingkan dagu dan mencantikkan bibir. Walaupun jarang menonton tv tapi sesekali tu perasan juga ada artis yang buat garis senyum. Kalau dia tak senyum pun nampak macam senyum. Dia rasa cantik. Nak besarkan boobs? Untuk siapa? Besar sangat kang bimbang sakit belakang macam Dolly Parton. Pembedahan kosmetik ni kalau ada keperluan buatlah, kalau sesaja bersedialah untuk menanggung risiko di kemudian hari. Kata orang beauty is pain gituh.

Astalift, produk kosmetik berkualiti dari Thailand. Harganya standard SK II.


Jika ada keperluan, silalah hubungi hospital ini untuk pertanyaan lanjut.

Apex Medical Center
Soi Daungpithak
Klong Toey Sub-District
Bangkok. (50 meter dari BTS Ploenchit)

Tel: 062 709 6594


***Aku ni bila nampak perempuan cantik di Thailand terus hati berkata-kata, lelaki ke pompuan... lelaki ke pompuan..? Sesetengah ladyboy sangat cantik dan gebu gebas, malu pula kita yang perempuan asli ni.

Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave Nature Reserve @ Gua Angin

Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave @ Gua Angin | Sebelum ke Fairy Cave kami ke Wind Cave dahulu. Tak jauh, 10 minit sahaja jaraknya.

Kenapa ke gua?
1. Melawat shopping mall is too mainstream.
2. Untuk memperkenalkan anak-anak apa yang mereka pelajari secara teori di sekolah.
3. Untuk menerapkan rasa sayang kepada alam semulajadi.
4. Untuk membuang kepercayaan karut-marut yang sebati dengan masyarakat Melayu.
5. Supaya tiada rasa terkilan andai kata suatu hari nanti khazanah alam ini pupus demi 'kemajuan'.


Okay, kami ke gua yang salah at first hahah... Terfikir juga aku, eh kenapa sikit je ruangnya? Di gua di bawah ini ada patung dan colok. Ingatkan yang ini Wind Cave/Gua Angin jadi kami cari Fairy Cave pula tapi jumpa Gua Angin yang sebenar.

This is NOT Wind Cave @ Gua Angin.

Wind Cave atau Gua Angin telah digazetkan sebagai "nature reserve" oleh kerajaan negeri Sarawak bukan semata-mata untuk memelihara keaslian gua dan hidupan di dalamnya tetapi juga hidupan yang berada di sekeliling gua batu kapur tersebut. Diantaranya pokok bersaiz kecil dan sederhana termasuk Arenga pinnata (atau Inyok dalam bahasa Bidayuh), Arenga Undulatifolia (atau Opip) dan yang besar Calamus Ornatus (atau Wi jelayan).

Trail guide for Wind Cave Nature Reserve, Bau, Sarawak.


Permulaan. Millenial ni aku suruh tengok gua dia sibuk dengan handphone juga.

Gua yang wujud sejak 60 juta tahun dahulu ini dikatakan mendapat namanya daripada angin sejuk yang masuk melaluinya. Memang sejuk nyaman je. Yang banyak hidup di dalam gua ini ialah kelawar (bat) dan swiftlets dengan sarangnya. Ada tempat dimana fosil melekat di atas batu. 

Laluan kayu (plank) sepanjang 1000 meter disediakan untuk kemudahan pengunjung bergerak di dalamnya. Pilihlah laluan mana yang kita nak ikut atau habiskan kesemuanya. Sesekali kan... Tiada sebarang lampu disediakan. Gelap seh... Jadi WAJIBlah bawa lampu suluh yang super power cahayanya, jika tiada boleh disewa dari kat ticket office tu. Mungkin pihak berwajib mahu mengekalkannya sebagai habitat kelawar sebab itu dibiarkan gelap. Ada tempat yang basah jadi berhati-hati ketika berjalan. Elakkan memegang handrail sebab kekadang ada najis kelawar bertempek.

Di penghujung gua, laluan pejalan kaki (plankwalk) membawa ke kawasan berbukit. Sungai kecil yang melalui gua ini bersambung dengan Sungai Sarawak Kanan di hujung utara. Ada kawasan berpasir di sepanjang sungai yang sejuk airnya menjadikannya sesuai untuk berkelah. Di sungai inilah ramai yang akan mandi-manda selepas meneroka keseluruhan gua.  Bilik untuk menukar pakaian juga disediakan. Jadi kalau datang sini bawalah persalinan ya, rugi tak mandi.

Ada kawasan yang agak dalam di dalam gua ini yang berkemungkinan digali oleh pencari emas di tahun 1930an dulu. Tak mustahil kerana di Bau sendiri ada lombong emas iaitu Tasik Biru.

Jom kita tengok gambar-gambar Wind Cave!









Gua ini tidak ekstrim jadi ia sesuai untuk lawatan santai melihat alam bersama teman dan keluarga. To me gua ini biasa sajalah, tak secantik Fairy Cave. Dari Wind Cave ke Fairy Cave tak sampai 10 minit pun naik kereta. Kalau berjalan kaki 35 minit.


Tips ke Wind Cave @ Gua Angin
1. Pakailah pakaian yang bersesuaian, berbaju lengan panjang yang strechable dan mudah kering lebih baik.

2. Jangan pakai kasut yang sudah haus tapaknya, you might slipped.

3. Jika ada topi, pakai. Bukan apa, bimbang kelawar atau burung cretttt... atas kepala hang. Nasib nasiblah kan.

4. Bawa lampu suluh yang boleh tembus ke jantung hati. Gitew.

5. Lebih baik kita pergi dengan tour guide kerana dia boleh memberikan penerangan lebih jelas mengenai gua tersebut.








Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari

Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari | Pasar Sarikin sangat sinonim dengan Kuching (nanti baca tempat-tempat menarik di Kuching di sini). Sebab itulah ramai yang merancang percutian di bandaraya ini melibatkan hari Sabtu dan Ahad kerana Pasar Sarikin ditutup pada hari-hari lain. Pasar ini terletak di daerah Bau, dimana yang sebenarnya ada lokasi lain yang tak kurang menariknya terutama kepada nature lovers and adventure seeker.

Pekan Bau hanyalah 20km dari bandar Kuching, dalam 40 minutes drive. Bau yang dahulunya terkenal sebagai kawasan melombong emas dan dilengkapi sebuah kem tentera kini semakin popular dengan dua show caves batu kapur iaitu Wind Cave dan Fairy Cave. 

Fairy Cave atau Gua Pari-Pari mendapat namanya daripada binaan stalagmite di pintu masuk yang kelihatan seperti dewa yang dipercayai oleh kaum Tionghua. Yang meminati sukan rock climbing juga akan melakukan aktiviti lasak mereka di Fairy Cave. Gua ini hanya 10 minit dari Wind Cave (Gua Angin) dan biasanya pelancong akan ambil pakej pergi ke dua dua gua ini.

Untuk masuk ke Fairy Cave bayaran RM1 dikenakan. Sangat murah kan? Aku berharap segala gua dan nature reserve di Malaysia ini KEKAL dibawah seliaan agensi kerajaan supaya kita tidak 'terdera' oleh bayaran masuk yang tinggi. Toksah ikutlah negara lain tu... benda dah wujud semulajadi pun hendak dicaj sampai berpuluh beratus ringgit? Takkan kos buat toilet dan gerai habis berjuta ringgit kot?


TAK SABAR NAK MASUK GUA
Selepas membayar entrance fee teruslah kita bakar lemak naik tangga setinggi bangunan empat tingkat untuk ke mulut gua. Tips memanjat tangga: Teruskan langkah, jangan pandang atas 😁. JANGAN CEPAT MENGAKU KALAH, anak ai yang berumur empat tahun tu tak mengeluh pun tau💪 . Balik ke Kuching kita upah dia aiskrim gula apong.

Biasalah bila masuk ke dalam gua suasanya agak gelap dan lembap disebabkan titisan air dari bumbung gua. Berbanding Wind Cave, gua ini lebih banyak ditembusi cahaya. Untuk melihat pemandangan yang lebih hebat, kita kena panjat tangga kayu yang agak curam tetapi tidaklah sampai empat tingkat. Sikit je tapi berhati-hati kerana tangga ni basah. Jika anda mengalami claustrophobic harap dapat bersabar sekejap kerana sesuatu yang hebat menghampar di hadapan. Sungguh!

Bila sampai di atas masyaAllah cantiknya.... besar betul gua tu dengan batu kapur beraneka bentuk dan moss yang menghijau segar dalam suhu lembap. Banyak cahaya dapat masuk di dalam Fairy Cave ni dan disesetengah tempat terasa sejuk berangin. Untuk explore ikut sahaja foot path dan tangga yang disediakan.

Dah sedia...??

Naik tangga empat tingkat ini dulu.


Gambar ini tak cantik, tidak menggambarkan keadaan sebenar. You kena tengok sendiri.

Mulut Gua Pari-Pari (Fairy Cave).









Bagaimana untuk ke Fairy Cave?
Kebiasaannya para pelancong akan mengambil half-day tour package yang cover Wind Cave dan Fairy Cave yang akan mengambil masa kira-kira empat jam. Kosnya RM100 seorang. Disebabkan kami ramai dan nak singgah beberapa tempat dalam laluan yang sama kami sewa van dari Go Travel Holiday Sdn Bhd dan bergerak mengikut signboard. Jimat masa dan duit. Kalau nak sewa call En Malik 016-8889432. Maklumat lain tentang van di sini.

Di Kuching ada syarikat yang menyewakan kereta dan skuter juga.


Cara ke Fairy Cave dengan bas
For the cheapest mode of transport, naik bas ke pekan Bau di terminal bas Jalan Masjid di bandar Kuching. Kemudian tukar ke bas nombor 2 menuju Krokong. Beritahu pemandu bas yang kita ni nak ke Fairy Cave nanti dia akan turunkan di persimpangan ke Fairy Cave then you have to walk 1.5km. Sanggup? hahahha... sewa skuter je lah beb.


Waktu lawatan:
8.30 pagi hingga 4.30 petang

Bayaran masuk: RM1


***Untuk membaca kisah caving saya di Taman negara Mulu sila lihat di sini, sini dan sini.


Resepi Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan + Daun Puding

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan + Daun Puding | Tak berapa lama lagi kita semua akan menyambut hari raya Eidul Fitri. Bila hari raya makanan semua menjadi istimewa. Maklumlah ada yang jarang jarang sekali kita buat contohnya lemang, ketupat, ketupat palas dan sebagainya.


Bila kita makan lemang atau ketupat palas, paling sedap kita "judukan" dengan rendang ayam pedas  berapi kerana pulut itu berlemak. Makanan berlemak ni kalau kita lawan dengan lauk pedas berapi memang tak ingat dunia dah hahah... serius beb. Kalau tak percaya cuba makan ayam/daging masak kurma + sambal belacan + ikan masin goreng dengan potongan cili dan bawang besar. Perghhh...

Okaylah kita nak bagi resepi. Ai guna ayam daging jer sebab itu yang mudah didapati. Kalau nak guna ayam kampung kena pergi ke pasar yang jauh. Tak kuasa ai setakat nak beli ayam seekor je pun.


Daun puding. Buangkan urat tengahnya tu.

Rendang Ayam Negeri Sembilan + Daun Puding
Seekor ayam daging
Santan daripada dua biji kelapa
Cili kering (optional, untuk membuatkan kuah menjadi merah)
Setangkai daun puding - basuh, lap, buangkan urat tengah.
1 sb kerisik
2 asam keping
Tiga batang serai -titik
Garam

Bahan kisar:
Dua genggam cili padi
10 ulas bawang merah
5 biji bawang putih
Seinci kunyit hidup/kunyit serbuk
Seinci lengkuas
*Resepi mak tak guna bawang*


Cara memasak:
1. Setelah ayam dibersihkan, toskan, gaul dengan kunyit supaya warna kuningnya melekat barulah nampak berseri.

2. Kecutkan ayam di dalam kuali. Bila banyak air ayam keluar, buangkan air tersebut.

3. Gaulkan bahan kisar kepada ayam, masukkan santan, asam keping, serai dan garam. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala supaya bawahnya tidak hangus. Raya hari tu blend dua genggam cili pun tak berapa pedas sebab banyak yang hijau daripada cili merah.

4. Bila kuahnya memekat, masukkan kerisik kemudian daun puding.

5. Biarkan rendang mereneh dengan api sederhana sehingga minyaknya berbuih.

6. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan lemang/ketupat/nasi atau dijadikan toppings pizza.


Tips memasak rendang ayam:
1. Jika menggunakan ayam pencen, gunakan santan cair dahulu. Bila ayam empuk baru masukkan santan pekat.

2. Cara menyukat santan, seekor ayam bersamaan dua biji kelapa.

Tips mengeluarkan lemang:
Ai takde nak bersusah payah cari parang nak belah buluh lemang. Kekadang buluh tu pulak bapak tebal dah umur atuk atuk agaknya hehehh...

Senang je nak keluarkan lemang...hentak hentakkan buluh tu untuk melonggarkannya lepas tu terbalikkan hentak lagi sampai lemang tu keluar. Senang kan? See my level ! 😁😁😁











Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Lempeng Ikan

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Lempeng Ikan | Hello.... hari ni marathon bagi resepi. Ai bagi resepi masakan orang Negeri Sembilan lah ya.. mana tahu nak cuba kan? Resepi ai ni memang guna cili api/padi sesajo...


Kali ini kita buat lempeng ikan menggunakan ikan sungai. Aku tak tahulah di tempat lain panggil apa. Why ikan sungai/darat? Mungkin semasa resepi ini invented ikan sungai tengah banyak atau memang paling sedap bila ikan sungai dijadikan bahan utama. Jom!


Resepi Lempeng Ikan
3 ekor ikan tilapia/lampam/baung/ dan yang sewaktu dengannya
Seinci kunyit hidup/kunyit serbuk
Segenggam cili padi
Santan pekat daripada sebiji kelapa (biar ikan tenggelam sikit)
Dua helai daun kunyit
Sekeping asam keping
2 biji limau kasturi
Daun pisang
Garam

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi sehingga hancur.

2. Lumurkan kunyit pada ikan. Tujuannya supaya warna kuning tu melekat, takdelah pucat lesi ikan tu nanti 😁.

3. Buat dua lapisan daun pisang di dalam kuali. Letakkan ikan, santan, cili padi, daun kunyit lalu dimasak. Bila mendidih masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Jika ikan tidak tenggelam, terbalikkan ikan tersebut bila sebelah yang satu lagi sudah masak. Jika santan banyak biasanya saya simbahkan santan yang mendidih ke atasnya saja.

4. Bila ikan sudah masak dan kuahnya menjadi pekat, padamkan api dan perahkan jus limau kasturi ke atasnya. Siap! Bau daun pisang dan kunyit tu hohoiii...terbuka selera!

Jemput makan...

Sumber facebook.

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Hari cuti ini marilah kita mak mak merajinkan diri memasak lebih sikit untuk keluarga tercinta. Cuba masak yang berlainan daripada biasa. Kita pelbagaikan, manalah tahu anak-anak suka. Ai pun tak sangka anak bongsu yang berumur lima tahun suka gulai ayam campur rebung. Terkejut mak!

Ramadhan kali ini heboh dengan kuih Kerbau Guling atau ore Klate panggil "kuba guling". Setelah aku baca resepinya, sama je seperti kuih kaswi, bezanya kuih viral tu menggunakan arang darpada tempurung kelapa sebagai salah satu bahannya. Ada orang kata arang boleh menyebabkan kanser, ada satu info lain menyenaraikan kebaikan arang. Mana satu yang betul eh? Sejujurnya aku tak sangguplah beratur sejam untuk makan arang. Terbaca komen seorang seorang wanita veteran berkata, dedulu susah dapat gula merah sebab tu guna arang. Yang korang sekarang ni kenapa pula nak guna arang? Make sense juga.

Okaylah, sila cari bahan di pasar tani kejap lagi.


Gulai/ Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai
4 ekor ikan sembilang yang telah disalai
Santan daripada sebiji kelapa
Segenggam cili padi
Seinci kunyit hidup/serbuk
Gaun gelugur (diracik)/buah copu/kulit rambai/bacang (cincangkan)/belimbing buluh
2 keping asam keping
Garam

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi (orang Nismilan panggil cili api) dan kunyit hidup sehingga hancur. Segenggam tu kalau semua hijau tak pedas mana pun.

2. Campurkan cili tumbuk tadi dan santan kelapa dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sambil dikacau. Pastikan tak pecah minyak ya, nanti kuahnya tak sedap.

3. Bila santan dah masak masukkan ikan sembilang salai. Biarkan sekejap kemudian masukkan salah satu daripada bahan penyedap rasa iaitu daun gelugur/buah copu/kulit rambai/bacang/belimbing buluh. Jika tiada masukkan dua keping asam keping.

4. Garam secukup rasa. Siap! Ya Allah sedapnya makan dengan nasi panas!

Image result for ikan sembilang masak lemak cili api
Saya tiada gambar sendiri jadi guna gambar www.kakinakl.com


6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri

6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri | Assalamualaikum. 17 Jun 2018 dijangka jatuhnya 1 Syawal 1439H, hari kemenangan melawan nafsu bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang membahagiakan bagi kebanyakan orang.


Hari raya ialah hari untuk berkumpul dan bermaaf-maafan diatas silap dan salah. Seronoknya jika kita masih boleh berkumpul sekeluarga seperti dalam iklan Tenaga Nasional Berhad yang terbaru ni, meriah beb! Sebenarnya di hari raya kita boleh menziarahi keluarga dan saudara juga teman-teman tanpa perlu undangan berbeza dengan menghadiri kenduri, dimana tanpa jemputan adalah haram untuk kita makan di majlis kenduri orang.

Namun ada umat Islam yang bermusafir ketika ini diatas pelbagai sebab. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang sudah biasa begitu, sengaja mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang. Budaya ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua kerana bagi mereka paling penting ialah "makan besar" pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Bagi aku pula, selagi ada mak dan abah insyaAllah kami akan tetap pulang ke kampung. Belum pernah lagi kami berhari raya di rumah sendiri apatah lagi bercuti ke luar negara di Eidul Fitri. Raya itu bahagia.

Ada seseorang yang PM bertanyakan tentang masjid di Shanghai kerana dia akan beraya di sana minggu depan. Jadi aku senaraikan ENAM masjid untuk dipilih bagi menunaikan solat sunat hari raya nanti.

Terdapat tujuh buah masjid utama di Shanghai. Ada masjid yang telah direnovasi beberapa kali, ada yang dipindahkan akibat pembesaran bandar dan ada juga yang digabungkan. Masjid tertua ialah Masjid Songjiang yang berusia 600 tahun!

Sumber di sini.

Masjid-masjid di Shanghai
1. Xiaotaoyuan Mosque (上海小桃园清真寺)
Masjid ini mula dibina pada tahun 1917 dan merupakan masjid yang terbesar di Shanghai. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hui Mosque of Western ShanghaiIa masjid yang aktif serta banyak memberi manfaat dalam pengembangan agama Islam kepada penduduk muslim di sana sejak 100 tahun lalu.

Masjid Xiaotaoyuan mampu menerima sehingga 500 jemaah dalam satu satu masa. Di tingkat dua dan tiga disediakan perpustakaan serta ruang membaca yang menyimpan Al Quran daripada pelbagai versi.

Di bahagian mendatar di bumbung masjid disediakan Moon Watching Pavilion. Sejak beroperasi ia juga berfungsi sebagai Muslim National Primary School, Chongben Primary School and Orphans Cultivating School and others.

Alamat:
Xiaotaoyuan Mosque, 52 Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai

Cara ke Xiaotaoyuan Mosque:
Naik subway Line 8 or Line 10 (sila study Metro map di atas) dan turun di Laoximen. Keluar di Exit 7 dan jalan ke timur sepanjang East Fuxing Road sehingga ke hujung jalan.

Related image
Sumber di sini.

2. Huxi Mosque (上海沪西清真寺)
Nama lamanya ialah Yaoshuinong Mosque. Masjid Huxi ialah masjid yang pertama dibina semula setelah wujudnya People's Republic of China. Reka bentuknya menunjukkan gaya Arab/Islamic yang kuat. Ruang solatnya di dua tingkat. Terdapat air pancut di hadapan dan belakang masjid yang menjadikan suasananya tenang dan 'sejuk'. Di Masjid Huxi juga ada restoran, kedai buku islamik dan kelas mempertahankan diri. Bagus kan?

Alamat: 
3 Lane, 1328 Changde Road, Putuo District, Shanghai (上海市普陀区常德路1328弄3).

Cara ke Huxi Mosque:
Naik metro dan turun di Changshoulu Station (长寿路).

3. Pudong Mosque (上海浦东清真寺)
Masjid ini mula dibina pada 1935. Kini keluasannya 1,650 mps dan mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa. Masjid berwarna cerah ini dilengkapkan dengan kubah hijau di atasnya. Bangunan utama dibina tiga tingkat dengan menara setinggi 40 meter dan tiga kubah lain yang lebih rendah. Di dalamnya ada kedai menjual buku dan restoran halal.

Masjid inilah yang aku tak jumpa tu. Cara menulis salah maka aku pun turun salah stesen. Disebabkan itulah aku menulis macam budak nak sit for SPM so that tak menyusahkan orang sampai sesat barat.
Image result for Pudong Mosque

Alamat: 
Pudong Mosque, 375 Yuansheng Road, Pudong District, Shanghai (上海市浦东新区源深路375号)

Cara ke Pudong Mosque:
Naik metro Line 6 dan turun di Yuan Shen Stadium Station. Jalan arah utara. Atau, naik bas 975.

4. Fuyou Road Mosque (上海市福佑路清真寺)
Nama lamanya ialah Chuanxin Street Mosque. Masjid ini merupakan yang kedua dibina di Shanghai. Ruang solatnya menggunakan kemahiran pertukangan kayu China. Diwujudkan sewaktu Qing Dynasty (1644-1911) dan dahulunya menjadi tempat pertemuan orang-orang Islam membincangkan perihal politik, agama dan kebudayaan.

Sewaktu pertikaian agama pada tahun 1932, di masjid inilah semua arahan dikeluarkan untuk mempertahankan maruah agama islam.

Sumber di sini.

Alamat:
Fuyou Road Mosque, 378 Fuyou Road, Huangpu District, Shanghai (上海市福佑路378号). 

Cara ke Shanghai Fuyou Road Mosque:
Naik Metro Line 10 dan turun di Yuyuan Garden Station. 


5. Jingxing Road Mosque
Asalnya ia hanyalah sebuah bilik yang disewa utuk dijadikan tempat beribadah. Dibina pada 1947 dengan keluasan binaan hanyalah 132 mps sahaja.

Pada tahun 1948 muslimin dari Jiansu, Anhui dan beberapa tempat lain mencari dana untuk membeli rumah tersebut untuk dijadikan masjid. Pada 1959 ia digabungkan dengan Fenzhou Road Mosque. 

Alamat:
Jingxing Road Mosque, No.117, Lane 302, Jingxing Road, Yangpu District

Cara untuk ke Jingxing Road Mosque
1. Naik metro Line 10 dan turun di Jiangwan Gymnasium kemudian jalan kaki 15-minit.
2. Naik bas no.910 dan turun di Shiguang Road. 


6. Songjiang Mosque (松江清真寺)
Ini masjid yang paling jauh dari bandar besar Shanghai. Nama asal masjid ini ialah Zhenjiao Mosque @ Real Religion Mosque. Lokasinya ialah diantara Zuibaichi Garden dan Xilin Tower/pagoda/buddhist temple.

Bangunan pertamanya dibina di penghujung Dinasti Yuan di pertengahan kurun ke-4 (1271-1368) menjadikannya masjid tertua di Shanghai. Reka bentuknya adalah gabungan China dan Arab. Masjid ini ada sebuah taman yang cantik dan muzium kecil. Bangke Gate Tower or the Minaret Tower dibina dengan ciri-ciri kesenian Arab. Di belakang masjid ini ada kuburan dimana yang sangat lama bertulisan Cina manakala yang terkemudian ada tulisan Arab. Orang-orang Arab dahulu kala dengan teknologi yang terhad dan sistem pengangkutan yang tidak sesempurna sekarang pun mampu berniaga dan mengembangkan agama Islam hingga ke seluruh dunia. Hebatnya mereka.

Songjiang sebenarnya sebuah bandar yang terpisah dari Shanghai sejak sekian lama. jauhnya 41km daripada pusat bandar Shanghai.

Songjiang Mosque, Shanghai, China
Sumber di sini.

Sumber di sini.

Cara ke Songjiang Mosque:
1. Perjalanan menaiki teksi dari bandar Shanghai akan mengambil masa hampir satu jam. Tik tok tik tok...meter berjalan! Tambangnya RMB150.

2. Naik Songjiang Bus Line 5 atau 8 dan turun di Huating Old Street. Kalau guna google maps bila agak agak dah nak sampai tekanlah loceng. Di China selalunya signage jalan di bandar ada tulisan English.

3. Naik Metro/subway. Sila naik Line 9 dan turun di Zubaichi Park. Boleh berjalan kaki mengarah ke utara atau naik bas Songjiang no. 2 dan turun di Huating Old Street. 

4. Naik train. Naik Huhang Line dan turun di Songjiang Station, di sebelah Zubaichi Park. Jalan kaki 800m.

Aku mencuba sedaya upaya untuk menjadikan lawatan ke masjid sesuatu yang wajib ketika di luar negara selain ke tempat yang touristy. Kita dapat melihat bagaimana jemaah di negara lain bersolat. Kita dapat melihat bagaimana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah malah boleh menjana ekonomi sendiri dengan pembukaan restoran dan kedai buku. Akan timbul satu perasaan seronok apabila kita dapat berjumpa saudara seagama di benua yang berlainan. Mereka menganut agama Islam yang minoriti di sana tetapi paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Tips melancong di China
1. Jika ingin mendapatkan makanan halal di negara bukan Islam, carilah masjid!

2. Ada sesetengah masjid di China tidak menyediakan selipar tandas. Jadi elok juga kalau kita boleh bawa sendiri untuk mengambil wuduk.

3. Bagi muslimah, bawalah sarung tangan dan stokin kerana telekung tidak disediakan.

Senarai Lengkap Pemain 2018 FIFA World Cup Russia (List of Players)

Senarai Lengkap Pemain 2018 FIFA World Cup Russia (List of Players) | 2018 FIFA World Cup Russia akan bermula TUJUH hari lagi !!


Bermula 14 Jun hingga 15 Julai nanti peminat bolasepak akan memberikan segala tumpuan kepada Rusia. Perlawanan yang melibatkan 32 pasukan ini memperlihatkan 20 pasukan yang akan bermain kembali selepas 2014 dengan Iceland dan Panama buat julung kalinya bertanding di FIFA World Cup.

Sepak mula diantara Rusia dan Saudi Arabia akan dijadualkan akan berlansung pada jam 6 petang waktu tempatan. Cristiano Ronaldo (Protugal), Lionel Messi (Argentina), Mohamed Salah (Egypt) dan Javier Hernandez (Mexico) adalah antara nama-nama besar yang akan memeriahkan lagi acara bolasepak yang ditunggu-tunggu ini. The final games will take place on 15 July at the Luzhniki Stadium in Moscow. 

Bayangkanlah berapa harga hotel, pengangkutan dan sebagainya di waktu tu nanti... sure shot melangit. Bagi kita yang tidak mampu untuk ke Rusia, jomlah kita sediakan kacang dan kuaci kerana sebahagian kejohanan bolasepak empat tahun sekali ini akan kembali ke RTM. Ya, dalam rumah kita!

Bilakah pula giliran team Malaysia? Janganlah terus memandang rendah. kita sedang berusaha.

Pelatih Akademi Mokhtar Dahari yang berada dibawah program National Football Development Programme #nfdp yang kita groom sejak empat tahun lalu telah mula membuahkan hasil. Even first team dulu pun sudah dihantar ke Spain untuk bertanding. AMD U14 telah menjadi juara di Vogido Tournament, Enschede, Belanda menewaskan KRC Genk! Mereka menjadi FIRST ASIAN CHAMPION! Ada diantara pemain-pemain yang bermain di kejohanan di Jerman dan Belanda ini menjadi buruan banyak akademi terkemuka yang berpangkalan di Eropah untuk bermain bersama. 

Hujung bulan lepas pula team AMD U15 menjadi JUARA di International Youth Football Tournament di Maastricht, Holland. You're are all GREAT, boys! Semoga terus berusaha keras untuk mengorak langkah ke World Cup. Malaysia Boleh!

Kalau aku jadi player Rusia sure stress.

Berikut ialah senarai pemain dunia yang akan beraksi dalam 2018 FIFA World Cup Russia. Untuk maklumat terkini dan lebih lanjut sila ke webpage rasmi FIFA 2018.

















Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free