Jelajah Negeri Sembilan | Bila ai pun baru tahu banyak tempat menarik di Seremban-Jelebu-Serting

Jelajah Negeri Sembilan | Bila ai pun baru tahu banyak tempat menarik di Seremban-Jelebu-Serting | Negeri Sembilan ialah negeri di Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Selangor di utara, Pahang di timur dan Melaka serta Johor di Selatan. Negerinya tidak terlalu besar tetapi mendapat limpahan ekonomi dari sektor pembuatan dan pelancongan dibawah pentadbiran cemerlang Menteri Besar,  Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.


Negeri Adat Perpatih ini termasuk dalam greater Klang Valley. Segalanya ada di sini...termasuk Kuala Lumpur International Airport (KLIA dan KLIA2) yang secara fizikalnya berada di Selangor tetapi amat dekat dengan Negeri Sembilan. Menteri Besar juga secara terbuka menggalakkan orang yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membeli kediaman di Seremban kerana lokasi yang tidak jauh, sistem pengangkutan awam yang boleh diharap dan kehidupan yang lebih relaks di sini. Akibatnya, harga rumah dua tingkat di Seremban 2 mencanak naik kepada RM600 ribu sebuah (lot bumiputera). Matilanakkk... camno la anak-anak den nak boli rumah ni lagi 10 tahun?


Sistem pemerintahan dan pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa, Undang Luak di Negeri Sembilan turut menandatangai watikah pengisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 dahulu. Jika negeri-negeri lain mewakilkan seorang sultan, Negeri Sembilan menghantar Yang di-Pertuan Besar (Yamtuan) dan empat Undang Luak menurunkan tanda tangan. Kedudukan Undang Luak yang empat juga dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Lebih menarik lagi untuk dilantik sebagai Undang, keturunan raja bukanlah kemestian. Abah den pun boleh jadi Undang sekiranya layak dan disokong oleh "lembaga". 

Sistem pemerintahan dan pentadbiran Negeri Sembilan. Sumber di sini.

Banyak juga yang aku pelajari selama tiga jam mendengar penerangan En Hanafi yang pakar dalam sistem Adat Perpatih. Rasa bertambah cerdik pulak hahaha.... Yang sebenarnya makin banyak ilmu kita pelajari rasa semakin kecil diri kita ni. Betapa luasnya ilmu itu. Jika berhajat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Adat Perpatih eloklah panggil Encik Hanafi memberi ceramah di tempat anda. Beliau bukan bagi ceramah sekadar dengar-cakap (hearsay) secara turun-temurun tetapi thesis degree and master beliau memang dalam bidang berkaitan. Call beliau di nombor ini 013-2818981.

"Biar mati anak jangan mati adat?" hmm...jangan ambil ayat sekerat sekerat. Sila belajar lagi. Orang Minangkabau asalnya masyarakat yang patuh kepada agama Islam sehingga melahirkan ramai alim ulama dan umarak seperti Buya Hamka tetapi menjadikan ibu sebagai nasab dari segi adat. Mungkin disebabkan anak lelaki mereka yang digalakkan merantau maka ibu/isteri diwariskan harta supaya hidup tidak terkapai-kapai bila suami tidak pulang pulang. Harta keturunan je yang diberi kepada perempuan, harta sepencarian macam biasalah ikut faraid.


Ada apa di ibu negeri Negeri Sembilan, Seremban?
Seremban ni ibarat usherette, hang datang kami sambut. 

Berdekatan plaza tol Seremban tu (keluar tol terus ke kiri) terletaknya Muzium Negeri. Di sebelahnya ada contoh rumah dan istana lama Negeri Sembilan. Cantik untuk bergambar.

Bergambar di hadapan rumah Negeri Sembilan.

Di hadapannya ada @ChocsValley, pengeluar coklat premium. Sesiapa yang biasa makan coklat Godiva dan Patchi tahulah perbezaannya dengan kebanyakan coklat yang dijual di pasaraya. Sesuai sangat untuk dijadikan cenderahati atau hantaran. Kembang hidung mak mertua kau dik 😋😃. Mereka juga ada outlet di KLIA2.

Mereka juga membuka kelas mengajar membuat coklat kepada kanak-kanak dan dewasa dengan sedikit bayaran.



Selain itu Galeri Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) turut berada di sana. Setiap Sabtu bermula jam 10 pagi diadakan Bengkel Muzik Tradisional Caklempong dan Program Belajar Teater selama dua jam secara PERCUMA. Jika teringin bergambar dengan kostum tradisional Melayu silakan berbuat demikian bermula jam 12 sehingga 1 petang setiap Selasa dan Sabtu. Bayarannya hanya RM10 bagi setiap pasang baju. Dah tak payah pergi ke Istana Maimun di Medan atau Bukit Tinggi, kek Seghomban pun ado. #dekatje

Persembahan tarian tradisi Melayu sempena pelancaran Colours of Negeri Sembilan di Galeri Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Seremban.

Apa lagi yang menarik di Seremban?

To those yang berminat dengan sejarah, do come and visit the city.

Seremban dibangunkan ketika penemuan bijih timah di tahun 1870-an. Seremban juga pernah dijajah Inggeris. Buktinya, bangunan lama seperti bekas balai polis seperti dalam gambar di bawah.

Related image
Bangunan perniagaan Ban Joo Lee Sdn Bhd yang pernah menjadi balai polis Seremban. Sumber di sini. Kawasan ni kami panggil Singapore Street.

Terdapat beberapa bangunan lama di Jalan Dato’ Bandar Tunggal yang dulu dikenali sebagai Birch Road diantaranya Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dulunya pernah digunakan sebagai Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 1920 dan Pejabat Pos Seremban Utara yang masih beroperasi di tapak asal. Masjid Jamek Seremban juga dikatakan antara masjid tertua di Malaysia dibina sekitar 1900. Stesen keretapi juga yang lama cuma dinaik taraf untuk keselesaan penumpang.

Kami juga ada White House 😁, bekas perpustaakaan negeri di lake garden. Kini ia dibiarkan kosong -tak tahulah kenapa- tetapi menjadi lokasi wedding photoshoot. Kekadang sampai 10 pasangan nak bergambar di situ serentak. Di hadapannya ada tugu pringatan perang dan di seberangnya ada istana hinggap. Tidak jauh dari situ ada Galeri Tuanku Jaafar. Aku dah pernah blogkan tentang GTJ ni dulu. Aku baru tahu ada sebatang pokok getah tertua di Negeri Sembilan di tepi jalan berhampiran GTJ. So far this is the oldest, yang bebetul tua dah arwah demi pembangunan. Biasalah kan...

Di Seremban juga ada street Art di belakang HSBC bank dan stesen bas Terminal One. But I think its not as interesting as in Georgetown dan Balik Pulau. Kedudukannya agak menyukarkan untuk bergambar kecuali yang di stesen bas tu, hasil 'contengan' Ujang- the famous cartoonist.


Tempat makan makan di Seremban?
Di Rahang ada dua kedai yang sedap masakannya iaitu Restoran Nelayan dan Wadi Raudah. Cubalah makan masak lemak cili api ikan sembilang salai. Perghhh...berair hidung. Gulai rusa pun ada. Di Oakland Commercial Park Seremban 2, try makan di Restoran Tradisi Sayang di belakang Hospital Columbia Asia. Makanannya secukup rasa! (Nota: ketia-tiga restoran ini tutup hari Ahad).

Jika merancang ke Kuala Pilah boleh cuba makan di kedai makan yang telah disenaraikan ni.


Dari Seremban ke Jelebu. Apa menariknya Jelebu?
Jelebu ni kan very laid back tetapi terkenal dengan durian. Jalan Seremban-Jelebu tu pukul 9 pagi pun berkabus lagi. Tak banyak aktiviti perekonomian di sini tapi lebih kepada eko-pelancongan. Jika anda sukakan sungai, jeram, memanjat gunung, white water rafting, motor cross... di sinilah tempatnya. Kurang popular kan? Hanya peminatnya sahaja yang tahu tapi akak dah bagi tau ni jadi marilah beramai-ramai ke Jelebu.

Aku berpeluang camping di Taman Negeri Kenaboi yang dulunya dikenali sebagai Taman Alam Liar. Taman Negeri ini dibawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Ya Allah memang best camping, trekking dan tubing di sini sampai hilanglah handphone aku 😭😭😭 sedih sungguh la... Kawasan perkhemahan luas, ada dewan terbuka, ada dorm, surau, tandas yang disediakan juga bersih. Sesuai sangat untuk dibuat program team building. Nak buat family gathering pun okay. Aku memang sukalah tempat begini... nyaman dan tenang.


Tapak perkhemahan yang luas.

Revisited. Misi mencari handphone yang hilang 😭😭 sambil berkelah.

Set B. Set A membawa haluan masing-masing, tak nak dah ikut mak ayah.

Paling best kalau dapat pergi ke Jeram Berungut. Kita akan dibawa trekking di hutan selama 10 minit kemudian menyambung di sungai selama 30 minit lagi. Seeloknya aktiviti dimulakan dalam pukul 9 pagi atau selepas Zohor. Jika lewat seperti kami hari tu dah tak boleh sampai ke air terjun sebab dan mula gelap. Aku tak pernah menonton Lord of the Rings tetapi menurut kengkawan tempat tu memang seperti lokasi filem popular tu. Dengan batu condong yang hampir bertemu di atas...cantik sangat. Sayangnya gambar dan footage yang aku shoot telah lenyap bersama handphone ke dalam sungai. Frust sangat! Tapi aku masih berharap kepulangan handphone dalam keadaan yang baik. Segala notes soal jawab aku ada dalam tu. Sedih oihh...Harap harap Huawei boleh sponsor handphone baru 😘

Aktiviti di Taman Negeri Kenaboi perlukan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Mereka akan sediakan guide untuk membawa kita ke Jeram Berungut. Sumpah best mandi-manda, 'menghanyutkan diri' mengikut arus dan tubing di sana.

Dari Seremban ke Taman Negeri Kenaboi dalam 80km dan kereta boleh masuk sampai ke situ. Bas besar hanya boleh dipandu sehingga ke pejabat lama Felcra kemudian kita akan diangkut dengan van atau kenderaan 4x4 yang disediakan Jabatan Perhutanan. Selain taman ini, ramai juga yang ke Lata Kijang untuk mandi-manda dan kaki hiking akan ke Gunung Besar Hantu dan Gunung Kecil Hantu. Jangan kau tanya kenapa namanya begitu.

Sila hubungi pegawai berkaitan untuk memohon permit masuk ke Taman Negeri Kenaboi: (koordinat: 3.176783, 101.985441)

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara
71600 Kuala Klawang
Jelebu
Negeri Sembilan
Tel: 06 6136500
Faks: 06 6136500

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Tingkat 4, Blok B
Wisma Negeri
Jalan Dato' Abdul Malek
70503 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06 7659875
Faks: 7623711


Dah taun dua ribu lapan boleh ni takkan nak anta snail mail lagi kan, stem pun dah maha...try lah emel kepada Penolong Pengarah Seksyen Hutan Lipur Puan Juliana di juliana.yahaya@ns.gov.my atau Puan Hidayah di hidayah.razif@ns.gov.my


Dari Jelebu ke farm in the park, Ladang Boden
Kambing spesis Boer + eden (aku)= BoDen.
Boer also means "farm" in Dutch so BoDen  equal to MyFarm!

Sesungguhnya ladang seluas 100 ekar ini sangat educational. Rasanya dokumentari mengenainya pernah disiarkan Majalah3 beberapa tahun lepas.

Ladang ini dibuka oleh pasangan Datuk Zainal Abdul Ghani dan Datin Fatimah Abdullah di Serting Ilir. Masuk ikut signboard Masjid Tuanku Puan Chik. Dari Jelebu kami melalui Simpang Pertang untuk ke Sering Ilir/Hilir. Jalan ini lebih dekat daripada berpatah balik ke Seremban kemudian ke Kuala Pilah-Batu Kikir. 

Cita-cita mereka mahu menjadikan pertanian/perladangan secara natural. Selain kambing sebanyak 800 ekor, di ladang ini juga ada tea garden, kolam ikan, stingless bee (kelulut), galeri informasi, plot sayuran dan kiosk jualan. Ladang teh tu bukanlah seperti di Cameron Highland tetapi jenis-jenis herba yang kaya anti-oksidan dan tanpa kafein seperti bunga telang (butterfly pea), roselle dan mulberi. Bunga telang tu yang biasa digunakan dalam penyediaan nasi kerabu.

What suprised me was, kandang kambing di Ladang Boden sangat bersih. Tiada seekor lalat pun berterbangan. Najis kambing digunakan sebagai baja tanaman. Jadi apa yang ada di ladang ini berpusing-pusing di situ juga, no wastage at all. Dan di sinilah baru ku tahu bahawasanya mata hitam kambing berbentuk segi empat dan kambing betina juga berjanggut. Selama ni aku bagi ajaran sesatlah kat anak-anak...😁 Kita juga akan diberi peluang untuk menyusukan anak kambing. Comelnya lahaiii...

Tempat kanak-kanak bermain. I wish I have this kind of farm too.


Segar dari ladang. Beli yang kecil sebagai souvenir.

They also plan to plant segala pokok lama yang biasa kita dengar dijadikan nama jalan atau tempat seperti pokok ipoh, tampoi, mahang, jelutong (terus teringat the late Karpal Singh) dan lain-lain. Mereka juga menyediakan tempat untuk sebarang acara dan kem bina diri dengan kapasiti 100 orang. Bayangkan kalau uols buat garden wedding or birthday party kat sini, very close and intimate. Ladang ni 100 ekar, takkan ada bau kambing tu semua... janganlah risau. I know what you're thinking.

Mereka sangat berbesar hati untuk menerima pelajar sekolah membuat lawatan di ladang ini. Murah je uols...kanak-kanak berumur 10-12 tahun kena bayar RM30 sahaja termasuk light meal. Mak pak yang sibuk nak ikut pun dapat harga kanak-kanak. Mak pak tu kawal sikit tangan, jangan nak petik itu ini. No walk-in okeh, kena book in advance kat sini. Dua jam di sini, kalau tak mahu berjalan kaki boleh sewa basikal.

BoDen Edufarm
Lot 167, Lorong BoDen
Off Jalan Menteri Besar
72100 Serting Ilir, Jempol
Negeri Sembilan.
GPS: 2.8256735,102.3613306

Phone: +603-8948 2171
Fax: +603-8941 9877
Mobile: +6012-207 5773
Email: inquiries@bodenedufarm.com

Selain Ladang BoDen, Batu Kikir juga ada teratak Zaaba dan inap desa terkenal, Homestay Lonek. Kalau datang time padi menguning lawa beb!

Marilah pulang ke Seremban!


Hiking di Gunung Angsi
Saja nak bagi tau, ai berjaya mendaki Gunung Angsi Sabtu lepas 🙌.... 10 minit je dari rumah but after 20 years living in Seremban baru berjaya naik. 

I took 2 hours and 15 minutes to reach the summit and two hours back to base. 825 meters not an easy task for a lazy bump like me. Latihan pun sekadar squat dan jumping jack dalam rumah. Aku hike berdua dengan anak lelaki yang darjah empat. Dia menonong je naik. Ko nak bersaing dengan budak bola memang taklah, dia training bola seminggu tiga kali, tiga kali lagi swimming...memang tak terlawan stamina. Nampaklah ciri-ciri penyayang dia tu sabar je tunggu mak dia yang lembs ni haa hehee..


Minggu ni 5 Mei akan berlansung Malaysian Super League di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi diantara Negeri Sembilan dan JDT. May I suggest, uols bermalamlah di Seremban then the next day try to panjat Gunung Angsi dan diakhiri mandi-manda di Ulu Bendul. Jauhnya hanya 10 minit drive dari Stadium TAR Paroi. Park fee only RM5 per person. Dalam perjalanan pulang ke pangkal jalan tu nanti boleh minum Kopi Mansur atau makan mi udang di Pakar Paroi. Dedekat je dedua kedai tu, berhampiran Petronas.


Still thinking Negeri Sembilan takde apa apa? Think again. We don't need a lot of highrise building yang kesudahannya vacant. Fokus pelancongan negeri Sabah dan Sarawak sangat baik untuk dicontohi.

I'll post more pictures of Taman Negeri Kenaboi, Gunung Angsi and BoDen Edufarm later insyaAllah.

By the way, if you perlukan tour guide untuk melancong dalam semenanjung Malaysia, boleh bertanya di facebook Waris Guides


















Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free