Thailand | Mudahnya mendapatkan makanan halal di Phuket

Mudahnya mendapatkan makanan halal di Phuket | Ogos lalu aku ke Phuket tetapi tak explore mencari restoran makanan halal di sana. Oktober sekali lagi ke sana dan kali ini puaslah juga berjalan mendapatkan lebih banyak maklumat untuk dikongsi bersama.


Base kami di Patong Beach kerana malam yang lebih lively di sini. Lebih meriah dan dengan banyak hotel berhampiran pantai. Saja nak melepak memalam di pantai sebelum menyambung di kaki lima kedai sambil mendengar muzik dari bar dan kelab malam tu... Tidak sukar untuk mencari makanan halal di sini kerana ramai muslim berhijrah mencari rezeki di tempat yang sentiasa dikunjungi pelancong. Jadi jika ada demand pastilah ada supply kan?

Terdapat banyak restoran halal di Patong Beach yang dikendalikan oleh peniaga Arab dan India serta orang Thai sendiri tetapi sesetengah restoran India turut menawarkan minuman keras. Kebab, banana pancake, ayam goreng mudah didapati terutamanya di waktu malam. Cuma aku tak pasti di mana untuk mendapatkan sarapan pagi selain kawasan masjid.

Jika ada kengkawan atau saudara-mara yang dah plan nak ke Phuket bolehlah share dengan mereka lokasi restoran makanan halal di Phuket ni. Toksah risau nak bawa Brahim segala. 

Pantai Patong
1) Sekitar Masjid Nurul Islam, Jalan Phrabaramee
Masjid ini hanya 17 minit berjalan kaki dari Bangla Road. Ai naik motor less than 10 minutes dah sampai. Sebenarnya sebelum ke masjid aku ada bertanya dengan Tourist Police di Patong Beach tu jalan nak ke sana sebab handphone aku dah arwah, kawan pun tak beli SIM card. Payah jugalah nak explain, sebut masjidlah.. mosque lah...siap buat gaya takbir lagi hahahha... mujur ada officer yang faham. Senang je..

Terdapat beberapa kedai di sekitar masjid tersebut. Kali pertama kami makan di kedai yang bertentangan masjid. Sedap tomyam dia, kuih-muih pun ada. Kali kedua cuba nasi goreng di kedai sebelum masjid hmmm... tuannya bertanya mengapa tidak habiskan nasi? Aku jawab banyak tapi sebenarnya banyak tetapi kurang umphhh. Kalau sangat sedap aku sumbat je walaupun dah kenyang heheh... rugi membazir rezeki. Mungkin aku patut makan nasi campur je pagi tu walaupun tak suka makan nasi pepagi. Sebelum masjid Nurul Islam ada lagi satu masjid, Nurul Huda kot namanya tetapi tak nampak dari jalan, ke dalam sikit.

Masjid Nurul Islam, Patong.

Bagaimana hendak pergi ke masjid Nurul Islam?

Mudah sangat jika menunggang motosikal. Ikut jalan sehala di pesisir pantai. Jalan terus. Kalau belok kiri akan ke Novotel. Bila jumpa round about terus ke depan. Masjid tu sebelah kanan.

2) Kedai High Aim
Ikut jalan ke menuju Karon Bay, dari Jungceylon jalan (sehala) terus sehingga sebelum hujung jalan yang empat penjuru tu.

3) Arman Cafe Shop di Hotel Arman
Sebelum tiba di kedai High Aim.

4) Banzaan Fresh Market
Terdapat dua kedai halal di sini yang dibuka pada lewat petang. Harga nasi goreng bermula dari 70 baht. Tukang masak seorang je tetapi servis pantas. Seronok tengok dia memasak (belajar memasak terus sebab duduk di depan kuali hehe ..)

5) Kusuma Seafood
Jalan Rat-U-Thit, Patong.
Tel: +66 (0) 83 596 0885, +66 (0) 81 078 8160 (dalam perjalanan ke Jungceylon)
Waktu operasi: 5 petang hingga 1 pagi

- Restoran tepi jalan ini pernah disiarkan di Majalah 3 dan Saji. Porsi banyak tapi pada aku biasa je. Ramai locals makan di sini so I guess harganya masih berpatutan. Order makanan Thai lah, western food dia out. Lobster THB2,000 sekilo hehehe ... walaupun ada orang boleh bayarkan kami tak tergamak nak order 😩

6) Muslim friendly hotel/halal kitchen:
Ramada Deevana, Graceland Resort, Royal Paradise Hotel & Spa (Casablanca Restaurant). Setiap Khamis malam Jumaat Royal Paradise Hotel & Spa ada menawarkan hidangan khas dari dapur halal mereka dengan harga THB550 setiap orang. Kena buat tempahan dulu rasanya sebab malam tu ramai juga orang. Murah nau katanya ... USD13 je dapat makan sesedap.

Hidangan Khamis malam Jumaat di Royal Paradise Hotel dan Spa. Baunya... halahaiii...!



7) Di depan The Royal Paradise Hotel & Spa (kompleks RPHS)
Ada dua kedai halal di situ Alaha Din dan Shiraz. 

8) Sepanjang Soi Sansabai 
Jika anda dari Patong Beach, jalan ke arah Bangla Walking Street dan terus ke depan. Di sana ada kedai India, Arab dan Thai. Di pasar malam pun ada gerai makanan muslim (di kawasan lapang sebelah kiri) 



9) Patong night market
Jika anda berada belakang Jungceylon shopping mall (kanan), jalan terus ke depan. Rasanya ada dua stall halal di situ.

10) Krua Andaman


Kalim Beach
D'Pantai Restaurant 
322/3 Kalim Beach, Kathu, Phuket, Thailand 83150

- hanya lima minit memandu dari Patong Beach. Masakannya sedap dengan suasana tepi laut yang mengasyikkan. D'Pantai mempunyai sebuah hotel sendiri bertentangan dengan restoran, dia atas bukit dan menghadap ke laut.


Kamala Beach
1) Ban Sang Duan Muslim Restaurant
Moo 4 Thepkasatri Road, Koh Kaew
Muang, Phuket 83200 Thailand

Waktu beroperasi 10 pagi - 8 malam

Lokasi restoran di Thepkasatri Road, jalan utama nak ke airport. Lepas je Boat Lagoon dan sekolah agama di sebelah kanan, buat U-turn kat Isuzu showroom. Restoran tu dalam 250m di sebelah kiri jalan.

2) Wabi-Sabi Layalina X'Clusive Beachfront Boutique Resort Phuket


Phuket Town
1) Hotel Metropole ada halal kitchen.

2) Bangmud Seafood Reataurant
73 Laemhin Road, Koh Kaew, Muang
Phuket 83000, Thailand
Waktu beroperasi: 10 pagi - 9 malam

Restoran terapung di bandar Phuket. Ramai yang komen masakannya sedap dengan servis pantas. Ikut jalan ke Coconut Village kemudian belok kiri ke Thepkasattri Road, jalan terus hingga berjumpa  Laem Hin Pier. Pihak restoran menyediakan bot perantara secara percuma. Lima minit je naik bot. Macam dari Penang nak ke Pulau Jerejak je ni tapi lebih dekat.

3) Charifa Restaurant
113 Dilok Utit 2 Road, Muang
Phuket 83000 Thailand 

Restoran ini bertentangan dengan pasar pagi/malam Talad Kaset. Dekat je dengan Robinson Shopping Centre.

4) Pasar malam di Thalang Road 
Pasar malam ni hanya pada hari Ahad sahaja. Macam-macam ada... nasi campur pun ada. Kalau pergi beramai-ramai syok, baru boleh cuba memacam. Happy betul bila terjumpa seorang peniaga yang menjual sambal kering udang dan gajus. Sedap! Aku jumpa di Panyee Island je dulu.


Cukuplah ni kot. Di kawasan masjid itu pun ada tiga empat kedai makan jadi bolehlah cuba kedai yang berbeza setiap hari. Kalau dah try nanti apa kata komen kat sini, sedap ke idok??


Tips penting
Jika anda berada di negara bukan islam, carilah masjid atau perkampungan Islam untuk mendapatkan makanan halal. 






1 comments so far

Bila baca entry ni, tetiba plak rindu makanan kat sana...mango sticky rice nyum nyum

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free