Coway Run 2017 | Jom berlari untuk sihat!



Coway Run 2017 | Jom berlari untuk sihat! Coway Run 2017 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Coway (M) Sdn Bhd akan berlansung pada 7 Mei 2017 di Starling Mall, Damansara Uptown.

 
Hmm... aktiviti yang bagus untuk membakar lemak. Menurut Pengarah Urusan Coway, Mr Kyle Choi Ki Ryong, larian yang bakal diadakan ini bukan untuk mencari siapa yang terhebat tetapi bertujuan membawa rakyat Malaysia keluar dari zon selesa. Pepaham je lah ek, office tingkat satu pun kita naik lif. Tu yang payah nak cari saiz baju kat Ho Chi Minh hahahhah....
 

Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway.
 




Mr Kyle Choi Ki Ryong selepas mendaftar secara online untuk Coway Run 2017.
 
Berapakah jarak larian?
5km dan 10km sekitar Starling Mall. Fitness model Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia Carey Ng pun akan turut berlari. Nak bagi semangat kat hangpa semua.
 
Kategori yang dipertandingkan:
1) Lelaki dan wanita veteran
2) Terbuka lelaki dan wanita diatas 18 tahun
 
Siapa yang boleh turut serta berlari?
Untuk kali pertama ni ia dibuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas.
 
Hadiah untuk Coway Run 2017?
Tempat pertama RM1,000
Tempat kedua RM800
Tempat ketiga RM500
Tempat keempat & kelima RM150

Setiap peserta yang melengkapkan larian akan dihadiahkan medal.

Sikit nau hadiah duit hang kata? Coway nak suruh kita 'gegarkan' badan je... pecahkan lemak kental dalam badan kita ni, bukan bertujuan utama untuk mencari pelari marathon terpantas. Cuba tengok penyanyi/pelakon K-pop kat tv tu mana ada yang berlemak.
 
Ada bayaran ke?
Ada.... yang nak lari 5km dikenakan bayaran RM40, 10km RM50. Seminggu sebelum race nanti dapatlah race kit seperti t-shirt dan no penyertaan.
 
Di mana untuk mendaftar?
Daftar online je di www.myraceonline.com . Rerajinlah check facebook CowayMalaysia for latest updates.
 
 
Official sponsor untuk Coway Run 2017 ni dah tentulah Coway. Selain daripada tu 100Plus. Masa race nanti Coway akan letakkan penapis air di tiga stesen air. Takdelah dehydrate nanti sebab kita dapat minum air yang lebih baik daripada The Water Specialist.
 
 Daftarlah ye. Segera.
 
 
 



Post a Comment

0 Comments