Negeri Sembilan | Koleksi peribadi Yang Dipertuan Besar di Galeri Di-Raja Tuanku Ja'afar



Negeri Sembilan | Koleksi peribadi Yang Dipertuan Besar di Galeri Di-Raja Tuanku Ja'afar | Sebagai rakyat jelata yang sederhana kadangkala teringin juga kita melihat kehidupan sebenar keluarga diraja. Bagaimana kehidupan seharian mereka, bahasa pertuturan mereka di istana, apa yang mereka santap hari hari (kepohchi betul hehe..) dan sebagainya. 



Almarhum YAM Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada hari Rabu, 19 Julai 1922 di Klang Selangor. Baginda merupakan putera kepada DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Antah dengan Che Engku Maimunah binti Abdullah (Dulcibella Campbell). 


Image result for yamtuan tuanku jaafar
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman

Image result for yamtuan tuanku jaafar dan isteri
Yang dalam wallet kita tu gambar ayahanda baginda, almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman yang menjadi Yang Dipertuan Agong pertama Malaya.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti sebelum menyambung pendidikan menengah di sekolah berasrama penuh lelaki di Perak iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dedulu kebanyakan anak raja dan orang bergelar belajar di MCKK yang digelar Eton College of Malaysia. Anak raja sekarang gi private school. Semasa berumur 18 tahun baginda menyambung pelajaran di Raffles College, Singapura, sehinggalah Tanah Melayu diserang Jepun. Atas faktor keselamatan baginda pulang ke tanaha dan bekerja di jabatan-jabatan kerajaan bermula di Seremban, Rembau dan Kuala Lumpur. Dengan pengalaman kerja yang banyak, pemerhatian ketika perang dan darurat baginda membuat keputusan menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di United Kingdom. Tugas terakhir sebelum dilantik menaungi Negeri Sembilan ialah sebagai diplomat.

Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Yamtuan) yang Kesepuluh setelah kemangkatan kekanda tirinya Tuanku Munawir pada tahun 1967. Kalau ikut giliran sebenar YAM Tunku Besar Seri Menanti  Tunku Muhriz punya turn time tu tetapi Tunku Muhriz masih muda, baru berumur 19 tahun jadi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yamtuan berdasarkan umur dan pengalaman kerjayanya. Kerja lantik melantik ni pula atas kesepakatan Undang  Kalau Undang tak approve mako tak dapeklah... power Undang kat Negeri Sembilan ni.

Tuanku Ja'afar juga telah dilantik sebagai DYMM Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong Kesepuluh bermula 26 April 1994 sehingga 25 April 1999.


Nostalgia Keluarga Diraja
Buat julung kalinya koleksi peribadi dan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dipamerkan dan diabadikan buat rakyat dan pelancong di sini.

Ada gambar keluarga baginda tapi tak sebanyak yang kita jumpa di internet 😜, peralatan sukan yang digemarinya seperti golf dan kriket, peralatan diraja dan salasilah keluarga. Baginda rapat dengan kekanda tirinya sebab hampir sebaya. Baguslah ayahandanya.. mak sama mak tak ngam takpe. Macam mustahil pulak madu nak ngam kan?

Menurut kata seorang caterer ni, Tuanku Ja'afar suka sambal daun kayu (sambal ulam tempoyak), mesti lengkap tujuh jenis daun tu. See... duduklah dalam salji pun, kalau dah dibesarkan cara Melayu jadi tekak Melayu juga.

Picture1
Sumber di sini.

Sebahagian bahan pameran.
Terputus pula sambungan. Ai is ngak ngerti nak menyambung gambar ni. Faham kot?

Rumah Minangkabau



Gambar putera yang empat bersama-sama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 pada tahun 1964. Dari kiri YAM Tunku Muda Serting  Tunku Ja'afar, YAM Tunku Besar Seri Menanti  Tunku Muhriz, DYMM Tuanku Munawir, YAM Tunku Laksamana Tunku Nasir dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah. Gambar koleksi GDTJ.


Boleh try test main golf juga hehe...

Aku share gambar di bawah di facebook, ada lah yang komen "tungau oi". Mana ada tungau kat bangunan tiga tingkat ni dik non. Trick je tu. Senibina Muzium Seri Menanti tu memang cantik. Kalau awak ke Kuala Pilah silalah melawat muzium yang dulunya Istana Seri Menanti ini. Sambil tu buat trip Jalan-Jalan Cari Makan di sepanjang jalan Seremban-Kuala Pilah tu. Lokasi kedai makan di sini.

Sementara tengah ada promosi tiket murah ni marilah beramai-ramai melawat Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban ni. Tak rugi pun. Lepas tu bawa anak main basikal di Laman Basikal MPS, dekat dekat situ je.

Sehingga 6 Februari 2017, tiket masuk ke Galeri Diraja Tuanku Jaafar CUMA RM10 sahaja. Osah berbaloi eh buat lawatan time ni.


Image result for yamtuan negeri sembilan
Yamtuan terkini, Tuanku Muhriz.

Nak tahu lebih banyak boleh klik di sini. Nak tanya macam-macam call mereka, jangan tanya ai.. ai tak dapat elaun.


Jalan Taman Bunga
Taman Tasek Seremban
70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel:  +60 6-761 9102

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam kenal, saya yervi blogger dari Padang tanah Minangkabau. If you plan to visit west sumatera, do not hesitate to contact me.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.