'Bengkek' di Phi Phi Island



'Bengkek' di Phi Phi Island | Nak sambung cerita Phuket yang tertangguh. Ok, selepas je check-in di Memory Hotel kami pun keluar survey pelbagai tour package dan dapat harga THB1200 per person untuk one day tour ke Phi Phi Island. Rasa macam dah dapat best price dah tu.

Sebenarnya jarak Ao Nang (Krabi) ke pulau itu lebih dekat berbanding Phuket sebab tu harga pakej lebih murah tapi masa pergi Krabi dulu ada pula plan lain so dapat ambil pakej ke James Bond Island je. 



Hanyut di Khai Island
Sekitar jam 9.15 pagi kami dijemput di hotel. Seperti biasalah lepas sorang...sorang naik. Ada satu famili tu dari Dubai, stay kat hotel yang jauh sikit jadi agak bermasalah untuk mendapatkan makanan halal padahal banyak je di sana. Nanti refer restoran halal kat sini.

Kami dikumpulkan di satu tempat di tepi pantai dan diberi taklimat. Sambil tu mereka rekemen untuk beli kasut getah supaya kaki tak terluka. Aku tak beli sebab mahal, 200 bath. Kasut Adidas kampung yang dibeli masa nak rafting di Sungai Kampar dulu pun dok terperuk dalam gobok kasut, takan nak beli lagi? Sekali tu je pakai.

Kami diberikan reben berwarna mengikut kumpulan sebelum menaiki speedboat untuk memulakan aktiviti. Frankly aku rasa tak best naik speed boat. Memanglah laju tapi tak dapat tengok apa apa. Terkepung dalam tu nak ambil gambar pun kena memanjat kerusi. Yang duduk tepi okaylah. Mujur aku tak uwek uwek kali ni. 

Tempat pertama yang kami tujui ialah Khai Island. Air laut kat sini sangat jernih masyaallah. Cantik sangat, macam air paip jernihnya. Tengoklah gambar ai tak tipu. Kami diberi masa 45 minit - 1  jam rasanya untuk mandi-manda. Serius cantik pulau ni boleh nampak ikan berenang. Pulau ni kecik je tetapi tetaplah ada gerai menjual pakaian/peralatan berenang dan snorkeling serta makanan dan minuman. Nak duduk saja kena bayar 100 baht seorang.




Nak dijadikan cerita (lihat gambar di bawah dulu) aku apungkan badan sambil muka ke air di sebelah kanan, yang arrow membawa ke laut tu. Asyik sungguh tengok ikan berenang. Di mata ni laut tu tak nampak dalam, masih boleh nampak kaki orang berdiri. Sekali tu aku angkat muka...MAKKKK !! dah jauh sampai ke hujung pulau kecil tu. Ya Allah tuhan je tahu nervous nya aku. Aku pun cuba berenang ke tepi tapi macam tak bergerak lansung. Life jacket tu pun memberatkan pergerakan juga agaknya. Ya Allah ya Allah ya Allah takutnya... pengunjung pun dah tak ramai, semua beransur ke bot. Aku lambaikan tangan pada dua orang perempuan yang berdiri di gigi air, yang seorang tu pandang pastu sambung berborak dengan kawan dia. Aku lambai lagi, sama juga. Kali ketiga aku angkat kedua tangan barulah yang memandang tadi tu bagi tau kawan dia tapi muka dia selamba je. Boleh bayangkan tak ketakutan aku masa tu?? Boleh dia buat tak tahu je bila kita minta tolong. Mestilah ada beza orang melambai cemas dengan orang yang melambai macam Miss World di atas pentas tu kan? haiyooo.... Mujur masa tu juga tour guide datang mencari aku.


TG tu menjerit suruh aku berenang ke sebalik pulau yang aku tandakan mengarah ke pantai. Dalam cemas dan takut tu aku tak berani lepaskan tangan dari batu. Mesti nak berpaut juga sebab air di situ dalam. Aku dahlah boleh berenang so-so je... selalunya sekadar berenang di swimming pool. Itupun kalau takde life guard atau kawan-kawan aku tak mandi.

Ya Allah terketar-ketar tangan kaki nak ke sebelah sana. Pijak je segala yang ada asalkan dapat selamatkan diri. Dari sebelah yang satu lagi memang senang berenang ke darat sebab air laut menolak ke pantai. Leganya bila sampai ke darat!


Bila aku pijakkan kaki ke bot hampir kesemuanya bertepuk tangan. Aku fahamlah kena perli so aku cakap I'm sorry. Di dada ni masih belum hilang debaran lagi. Sekali ada mad sailor (mat saleh) dari Hinglen ni pi jerkah aku sebab kena tunggu 25 minit. Terkejut aku 😠😠. Cilakak betul! Takut tak hilang lagi kena marah pulak.

Aku ulanglah I'm sorry. Dia balas lagi. Aku cakap I was drowning, dia cakap I DON'T CARE! pum pang pum pang dalam bot tu. Suara dia seorang je memekak. Bingai. Lepas tu adalah seorang back-up aku, she said she was drowning. Tak habis lagi jantan tu membebel. Orang sebelah aku suruh diam je jangan lawan. Jantan tu tinggi aku rendah. Aku dah fikir kalau dia datang dekat aku tendang je telur dia. Sungguh! Heyy aku ingat lagilah basic taekwando tu. Bengang oii... Betullah seperti yang aku selalu baca dalam forum/page sesetengah daripada mereka ni rasa macam bagus sangat. TG pun takde nak calm him down walaupun nampak apa yang terjadi di laut dan dalam bot. Kemudian baru dia terangkan cara guna snorkeling set tu. Si jantan keparat tu dengan kengkawan dia pun diam. Malu kot. Aku bukan tak tahu guna benda tu tapi aku hanyut. HANYUT.

Masa bot bergerak si mek-mek saleh entah bini si lahanat tu ke bini kawan dia bagi tau TG kaki diorang luka. TG pun siap sapukan ubat. Hek eleh... yang kaki aku ni luka atas bawah sampai jalan terhencut ni tak pula dibagi ubat. Menyampah! Meluat sungguh aku bila Asians kena membongkok kat white people. Padan muka diorang selalu 'kena sembelih' bila beli barang.

Mood aku dah hilang. Dahlah handphone yang berbungkus plastik pun dimasuki air, suwei hari ni.

Bot berhenti lagi di satu tempat untuk bagi peluang peserta-peserta mandi. Sure lah aku tak turun, bangun pun tidak. Aku doakan si jantan:

Lemas lah kau.
Harap ikan jerung makan kau.
Harap kau jatuh tertomoih masa turun van karang.
Harap kau cirit-birit.

Doa aku masih ON sampai sekarang. I feel humiliated.

Tu si hamlau yang aku bulatkan tu. Tahu pula dia alihkan muka setiap kali aku angkat kamera.


Kampung nelayan di Phi Phi Don
Kami berhenti selama 45 minit untuk lunch di sini. Boleh tahanlah makanannya ada rasa. Kemudian habiskan masa melawat kawasan. Kalau nak stay di sini pun boleh, hotel pun ada.





Sepintas lalu Viking Cave dan Maya Bay
Viking Cave di Koh Phi Phi Leh ialah milik persendirian yang menjadi habitat burung. Dinamakan sedemikian sebab ada lukisan viking boat di dalamnya yang dilukis oleh nelayan yang menyelamatkan diri daripada ombak ganas di malam hari. Nak masuk kena bayar 40 baht. Kami cuma berhenti ambil gambar dari jauh je. Kalau dapat masuk lagi best lah kot. 

Viking Cave

Maya Bay menjadi lokasi lawatan terakhir. Maya Bay ni kalau kita tengok daripada gambar-gambar orang lain sangat cantik dengan formation batu di sekelilingnya tapi sayangnya kami tak singgah juga. Dari jauh nampak ramai betul orang. Nak singgah sini kena bayar lagi 1000 baht lagi. Tengok betapa jernihnya air laut tu...

Maya Bay terkenal sejak filem Danny Boyle's, The Beach lakonan Leonardo diCaprio ditayangkan pada tahun 2000. Sejak itu ia menjadi popular dan kini menerima purata 200 bot dengan 4,000 pengunjung sehari. Bayangkanlah ramainya tu. 

**Menurut berita 30 Mac 2018, Thai authority akan menutup Maya Bay bermula Jun depan selama tiga bulan untuk memulihkan kerosakan dan kekotoran akibat over tourism. Dengan kedatangan 4,000 orang sehari tu hidupan laut seperti karang dan ikan terjejas, laut tercemar dan sampah pun terlalu banyak. Itu belum lagi plastik-plastik yang hanyut di laut.**


Inilah pengalaman paling pahit sejak mula melancong. Geram tu masih ada sehingga kini yang menambah meluat aku dengan omputeh ni. 

Moga kau jatuh sampai pecah mulut, tak pun kena scam samai tinggal spender baru padan muka. Sekian.






Post a Comment

0 Comments