Kadar bayaran zakat fitrah 2018 mengikut negeri



Kadar bayaran zakat fitrah 2018 mengikut negeri. | Assalamualaikum. Hari ini hari kelima umat Islam berpuasa. Seperti biasa di bulan Ramadhan bukan sahaja wajib berpuasa bila cukup syaratnya malah wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi setiap umat Islam yang memenuhi syarat yang ditetapkan Allah.


Dari segi syarak zakat bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Manakala dari segi bahasa suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat. (Pusat Zakat Selangor)

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Terdapat TUJUH jenis zakat yang wajib dibayar tetapi hanya zakat fitrah wajib dibayar sepanjang Ramadhan atau selewat-lewatnya sebelum solat sunat Idul Fitri.


Hukum Zakat
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.


Kadar bayaran zakat fitrah 2018 mengikut negeri.


Bagi Negeri Sembilan kadarnya ialah RM6.50 sekepala. Jangan cakap mahal pula ya, yak sampai 18 sen pun sehari berbanding nikmat yang Allah beri selama ini.

Kenapa perlu membayar zakat?

Kerana Allah perintahkan begitu (kalau malas nak jawab panjang lebar).

Post a Comment

0 Comments