Recents in Beach

header ads

Penang War Museum | Menarikkah?

Penang War Museum | Menarikkah? | Masih kisah percutian kami di Pulau Pinang Disember lalu. Menurut arahan 'mem besar' hehehe... tempat pertama yang perlu dilawat setibanya di Penang ialah Penang War Museum kerana ia berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua).



Muzium Perang Pulau Pinang ini dibuka kepada umum pada tahun 2002 dan dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Bukit Hantu, Batu Maung, gelaran itu diberikan kerana ramai rakyat yang melawan askar Jepun ketika perang dunia kedua dipancung di sana. Kedudukannya yang tinggi di tepi laut membolehkan kita melihat Selat Melaka dan sekitarnya. Dengan keluasan 20 ekar diatas bukit menjadikannya kawasan pertahanan strategik dari serangan musuh.

Asalnya ia merupakan kubu pertahanan British yang dibina pada tahun 1930 oleh British Royal Engineers dan rakyat tempatan. Direka jurutera British bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh tetapi semasa dikuasai askar Jepun ia menjadi kem perang tempat siksaan musuh dan rakyat yang menjadi tali barut British.

Kubu ini seperti kubu pertahanan lain lengkap dengan terowong dan ruang penyimpanan senjata api sembilan meter di bawah tanah dengan dinding batu yang tebal. Ia juga menempatkan canon firing bay, senjata anti pesawat, tempat tidur tentera, tempat memasak, lokap dan pusat arahan. Selain askar British, askar Sikh dan Melayu juga turut sama berkorban mempertahankan kedaulatan tanahair di sini. Selepas Perang Dunia Kedua tamat ia ditinggalkan sehinggalah idea menjadikannya muzium perang timbul.

Melawat muzium tak boleh rushing. Paling kurang perlukan dua jam untuk kita berjalan, melihat dan membaca itu ini yang dipamerkan. Kawasan ini banyak pokok jadi takdelah panas sangat cuma tiada kemudahan untuk OKU. Tak sesuai kerana perlu turun naik tangga di kawasan berbukit.

Kita diberi peluang masuk ke dalam terowong pendek (bukan seperti di Vietnam tu) dan siap kemas bersimen. Lepas tu kena memanjat tangga tegak naik ke atas. Taklah mecabar sangat tapi good experience terutama anak-anak. Dapatlah bayangkan bagaimana teruknya askar sewaktu bertugas.



Tak sure ini terowong original ke tak. Part ni paling best aku rasa walaupun pendek je terowongnya... lepas tu panjat tangga menegak untuk keluar.




Replica of Jeneral Tomoyuki Yamashita's Gallow




 Ini cuma replika "jenglot". Jenglot sebenar dilihat oleh pekerja sewaktu kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.

Mangsa kekejaman tentera Jepun dahulu. Gambar sebegini perlu lebih banyak.


 Lepak jap dengan Jeneral Yamashita.

Aku bukanlah 'kaki' muzium tetapi aku suka pergi ke theme museum seperti ini. Cuma aku rasa Muzium Perang Pulau Pinang ini tiada jiwa. Masuk sini macam aku tengok kebanyakan filem MIG yang ditayangkan di tv, jika memula menonton tu makan pop corn sambil terkebil-kebil, sampai ke sudah pun macam tu. Takde pop corn tercampak dek terkejut ke apa.. perasaan tu mendatar je. Kalau check guna mesin denyutan jantung tu agaknya mendatar je macam dah mati hahaah.... baca kat Mastika lagi best heheh..


Ini perasaan aku yang dah ke War Remnant Museum dan Cu Chi Tunnel. Eleh baru pergi Vietnam dah kepoh khennn... apa nak buat dik, belum mampu ke Lovre Museum. 

Oleh kerana muzium mengumpulkan bahan sejarah, exhibit kena banyak, susun atur kena menarik. Tour guide tempatan berpengetahuan sejarah perlu. Labelling penting. Propaganda juga penting jika hendak menjual. Kalau boleh gambar kena ada banyak. Kita perlukan gambar yang ada perasaan. Gambar yang bila kita tengok terbit rasa sedih, menyampah, rasa nak pancung dan tikam tikam askar Jepun tu walaupun di rumah kita semua barangan elektrik buatan Jepun. Cuba bandingkan dengan Tuol Sleng Genocide Museum dan Choeung Ek Memorial. Sesak dada dek sedih di situ. Kan aku ada tulis di War Remnant Museum tu hampir semua pelawat menangis tak kira lelaki, wanita atau dua alam. Di Cu Chi Tunnel tu pula kita dapat rasakan betapa kuatnya semangat rakyat Vietnam melawan Amerika.

Lagi satu, aku rasa di sini seperti terlalu mengagungkan British sedangkan askar tempatan turut berperang. Atau adakah aku silap sebab tak membaca semua tulisan yang ada di situ? Omputih tu dia lari ke negara lain bila diserang Jepun meninggalkan atuk nenek moyang kita berlawan sendiri. Bila Jepun mengaku kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom mereka datang semula dan claim masih berkuasa. Lahanat!

Ini cuma pandangan sebelah pihak. Kepada yang belum pergi, pergilah melawat. Kalau takde kawan yang berminat pergi je sendiri then meet somewhere. Kalau pergi dengan orang yang tak berminat nanti dia suruh kita cecepat, tak enjoy pula kita kan? Dapatkan pengalaman tu dulu, mungkin perasaan dan pandangan kita tak sama. Jangan percaya cakap aku bulat bulat. Kalau tak silap aku muzium ini tersenarai sebagai salah satu lokasi "Spooky Tour". Kena buat arrangement dengan tour operator dulu kot.

So... menarik ke tak Penang War Museum ni? Ontahlah... tepuk dada tanya selera,  start kereta tekan minyak. Tengok sampai ke tak ke situ hahahah...

Penang War Museum
Jalan Batu Maung
11960 Batu Maung
Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Lawatan:
Isnin-Ahad 
9 pagi - 6 petang

**Lepas melawat muzium ni bolehlah tengok ikan lumba-lumba dan makan mi udang di Pulau Aman. #DekatJe

Post a Comment

4 Comments

  1. Hi..never been to Penang war museum but have been to the one in HCM, Seoul, Siem Reap's Killing Fields. Nampak gmbr2 War Museum Penang tu banyak ambil contoh dr war2 museum lain di sekitar Asia. But not bad.. interesting juga, cuma perlu ada tarikan tersendiri to attract more visitors. And, mcm u ckp, kurang umpph sikit compared dngn war museums lain, perhaps sebab kurang visuals.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa.. tak pernah sampai.. takut badan tak kuat semangat..

    ReplyDelete
  3. Farikica,
    yup, kurang visual.

    Jueliza,
    nak percaya tahyul yang dimomokkan kepada fikiran kita sejak kecil. Yang penting kita beringat, jangan cakap besar. Itu je. Takde apa pun yang menakutkan di siang hari. Kalau memalam tak tahulah hehe..

    ReplyDelete
  4. Julieza, kita nak tulis 'jangan percaya tahyul..." huhu..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.