Thailand | Anda hanya ada beberapa jam di Bangkok, apa yang boleh dibuat eh?



Thailand | Anda hanya ada beberapa jam di Bangkok, apa yang boleh dibuat eh? | Mesti ada traveller yang pernah mengalami keadaan seperti ini kan? Sama ada anda transit atau dah tak tau ke mana nak dituju atau dalam pakej yang anda ambil terdapat slot "free and easy". So how?


Meh aku bagi cadangan berdasarkan apa yang telah aku lakukan.

Hari tu aku stay di Courtyard by Marriot Hotel, Ratchadamri. Hotel ini  hanya 5 minit berjalan kaki ke BTS Skytrain Ratchadamri. Di belakangnya ialah Lumpini Park, sebuah taman di tengah bandar. Oleh kerana breakfast mula dihidangkan jam 6.30 pagi maka ada banyak masa untuk bersenam ringan di Lumpini Park. Dapatkan udara segar di pagi hari.
 
What next? Awal lagi... shopping complex pun belum dibuka. Sabarlah.
 
Teringin pula nak ke pasar basah jadi aku ke Khlong Toei Market. Oleh kerana kita sama-sama berada di Asia Tenggara dengan cuaca yang lebih kurang sama jadi tiada banyak sangat perbezaan barangan kering dan basah yang dijual. Bunga-bungaan yang dijual pun yang biasa digunakan semasa upacara sembahyang. Kalau nak bunga jenis lain seperti ros kenalah cari di Yodpiman Flower Market. Beras ada bermacam jenis jadi belilah juga sedikit kan... jauh betul beli beras hahah... Buah rambutan pun ada.. merecik air liur cheq.
 
Bagaimana untuk ke Khlong Toei Market? Naik MRT dan turun di Stesen Queen Sirikit National Convention Centre. Cuba study Skytrain dan MRT map ni.
 
Image result for bts skytrain map
 
Lepas tu aku naik MRT semula ke Stesen Hua Lamphong dengan tujuan ke Yaowarat Market. Tiada perkhidmatan Skytrain atau MRT ke sana jadi kena naik bas/teksi/tuk tuk/motor taxi. Berjalan kaki pun boleh tapi jauh sikitlah. Pergi ke Exit 4, tunggu bas di Bangkok Centre. Hari tu aku naik bas no 40. Mana-mana bas yang ke San Peng Market akan lalu situ.
 
Pasar Yaowarat terletak di Chinatown. Menjelang petang kawasan ni memang meriah dengan pelancong. Kebanyakan barang dijual secara borong jadi kalau nak beli runcit harganya takdelah murah. Nak beli sikit carilah di tempat lain seperti area Pratunam. Toys Market di Thano Chaprakhon.
 
Rajinkan kaki berjalan hingga ke little India, Phahurat. Kain... kain..!!  Ada orang kata murah juga harganya. Kena tawar-menawarlah kot. Ai tak beli.
 
Sejak trip tahun lepas lagi aku teringin ke Siriraj Medical Museum atau Museum of Death . Aku sebenarnya hanya berminat ke theme museum, muzium yang ada tema tertentu contohnya perang. Siriraj Museum adalah muzium forensik yang memperlihatkan bukti kejadian manusia bermula dari janin, gambar dan video tsunami di Phuket, gambar kes pembunuhan, mayat perogol yang diawet, post mortem, binatang berbisa dan banyak lagi. Such and educational trip to see some awesome gruesomeness.
 Image result for siriraj museum
Yang kanan tu mummified serial killer, Si Quey. Sumber www.alwaysrestlessfeet.wordpress.com
 

 
Image result for siriraj museum
  
Entrance ticket if I'm not mistaken 200 baht for three museums and 300 baht for five. Disebabkan tak punya banyak masa jadi aku melawat tiga muzium sahaja yang dalam bangunan Hospital Siriraj. Itupun tak puas tengok dan aku skip bahagian ular tu euww... geli beb. Ada cadangan nak datang sekali lagi dengan 'bakal misi' pula. Bagus ni untuk dia lebih faham apa dipelajari di kolej so that she can reaffirm knowledge learnt on anatomy and physiology the interactive and informative way.
 
Aku ke sana ikut jalan air. Senang je, turun di BTS Stesen Saphan Thaksin dan naik bot ke sana. Boleh turun di pier Siriraj atau Thonburi Railway, dedua dekat hospital. Naik bot di Sungai Chao Phraya baru best. Dulu baca dalam buku Geografi je.
 
Siriraj Hospital
2 Wang Lang Rd.
Siriraj, Bangkok Noi
Bangkok 10700
Thailand
 
Hah, tak minat muzium? Korang pergi shopping je lah kat MBK, Siam Paragon, Bobei Market, Central World dan macam-macam lagi. Heaven habaq hang.
 

Nota:
Nak tahu di mana restoran halal di Bangkok?
Baca sini.

Macam mana nak gunakan pengangkutan awam di Bangkok?
Baca sini.


 



 

Post a Comment

0 Comments