Thailand | Jangan Risau Kelaparan, Lihat Senarai Kedai Makanan Halal Di Koh Samui

Thailand | Jangan Risau Kelaparan, Lihat Senarai Kedai Makanan Halal Di Koh Samui | Majoriti rakyat Thailand beragama Buddha tetapi ramai penduduk beragama islam di selatan negara itu. Di Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, Phuket, Krabi dan Koh Samui komuniti islam agak besar dan mereka turut bertutur Bahasa Melayu loghat Kedah atau Kelantan bergantung di mana lokasi mereka lebih berhampiran (tidak di Krabi). Sekiranya sesebuah tempat di Thailand bertaraf bandar atau ramai pelancong muslim di sesebuah negeri/lokasi pasti akan ada yang berjualan makanan halal. Malah di Bangkok sendiri tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal untuk mengisi perut.


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman baru baru ini, banyak kedai makan halal di Koh Samui. Tidaklah rugi jika ada pihak yang benar benar berusaha untuk menyediakan makanan halal kerana ia boleh dimakan oleh semua orang, tidak terhad kepada orang islam sahaja. Malah negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan berlumba-lumba menawarkan produk berstatus halal. Di Thailand kita dengan mudah akan mendapat bekalan produk halal seperti pes tomyam, pes phad Thai, sos ikan dan minyak masak di pasaraya besar seperti Big C dan Tesco. Jadi jika menyewa apartment tidaklah menjadi masalah untuk kita memasak sendiri.

Tak syak lagi, makanan Thai memang sedap. Dah biasa kan makan di kedai tomyam memalam? Tak kedai mamak, kedai tomyam. Itulah yang kebanyakan kita orang Malaysia ni dok ulang. Diharap dengan adanya senarai "restoran makanan halal" ini boleh membantu anda sewaktu berkelana di Koh Samui. Selain Hua Thanon Fishing Village, muslim juga ramai di Plai Laem. Ada sebuah masjid/surau kecil di tepi pantai tersebut.

Nota:
Kalau nak order teh panas, charon. Nak teh ais, chayen. Teh tarik, chachak.


Restoran Halal Di Chaweng, Koh Samui, bertanda bintang merah.

Restoran Makanan Halal Di Koh Samui (update 9 September 2018)

DI CHAWENG

1. Reef Halab
167/12 Moo2 Bo Phut
Chaweng, Samui
Thailand 84320
Tel : 092-3685001/ 087-7553318
Waktu beroperasi: 11 pagi - 2 pagi

Di pusat bandar Chaweng jalannya sehala. Selepas Central Festival shopping mall ada simpang ke kanan yang membolehkan kita membuat U-turn dan melalui belakang CF. Restoran Reef Halab ini sebelum roundabout bertentangan Balai Polis Trafik (kiri).

Menu dan harga makanan di Reff Halab, nak ala carte pun boleh. Telur dadar campur udang, sedap.

2. Farest Restaurant 
167/12 Moo2 Bo Phut
Chaweng, Samui
Thailand 84320
Tel: 086 8808192
Waktu beroperasi: 11 pagi - 1 pagi

Restoran Far East tidak lagi berada di belakang Reef Halab. Ia telah berpindah ke belakang Central Festival. Bila berada di belakang CF, jalan ke depan lagi dan pandang kanan.


3. Sabai Sabai Restaurant di Chaweng Night Market food centre.
Food centre ni kira di belakang CF jugalah.


4. Arafat Restaurant
Berdekatan dengan Petch Buncha Boxing Stadium dan Lam Dien Market (restoran sebelah kanan). Menurut seorang perempuan di situ, kedai milik adiknya tetapi tukang masak boyfriend si adik, seorang muslim.

Kita akan belok kanan selepas CF, terus ke depan lagi jangan belok ke kanan untuk ke belakang CF. Bila sampai simpang belok kiri. 

*Di Lam Dien Market pun ada seorang menjual makanan ringan macam bahulu yang dimakan dengan kelapa parut.


5. Gerai sebelum Ihsan Muslim Restaurant
Dari Arafat tu terus ke depan lagi (gerai sebelah kiri). Dua kali lalu siang tak tak buka.


6. 10. Ihsan Muslim Restaurant
45/58 (Talat Daow) Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui
Tel: +66 80 145 3134 / 081-2810410
Waktu beroperasi: 8 pagi - 10.30 malam

Ke depan lagi dari gerai no 5. Berdekat Tesco Extra, murah dan sedap. Jika dari jalan besar Bangkok Hospital tu kita belok kanan di traffic lights. Jalan ke depan lebih kurang 100 meter kemudian pandang kanan.


7. Faria Halal Food Restaurant 
54/10 Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut
Koh Samui, Suratthani 84320
Tel : 084-6264813, 086-6262722 (Mr.Maruth)
Waktu beroperasi: 9 pagi - 8 malam

Terletak di mainroad area Chaweng Beach, opposite dengan Bangkok Hospital, Samui. Sebenarnya untuk ke Bangkok Hospital kita boleh ikut jalan yang sama ke Arafat dan Ihsan Restaurant. Pergi sampai hujung yang ada traffic lights tu kemudian belok kiri. Nanti jumpa restoran Faria ni. Dia boleh cakap Melayu.


8. Muslim Halal Food
Dari Bangkok Hospital (kiri) jalan terus lebih kurang 300 meter sehingga berjumpa traffic lights di simpang tiga, jalan terus ke depan sikit lagi. Kedai tu di sebelah kanan. Jika dari arah Ihsan Restaurant bila jumpa traffic light belok kanan.


9. Pasar Malam di Chaweng (di belakang Central Festival)
Pasar malam Chaweng terletak berdekatan tasik. Terdapat tujuh gerai peniaga muslim yang menjual produk yang hampir sama iaitu ayam goreng, sate lembu dan nasi. Mango sticky rice hanya 60 baht di sini.

Pasar malam Chaweng hari Selasa, Rabu dan Sabtu.


10. Sebelum Suratthani Rajabhat University
36 Moo 6, Bo Phut, Ko Samui, Surat Thani 84320

Jalan sehala di belakang CF tu akan membawa kepada roundabout. Jika ke kanan ia akan membawa ke central Chaweng, kita ikut kiri. Sebelum Rajabhat University ada sebuat 7E yang agak besar di sebelah kanan. Di depan 7E inilah makcik ini berniaga. Jalan ke depan sikit ada satu gerai lagi (sila rujuk peta di atas)
 
 Gerai ini berhadapan 7E sebeleum Suratthani Rajabhat University.

11. Curry Pot Indian Restaurant
Chaweng Beach Road
Tel: 083 6363944 / WA +66 83 6458507
Waktu beroperasi: 11 pagi - 11.30 malam


Bertentangan Central Festival shopping Mall dan berdekatan Al's Resort. Kalau nak bertukar selera ke makanan india boleh try restoran ini but they serve liquor too.


12. Bang Hasan Samin Restaurant
Near PTT Gas Station (on ring road) Chaweng Beach
M.3, T.Bo Phut, Koh Samui
Suratthani 84320


DI LAMAI
1. Nurikfan Samui Halal sebelum Hin Ta Hin Yai. Di depannya ada kedai used car. Jika ke depan lagi ada singboard "short cut to Mae Nam".
 

DI HUA THANON FISHING VILLAGE
Di kawasan sekitar Masjid Nurulihsan di perkampungan muslim di Hua Thanon ada banyak peniaga menjual makanan halal bermula dengan sarapan pagi. Dimsum pun ada dijual depan masjid tu. Masjid ini tak jauh dari Hin Tai dan Hin Yai rock. Jarak perjalanan 16km (28 minit) dari Central Festival Chaweng,

1. Melayu Samui Seafood Restaurant
366/1 Muslim Village
Hua Thanon, Koh Samui
Tel: 089 9751165
Waktu beroperasi: 9 pagi - 10 malam

Melayu Samui Seafood Restaurant.

Melayu Samui Seafood Restaurant. Baru sebahagian je ni... ai tak suka ketam.

2. Samira & Aldanah Restaurant
Samira & Aldanah Restaurant di Hua Thanon.

DI BO PHUT
1. Fisherman's Village di Bo Phut Beach (petang Jumaat sahaja)
Pasar malam ini berbentuk L jadi jangan tak explore both sides. 15 minit dari Chaweng Beach. Ada jual seafood, pancake dan sushi. Ada satu gerai jual mangga pulut 70 baht je tak jauh dari entrance. Orang lain jual 150-190 baht sebekas.

Gerai sushi di Fisherman's Village di Bo Phut Beach.

2. Anantara Lawana Koh Samui Resort
92/1 Moo 2, Bophut, Koh Samui, Surat Thani 84320, Thailand


DI MAE NAM
Selepas Celes Resort (kanan).



DI NATHON
Krua Halal Restaurant
310/19 M.3 Nathon Town
T. Angthong, Koh Samui
Suratthani 84140
Contacts: 081-0836692 (Ms.Malee Darasaeng)
Opening Hours: 07.00-21.00


Puas ai makan seafood empat hari di Koh Samui. Syok oih!


TIPS untuk berjalan-jalan di Koh Samui
Nak bergerak di Koh Samui ini lebih mudah dengan menyewa basikal, motorsikal atau kereta. Dapatkan peta di hotel untuk memudahkan perjalanan.

Tolong JANGAN tinggalkan passport anda pada orang yang menyewakan motor/kereta tu ya dan periksalah dahulu kondisi kenderaan tersebut sebelum bersetuju menyewa. Aku nampak ada syarikat yang memberikan satu checklist kepada penyewa sebelum mengambil kunci motor. Kalau ada lampu yang senget, ambil gambar. Kalau bila kita start enjin ekzos bergegar-gegar macam nak roboh, rekodkan. 

Motorsikal - paling mudah dan murah. Kadar sewa diantara THB150-400 sehari bergantung kepada musim.

Kereta - kadar sewa bermula THB500 sehari.
Teksi - tidak bermeter. Bargain sesiap sebelum naik.
lternatif lain, songteaw, tetapi ia tak cover semua tempat.


BANGKOK AIRWAYS menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Koh Samui (USM)
Kalau nak lekas sampai ke Koh Samui boleh naik flight pagi Bangkok Airways dari KLIA, 1 jam 20 minit terus sampai di pulau tersebut. Senang. Nak menginap di lokasi yang meriah siang malam, stay di Chaweng tetapi kawasan lain pun bukannya jauh sangat.


Jemput baca juga restoran halal di bandar-bandar besar yang lain:
Restoran makanan halal di Ao Nang, Krabi, Thaland.
Restoran makanan halal di Bangkok, Thailand.
Restoran makanan halal di Hong Kong, China.
Restoran makanan halal di Kunming, China.
Restoran makanan halal di Shanghai, China.
Restoran makanan halal di Hangzhou, China.

Sesudah membaca ni harapnya sudilah kongsikan untuk kemudahan orang lain pula. Mana kita tahu mungkin ada kengkawan yang akan bercuti ke sana selepas Ramdhan nanti. Terima kasih.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free