Vietnam | Lawatan Ke Tempat-Tempat Menarik Di Ho Chi Minh City Dengan Hanya Berjalan Kaki

Vietnam | Lawatan Ke Tempat-Tempat Menarik Di Ho Chi Minh City Dengan Hanya Berjalan Kaki | Seperti juga hobi lain, melancong mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bergantung kepada niat, kita akan dapat apa yang kita mahukan. Jika melancong sekadar untuk mengisi waktu senggang diantara tugasan hakiki, kita akan rasa masa dipenuhi. Jika melancong dengan tujuan sebenar untuk membeli-belah, maka akan 'beranak-pinaklah beg tu nanti. Jika melancong kerana ingin melihat kebesaran Tuhan, kita akan merasa betapa kerdilnya kita di dunia ini.

 
Pelancong juga terbahagi dalam beberapa kategori. Ada yang sukakan private tour- tak bercampur dengan orang lain. Ada yang suka menggunakan khidmat travel agency supaya perjalanan lebih teratur dan menjimatkan masa walaupun perlu mengeluarkan kos yang lebih. Ada juga yang independent, semua nak buat sendiri dari proses membeli tiket, researh dan tour. Terpulang kepada minat masing-masing. Pada aku combination of tour packages dan free and easy lebih memenuhi selera kerana pakej pelancongan yang siap sedia ni kekadang membuatkan kita tak dapat bergaul dengan masyarakat tempatan lansung selain penjual souvenir. Teringat semasa di River Vibe Bar di Bangkok hari tu, ada cruise ship untuk pelancong India sahaja, ada pula untuk geng Filipina sahaja. Macam mana boleh tahu? Sebab ada seorang peserta dari Filipina dan kapal tu mainkan lagu Lambada sekuat-kuatnya. Lambada ko.... zaman aku pakai kain sekolah senteng dulu hahahah...
 
 
Meronda Ho Chi Minh City dengan berjalan kaki?
Tak penat ke? Kalau tak nak penat duduk je di rumah tengok "Abang Bomba I Love U".
 
Ofkoslah penat sampai nak terjelir lidah tapi puas hati. Jika hari tu aku dah share Tempat shopping popular di Ho Chi Minh City (Saigon) , kali ni kita bawa awak jalan-jalan pula.
 
Pelancong Malaysia biasanya akan stay di area "Malaysian Street" sekitar Cho Ben Thanh. Berada di kawasan tu memang rasa macam dok berjalan di Malaysia je... semua cakap Melayu dan boleh berjual-beli dengan Ringgit Malaysia. Hanya tulisan di papan tanda kedai yang mengingatkan kita sedang berada di Ho Chi Minh, dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Selain itu banyaknya motorsikal di jalanraya juga menyedarkan bahawa kita berada di bumi asing.
 
Bagusnya pasar Ben Thanh ini berada tidak jauh dari tarikan pelancongan yang ada di sana. Bukan satu tetapi banyak!
 
Kita mulakan dengan berjemaah Subuh di masjid, boleh? Orang lelakilah kena buat ni.
 
Di District 1 ada dua buah masjid. Masjid utama ialah Masjid JAMIA AL MUSLIMIN (Dong Du Mosque),  66 Dong Du Street, Dist 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. Tel: +84 8 3824 2903
 
Yang kedua Masjid Jamiul Islamiyah (Nancy Mosque),  459B Tran Hung Dao Street, Cau Kho Ward, District 1, Ho Chi Minh City, Vietnam. Tel: +84 8 3920 3325
 
Lepas Subuh boleh bersenam dulu di taman tengah bandar. Bestlah bandar ni, hijau aje. Nak berjalan awal sangat pun tak sesuai sebab attractions tu mula beroperasi jam 9 atau 10 pagi kecualilah kalau kita nak ikut trip ke Chu Chi Tunnel/Mekong. Haa itu ye pukul 7.30 dah kena get ready di lobi hotel.
 
 Image result for nancy mosque ho chi minh
 
Okay, kita mulakan berjalan ke belakang pasar Ben Thanh, kita ke tempat-tempat yang popularlah ya.

Dari pintu belakang BT tu jalan terus hingga bertemu Nguyen Du Street. Kemudian ke kanan ke Nam Ky Khoi Ngia St. dan teruskan ke depan menuju Reunification Palace. Google lah sendiri tempat apa ni. Aku tak pernah masuk pun... selfie je kat luar. Yang seronoknya berjalan kaki di Saigon city ni sebab kawasan hijau (taman) yang luas di tengah bandar. Kalau penat boleh berhenti berehat di bawah teduhan pokok.
 
 

Akak pun teringin juga nak selfie :-)) Fefeling Hindustan kali ni..
 
 
 

  
Menggunakan jalan yang sama teruskan ke depan lagi melepasi Nguyen Thi Min Khai St menuju Vo Van Tan St. Di sinilah letaknya War Remnant Museum. Masuklah muzium perang ni, I highly recommend you to do so. Harga tiketnya tak sampai RM5 pun. Sure hangpa sedih melihat gambar-gambar peperangan Amerika-Vietnam yang akhirnya dimenangi Vietnam walaupun dalam filem Hollywood Amerika tak pernah kalah. Kesan "agent orange" itu masih boleh dilihat hingga kini. Tentera Amerika itu sendiri pun ada yang membunuh diri bila anak sendiri menjadi cacat.
 
Okay, patah balik ke Reunification Palace. Lintasi taman tu dan anda akan sampai ke Notre-Dame Cathederal Basillica of Saigon yang telah dibina antara 1863-1880. Sudah ratusan tahun umurnya tetapi masih utuh berdiri. Ia dibina semasa penjajahan Peranchis tetapi bersaiz lebih kecil. Batanya diimport dari Marseille dan kaca dari Charters. Sayangnya ada tangan-tangan gatal menconteng dinding tepi dan belakang. "X was here" euwww... so 90s sangat!
 



 Notre-Dame Cathederal di belakang tu.
 
Di sebelahnya ialah Central Post Office. Jangan tak masuk pejabat pos tu... cantik!

 
Ada yang suka collect t-shirt Hard Rock Cafe?  Pergilah ke Hai Ba Trung St di belakang Central Post Office tu.
 
Semasa di HRC sure dah masuk waktu solat Zohor makan berjalanlah kamu terus ke depan (HRC di kiri) masuk ke Dong Du St menuju ke Central Mosque. Ya Allah leganya betis dan tumit masa duduk antara dua sujud tu. Kalau lapar sapedek dulu di restoran halal berdekatan masjid sebelum meneruskan perjalanan.

 
Keluar dari masjid arah ke kanan, kanan lagi maka akan berjumpa Saigon Opera House. Kalau nak shopping masuklah ke butik-butik mewah di Dong Khoi St tu. Jalan lagi ke depan akan berjumpa pula dengan People Comittee Hall. Stop lah sekejap untuk selfie/wefie-pos kat instagram-bagi tau sedara mara dan followers yang beribu tu yang ko dah sampai Ho Chi Minh gittew. Kawasan lapang tu meriah memalam walaupun tiada apa barang yang dijual. Ramai yang lepak bersama keluarga. Kalau nak minum kopi akan ada pekerja restoran datang ambil order.
 

 
 People Comittee Hall
 
 People Comittee Hall
 
Dari People Comittee Hall ni kita akan bertemu Le Thanh Ton St semula menuju ke Ben Thanh Market. Senang kan? Hahahhaha... sure tidur lena malam tu. Alas kaki dengan bantal sewaktu tidur supaya hilang penat kaki tu. 
 
Untuk santai petang atau teringin menaiki cruise ship menikmati keindahan malam boleh ke Nha Rong Wharf di Saigon River. I tell u, sangat mencabar okay melintas jalan raya untuk ke riverfront tu di waktu puncak. Entah bilalah lampu merah berfungsi, tak berhenti lansung kenderaan di situ terutamanya motorsikal. Kenderaan BANYAK, rapat dan tak putus putus. Semasa nak ke sungai tu kami melintas mengikut orang tempatan. Selamat. Semasa nak balik ke seberang jalan semula (Majestic Hotel) trafik masih teramat sibuk. Mujur ada seorang perempuan ni bawa anak kecil jadi ada kereta yang berhenti memberi laluan. Alhamdulillah... betullah kan, anak itu rezeki. Dapat makcik tumpang melintas sekali heheh..
 

 
Ada lagi satu bangunan yang menarik, Bitexco Financial Tower, tak jauh dari Saigon River. Bitexco Financial Tower ialah bangunan yang tertinggi di HCM berketinggian 262.3 meter dengan 68 tingkat di atas permukaan tanah dan 3 tingkat basement. Bentuknya seakan Menara Telekom di Bangsar tu. Skydeck dibuka kepada umum setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 9.30 malam dengan tiket masuk 200,000VND untuk dewasa. Kanak-kanak 4-12 tahun 130,000 VND. Bolehlah tengok keseluruhan bandar HCM dari atas tu. Untuk maklumat lanjut boleh baca di http://www.bitexcofinancialtower.com/?page_id=1434.
 


Rasa-rasa boleh buat tak? Kalau tak mampu buat sehari boleh pecahkan kepada dua hari. Kalau malas, sewa je van heheh..

 
 










 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 

3 comments

pada saya, menjelajah ni bagusnya dengan berjalan kaki. saya ingat lagi masa saya ke vietnam, ikut pakej pelancongan, tak sempat nak explore lebih-lebih

Pakej Mekong tu bosanlah. Yg best pun naik sampan tapi sekejap sangat.

Pakej Mekong tu bosanlah. Yg best pun naik sampan tapi sekejap sangat.

I appreciate your comment so let s say something
EmoticonEmoticon

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free