Thailand | A visit to Wat Prayun in Bangkok

A visit to Wat Prayun in Bangkok | Lawatan kami ke Wat Prayun sewaktu senja melabuhkan tirainya. Kami ke sana menaiki tuk tuk selepas program food tour. Elok naik tuk tuk sekejap je dah sampai. Kalau naik van kebas punggunglah nak sampai during peak hours tu.


Wat Prayurawongsawas Worawihan, juga dikenali dengan nama singkatannya Wat Prayun, telah menerima UNESCO Cultural Heritage Conservation Award of Excellence secara rasminya pada 23 April 2014. Proses pemuliharaan Phra Borommathat Maha Chedi (stupa) dan ruang berkembar, Pharin Pariyattithammasala menyaksikan Thailand menerima anugerah tertinggi dalam Anugerah Warisan. UNESCO mengiktiraf usaha pemuliharaan dengan menggabungkan kepakaran teknikal kejuruteraan moden dengan teknik tradisional dan kerjasama kuat diantara sami, pakar dan penduduk tempatan dalam memelihara kuil suci tersebut yang berada di komuniti Kadeejen.

 Sumber Goran Ehren.





SEJARAH WAT PRAYUN
Wat ini dibina pada tahun 1828 sewaktu pemerintahan King Rama III (1824-1851) yang merupakan abang kepada King Mongkut yang mula dikenali dalam filem The King and I. Ia dibina sebagai biara oleh Menteri Luar dan Kewangan Diraja, Chao Phraya Phra Klang, pewaris Persian Bunnag clan. Ia asalnya family temple yang dimiliki oleh sebuah keluarga Parsi dari bunnag clan yang berpengaruh.

1828 lamanya... dah 188 tahun! Hebat betulkan teknologi dahulu kala? Bertahan hingga kini. Khabarnya campuran simen dilekatkan dengan menggunakan putih telur, sama seperti tinggalan istana lama di Yogyakarta. Kena korek rahsia nisbah putih telur dan simen untuk buat eksperimen sendiri ni.

Wat Prayun merupakan kuil istana kelas kedua yang menjalani proses restorasi pada tahun 2009.  Ia agak kurang terkenal berbanding Wat Pho dan Wat Arun. Terletak di barat Sungai Chao Praya, di bahagian bawahnya juga terdapat muzium kecil yang mempamerkan imej Buddha dan artifak yang dijumpai di bawah chedi pada tahun 2006.



 Tour guide kami petang tu sedang menunjuk ajar Cristina on how to perform rituals. Nampak tak yang berkilat-kilat tu? Kertas emas kecil dilekatkan pada dinding wat dengan hajat tertentu.



 Kena merangkak sekejap untuk keluar.


KEUNIKAN WAT PRAYUN
Selain ruang yang biasa ada di dalam mana-mana wat Buddha besar seperti perpustakaan, perhimpunan dan chedi (stupa) kelainan yang terdapat di wat ini ialah pagar merah setinggi 1.5 meter yang dibuat daripada senjata peperangan seperti kapak, pedang dan tombak. Dahulunya ia melingkari keseluruhan kuil/wat tetapi kini hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan, dari pintu masuk ke chedi.

Wat berbentuk loceng berwarna putih dengan luas dasar 80 meter memudahkan wat ini dikenali. 18 chedi yang lebih kecil ditempatkan di sekeliling wat.


PENGALAMAN DI WAT PRAYUN
Kami naik ke tingkat paling atas... challenging jugalah kerana perlu menaiki tangga batu yang curam. Teringat Gunongan tempat permainan permaisuri sultan di Banda Aceh, camnilah tangganya. Tangga batu tu bukan saiz standard seperti sekarang, aku rasa sekaki tebalnya setiap satu. Stress otot kaki den heheh.. Walaupun mencungap tetapi pemandangan Bangkok yang kita akan dapat dari atas tu. 

Wat Prayun dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Naik bot boleh, naik teksi lagi senang.






Post a Comment

0 Comments